"Entahlah, Ayyan. Pergi pun tak cakap dengan mummy dulu."

"Yan." panggil Minho.

"Kenapa, mak su?"

"Nanti kau pergi letak ni dalam air Riz." Hyunjin mengetuk kepala adik iparnya kerana mahu memberi Chan sepeket dedak semut. Sebawang-bawang Hyunjin pun dia masih sayangkan anaknya.

"Kau jangan nak memacam, Mirah. Anak aku tu woi!" marah Hyunjin. Minho mencebik sebelum pergi ke dapur dengan menghentakkan kaki, geram kerana tidak berjaya menghasut Chan untuk memberi dedak semut ke dalam air Changbin.

Seungmin menyedut hingus.

"Kau dah okey, Lim?" tanya Jeongin.

"Hm, okey okeylah mak." jawab Seungmin.

"Mak."

"Apa?"

"Malam ni Halim tidur dengan mak eh?"

"HEIIIII TAK BOLEH!" tiba-tiba Yongbok muncul dan menyergah mereka semua. Yongbok menarik Jeongin mendekatinya.

"Mahmod, anak kau tu sakit. Apa salahnya mengalah?" marah Jeongin. Yongbok menyepetkan mata memandang anak bongsunya.

"Cinta tak faham, abang dapat rasakan yang Halim ni dengki dengan abang. Firasat abang kuat mengatakan bahawa Halim ni cuma mengada-ngada demam sebab nak tidur dengan cinta!"

"Kalau ye pun kenapa? Kan abah dah selalu tidur dengan mak, kali ni biarlah Halim tidur dengan mak pula." ujar Jisung. Yongbok mengalihkan pandangan ke Jisung pula, masih dengan mata yang sengaja disepetkan.

"Rosli jangan nak bantah cakap abah, kau tu dahlah abah ragu-ragu nak mengaku anak. Jangan sampai abah mengamuk, abah ni ada silat. Ingat tu, silat tahu silat." Jisung dan Seungmin memutarkan mata. Mereka fikir abah mereka sudah tidak akan berperangai seperti ini lagi namun sepertinya mereka telah tersilap.

"Tolonglah, bah. Tulang-tulang abah tu semua dah mula mereput, Li takut abah baru buka silat tulang belakang abah dah patah dua. Nanti Li lagi kena bawa abah pergi hospital." balas Jisung.

Jeongin menahan tawa, dirinya membayangkan kata-kata Jisung menjadi kenyataan.

"Bang, tak baiklah. Abah abang tu." tegur Hyunjin walau kenyataannya dia pun tak berbeza dengan Jeongin.

Yongbok yang merasa seperti dipandang remeh mula diselimuti amarah, tanpa amaran dia meloncat ke arah Jisung dan menarik rambut anaknya dengan kuat.

"AW ABAH, SAKIT!"

"NI MAKANNYA, DASAR ANAK DERHAKA!"

"Lawan! Lawan! Lawan!" sorak Chan dan Seungmin, suka mereka menonton acara gelut itu.

"Mak tak nak leraikan diorang ke?" tanya Hyunjin apabila pergelutan bapak dan anak itu semakin berbahaya untuk dibiarkan.

"Tak apa, aku nak tengok macam mana tulang belakang abah kau patah dua. Excited aku."

Minho tiba dengan membawa sebuah sudu, dia terkebil-kebil melihat Jisung dan Yongbok sedang bergaduh. Minho seperti merasakan dejavu.

'Macam ni ke masa aku gaduh dengan Halim pagi tadi? Bapak tak matang sia.'

...

"Oi, Riz. Mengendap apa tu?" Haknyeon menyapa Changbin yang sedang memerhati seseorang dari sebalik pokok di malam hari. Changbin menarik Haknyeon agar menyorok.

"Shh, aku tengah perhatikan abang Harith." jawab Changbin, dia gagal untuk memberitahu Yeosang kerana lelaki itu tidak ada di rumah. Kata Seonghwa, dia sedang menjaga Hongjoong di hospital.

"Lah kenapa? Kau syok kat dia?"

Changbin memejamkan mata dan menarik nafas sedalam mungkin. Pertanyaan badak jadian itu membuatnya hendak memaki dalam lima bahasa haiwan tetapi dia masih ingat dosa.

"Mirza, lain kali jangan makan je kerjanya. Tengok tu sampai otak kau pun dah tak mampu berfungsi." ujar Changbin.

"Habis tu?"

"Tadi dia ada cakap dengan aku yang dia akan buat apa sahaja untuk dapatkan Diana."

"Diana mana eh?"

Buk!

"Dasar meow meow! Gung gung! Chip! Embek! Embooo moo! Ha kan aku dah tercarut pakai bahasa haiwan! Diana mana lagi? Diana yang dia dengan abang Afiq crushkan tu lah!" marah Changbin selepas memukul kepala Haknyeon. Jangan bermain-main dengan Changbin, dia sudah menuntut ilmu makian peringkat haiwan untuk menjadi orang yang 'next level'.

"Oh, cakaplah awal-awal. Nak ayam?"

"Tak nak, nanti aku bodoh macam kau." Changbin menolak ayam barbeku Haknyeon dan ingin mengendap Juyeon di kedai Kamal Kai namun lelaki tinggi itu sudah tiada.

"Buat apa tu?"

"Wuarghh!" Changbin dan Haknyeon menjerit apabila melihat sosok berpakaian serba putih menyapa mereka.

"Ish, bagilah salam!" marah Changbin. Hyunjun tersengih.

"Sorry. Assalamualaikum hehe..."

"Waalaikumussalam!" balas Changbin separuh marah. Hampir tercabut jantungnya melihat Hyunjun bertelekung putih, untung sahaja dia tidak berlari sambil meminta tolong. Kalau tidak, habis jatuh maruah Changbin.

"Kau buat apa kat sini?" tanya Haknyeon.

"Diana nak balik rumah tapi ternampak korang tengah terjenguk-jenguk kat situ. Sebab tu Diana tegur."

"Baru balik surau eh?" tanya Changbin.

"Macam mana tahu?"

"Kau pakai telekung, mati-mati aku ingat hantu tadi tegur." Changbin terdiam dan kembali memandang Hyunjun.

"Wei, Diana. Aku nak bagi kau peringatan."

"Apa dia?"

"Aku dapat rasakan akan ada orang-orang yang akan kucar-kacirkan hubu- hmph!" sepasang tangan tiba-tiba menutup mulut Changbin.

"Eh Diana, tadi mak kau suruh kau balik rumah. Dah lewat katanya." sampuk Wooyoung sambil tersengih.

"Ye ke? Diana balik dululah eh, bye korang. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Wooyoung tersengih dan Changbin akhirnya mampu melepaskan tangan Wooyoung dari mulutnya.

"Kenapa kau tak bagi aku cakap?!" marah Changbin.

"Riz, ni antara diorang. Kau jangan nak masuk campur."

"Eleh, tah tah kau tu pun join sekali nak hancurkan kebahagian orang." sampuk Haknyeon. Wooyoung memasamkan muka, dia mengambil beberapa ringgit dari poket seluar dan memberinya kepada Haknyeon.

"Pergi beli jajan sana, sibuk je kat sini."

"Okey!" Haknyeon tersenyum lebar lalu pergi ke kedai runcit, meninggalkan Changbin dan Wooyoung di situ.

"Kau jangan jadi setan, Farish tu kembar kau tahu." nasihat Changbin.

Wooyoung memandang kuku jarinya.

"Aku cuma nak uji tahap kesetiaan antara Farish dengan Diana, kau tak berminat ke nak tengok sejauh mana diorang mampu pertahankan hubungan diorang?" hasut Wooyoung.

Changbin terdiam, dia memikirkan kata-kata Wooyoung tadi. Kedengaran menarik di telinga Changbin.

"Riz, kalau Diana memang jodoh Farish. Sekuat mana pun ilmu buaya, hubungan diorang takkan goyah."

"Er..."

"Kau faham kan apa yang aku cuba nak buat, Riz? Sekarang kau nak buat apa? Sama ada bagitahu diorang tentang plan abang Harith atau diam dan saksikan macam mana diorang pertahankan hubungan diorang?"

"A-Aku..." Changbin ragu-ragu untuk memberikan jawapan sedangkan Wooyoung menyeringai.

"Aku... nak tengok tahap kesetiaan diorang."

"Bagus, ni baru namanya sahabat Ikmal!"

Han FamilyΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα