BAB 42

2.5K 243 17
                                    

SUDAH dua minggu mereka berdua berkahwin tetapi Hannah masih dingin dengan Rayyan. Hari ini Rayyan cuti jadi dia membawa Hannah bersiar-siar di taman rekreasi. Fateh ditinggalkan bersama bondanya sebab dia ingin meluangkan masa berdua sahaja dengan Hannah. Dia menolak Hannah yang duduk di atas kerusi roda.

Dia tidak sabar mahu melihat Hannah sembuh dari segi fizikal dan emosi. Sepanjang dua minggu ini, banyak perkara baharu yang dia pelajari tentang Hannah. Betullah orang kata, bercinta lama-lama tidak bermakna kita kenal perangai pasangan kita. Perlu berkahwin terlebih dahulu, barulah tahu baik buruk pasangan kita. Sewaktu bercinta, kentut pun jadi wangi. Apabila sudah berkahwin, banyak kekurangan yang terlihat.

"Sayang nak tahu sesuatu tak?" Perlahan-lahan Rayyan menolak kerusi roda Hannah. Hannah tetap kekal statik di tempatnya, tidak mengangguk mahupun menggeleng.

"Abang nak cerita kenapa abang pilih untuk jadi bodyguard sayang awal-awal dahulu." Jeda seketika.

Hannah memberi isyarat supaya Rayyan berhenti. Kedudukan mereka kini sedang menghadap tasik buatan yang cantik kerana dijaga dengan rapi. Rayyan membantu Hannah untuk bangun dan kemudian duduk di bangku yang tersedia di situ. Lalu Rayyan melabuhkan punggungnya di sisi Hannah. Pinggang Hannah diraih lalu ditarik rapat ke sisinya supaya kedudukan mereka dekat.

"Ceritalah," kata Hannah. Dia juga mahu tahu kebenarannya. Dia masih berteka teki mengenai perkara itu sehingga ke hari ini. Salah dia juga kerana terlalu berkeras dan tidak mahu mendengar apa pun penjelasan Rayyan. Kali ini dia mahu turunkan egonya agar dia tidak menyesal di kemudian hari. Banyak yang dia pelajari.

Hargailah mereka yang sentiasa berada di sisi kita. Jangan sampai apabila nyawa mereka telah ditarik oleh Allah baru kita hendak tercari-cari. Sudah tiada guna lagi kala itu kerana mereka telah kembali ke alam abadi.

"Pada mulanya abang terima kerja tu sebab abang tak rasa lagi nak uruskan syarikat ayahanda. Tamat sahaja belajar, abang balik Malaysia. Selepas itu, abang pun saja-sajalah cari kerja. Kemudian ternampak iklan tentang pencarian bodyguard oleh daddy. Abang tengok jawatan tu agak menarik walaupun agak membahayakan. Jadi abang pun pergi jumpa daddy. Memandangkan abang ada tali pinggang hitam dalam taekwando, jadi perkara itu tak jadi masalah untuk abang. Abang pergi interview dan akhirnya diterima."

"Awak kerja sebagai bodyguard itu sebab gaji yang daddy tawarkan tinggi ke?" Hannah serkap jarang.

"Taklah, sayang." Tangan kanan Hannah diambil lalu kekuranya dikucup.

"Abang pilih nak kerja tu sebab abang nak pengalaman. Lagipun abang belum bersedia nak usahakan syarikat ayahanda lagi." Sekuntum senyum diukir manis sehingga terserlah lesung pipit di kedua-dua belah pipi.

"Oh," pendek sahaja Hannah balas.

"Skop kerja abang ialah abang kena ikut sayang ke mana sahaja sayang pergi. Hari pertama abang kerja adalah sewaktu hari di mana kita terserempak di banglo usang dulu. Sayang ingat tak?"

Hannah mengangguk. Masakan dia tidak ingat, kejadian itu hampir meragut nyawanya kerana sikapnya yang cuai.

"Hari pertama dah kena lawan dengan orang jahat. Abang ingat kerja bodyguard ni mudah tapi apabila tuan badan terlebih prihatin dengan sekeliling, dia tak sedar yang dia meletakkan diri dia dalam bahaya. Mujurlah cantik, bolehlah buat kerja sambil usha anak dara orang. Bak kata orang tua, sambil menyelam minum air, tak gitu?" Kepala digeleng-geleng mengenang peristiwa yang lepas. Hannah yang terlebih berani.

Terlepas ketawa kecil di bibir Hannah sehingga membuatkan Rayyan terkesima. Setelah sekian lama dia tidak mendengar gelak tawa Hannah, akhirna ketawa merdu itu kedengaran juga.

HER GUARDIAN ANGELWhere stories live. Discover now