Empat puluh lapan

Start from the beginning
                                    

"Ish ish ish..." Seungmin memeluk tubuh sambil menggelengkan kepala, dia dalam diam mengagumi tenaga Hyunjin kerana masih mampu berlari walaupun sudah memasuki usia tua.

"Eh pehal rasa seram sejuk je ni?" dia mengusap lengannya yang meremang.

"Kau cakap aku setan mengamuk kalah judi eh tadi?"

Mata Seungmin terbeliak.

"M-Mirah?" Seungmin tersengih apabila dia tersedar bahawa isterinya sekarang betul-betul ada di hadapannya.

"Lari pak su, lari!" teriak Changbin di muka pintu.

"Bye!"

"HALIM SEUNGMIN HAN!"

...

"Fakhrul, Ayyan! Jom makan!" laung Seonghwa dari dapur. Chan dan Jongho yang sedang sibuk bermain di dalam bilik terus berlari ke meja makan.

"Umi, umi bagi kan Ayyan tidur sini?" tanya Jongho.

"Ye, sayang. Fakhrul dah masuk kali kelima tanya benda ni. Jenuh umi nak jawab benda sama, nak." jawab Seonghwa. Dia mengambilkan lauk makan malam itu untuk Jongho dan Chan.

"Umi, umi ambilkan untuk diorang je?" tanya San.

"Kau ambillah sendiri, bukan kau tu patah tangan pun." sampuk Yeosang.

"Alah, si Fakhrul tu pun bukan patah tangan pun tapi umi boleh je ambilkan!" balas San tidak mahu mengalah. Dia cemburu apabila merasakan Seonghwa seolah-olah hanya peduli dengan anak bongsunya sahaja.

San yakin bahawa Seonghwa lalai dalam membahagikan keadilan kasih sayang kepada anak-anak.

"Ni lah namanya manusia attention seeker ye adik-adik, benda remeh pun nak dijadikan isu." ujar Yunho sambil menyindir si adik kembar.

"Biasalah, bang. Syakir tu kan bukan selalu dapat perhatian. Aku pun terpaksa layan dia sebab kesian dia selalu kena pinggir." sokong Wooyoung. San memuncungkan bibir.

"Sian eh, Kir. Tapi nak buat macam mana kan? Dah nasib anak pungut." ujar Mingi pula.

"Umi, tengok diorang ni!" adu San.

"Jangan dilayan kembar-kembar kau tu, kau pun tahu perangai masing-masing serupa setan." kata Seonghwa. Yunho memegang dadanya.

"Sampai hati umi kata Khai macam setan."

"Kalau dah fakta susah nak dinafikan bang." ujar Chan.

"Ish, kau diamlah! Kau budak kau tahu apa je?"

"Dah dah, jangan gaduh." Seonghwa bersuara untuk menghentikan pergaduhan itu. Mingi menelan makanannya sebelum menanyakan soalan kepada sang ibu.

"Umi, tadi umi pergi mana bawa daun bawang? Masa umi balik Harraz tengok dah hancur je daun bawang tu."

"Pergi bagi walid kau pelajaran moral."

"Lah, walid buat apa lagi?"

"Dia pergi ajak si atuk Ayyan tu menari kat hospital. Dia tu dah tua-tua pun perangai masih tak berubah. Sebab tulah anak-anak terikut sama. Dahlah tak sedar diri tu semput boleh pula nak beatbox, kang kalau tak cukup nafas tak fasal-fasal mati kejung kat situ." bebel Seonghwa.

"Okeylah tu, umi boleh cari yang baru nanti." kata Wooyoung.

"Cih, umi ni bukan macam kau."

"Abang Ikmal ni macam ayah Ayyan lah, suka sangat jadi buaya." ujar Chan.

"Kau tak tahu, Yan. Jadi buaya tu merupakan cita-cita aku sejak zigot lagi tahu."

"Umi, kenapa dulu umi tak flush je abang Ikmal ni? Alang-alang dah termasuk dalam jamban tu, umi flush jelah." tanya Jongho.

"Haah, kalau umi flush takdelah umi dapat beban keluarga ni." sokong Yeosang.

"Hm, tulah. Tu benda kedua yang umi menyesal tak buat benda tu dulu."

"Yang pertama apa?" tanya Mingi.

"Kahwin dengan walid kau, kalau aku tahu dapat anak hanat macam korang semua ni memang masa nak akad nikah dulu aku lari pergi Malaysia. Lagi elok aku kahwin dengan Fattah Amin."

"UMI!!!"

Keesokan hari, Jihyo yang sedang mengajar di kelas mengerutkan dahi tatkala salah seorang anak muridnya tidak duduk.

"Rizki, kenapa tak duduk? Saya tak ada denda awak kan?" tanya Jihyo. Changbin menunduk dan menggelengkan kepala.

"Dah tu kenapa tak duduk?" Changbin menggeleng lagi, Jihyo menoleh ke arah Haknyeon pula.

"Mirza, kenapa dengan kawan kamu tu?"

"Rizki tak bagi saya bagitahu. Sebagai sahabat dunia dan akhirat dia saya takkan bagitahu cikgu Khadijah punca Rizki berdiri."

"Betul ni tak nak bagitahu?" tanya Jihyo sambil menggoyangkan sepeket nugget milo. Changbin pantas menoleh ke arah Haknyeon tetapi dia terlambat untuk menghalang Haknyeon daripada berdiri dan berteriak.

"RIZKI DIRI SEBAB BONTOT DIA SAKIT KENA PUKUL DENGAN MAK DIA SEMALAM, CIKGU!" jawabnya dengan penuh semangat. Dia pergi ke depan kelas untuk mengambil habuannya.

Changbin memaki Haknyeon di dalam hati dengan bahasa haiwan.

"Pftt..." Jihyo menutup mulut, begitu juga semua murid di situ.

"Takpelah, Riz. Cikgu benarkan kamu berdiri, bontot tu sakit eh kena pukul semalam. Hm sian dia..." ujar Jihyo sambil menahan tawa.

Kata-kata Jihyo itu membuat kelas bising dengan suara gelak tawa dari murid dalam kelas itu. Changbin hanya mampu tersengih sambil memijak kaki Haknyeon dengan kuat.

'Dasar Mirza anak halal! Disebabkan nugget milo berapa ketul tu kau bongkarkan rahsia aku huhuhuhu! Tak nak kawan kau lagi lepas ni!'

Han FamilyWhere stories live. Discover now