BEBAN 13

2.7K 586 24
                                    

"Ary..." panggil Aryana pada Aryain setelah adiknya ini menyimpan Al-Quran ke tempat asal.

"Hm?" Aryain menoleh dan berjalan ke arah Aryana yang masih duduk di atas sejadah itu. Dia duduk di hadapan Aryana yang sedang menatapnya sayu itu.

"Kenapa ?"

"Aku sayang kau weh." luah Aryana. Matanya berair.

Aryain tersenyum.

"Aku pun sayang kau. Kau jangan lah lemah sangat. Aku ada. Selagi aku ada, kau jangan mengalah!" tangan Aryana di capai dan di genggam erat.

"Aku tak dapat bayang kan, macam mana kalau kau dah tak ada nanti. Mesti aku akan rapuh." Aryana menunduk. Tangan Aryain di usap.

"Kenapa cakap macam tu ?" tegas Aryain tidak suka akan pertuturan Aryana.

"Takdir Allah. Siapa kita untuk mengetahui."

Aryain terdiam. Dia terus memeluk tubuh Aryana yang sudah menghamburkan tangisan itu. Belakang tubuh itu, di usap untuk menenangkannya.

Bagaimana nasib Aryana jika Aryain sudah tidak bersamanya lagi. Mungkin kah dia akan kuat seperti sebelum ini ?

Atau akan gagal untuk kali kedua ?

"Yana, kita memang tak akan tahu takdir Allah bila. Tapi percaya lah, apa yang telah terjadi ke hadapan nanti, adalah sesuatu yang indah walaupun terlihat pahit. Jadi lah seorang manusia yang sentiasa redha akan segala takdir yang berlaku. Apa yang berlaku, sudah tertulis di dada langit. Sesungguhnya, perancangan Allah lebih baik dari perancangan manusia." nasihat Aryain penuh tulus kepada kakak kembarnya ini.

Dia tahu, Aryana memang tak akan kuat tanpa dia. Dia juga tidak mampu bayang kan jika tidak dapat bermain dan bersama Aryana lagi untuk sepanjang hidup.

"Tapi, aku benci kan takdir yang namanya perpisahan. Tolong lah Ary, aku sayang kau. Kau kena stay dengan aku, sampai kita berjaya dunia akhirat!" pinta Aryana yang masih menangis di bahu Aryain.

Aryain mengangguk. Dia faham. Semua orang memang akan benci kan takdir yang namanya perpisahan itu. Walau macam mana pun, itu lah takdir yang terindah kerana dapat meninggalkan dunia yang di cemari oleh orang-orang yang tidak kenal erti bersyukur serta mendustakan agama.

Dunia di cemari oleh orang-orang yang berbangga dengan dosa. Menyanjung tinggi akan sesuatu yang tidak akan kekal sehingga lupa siapa yang patut di sanjung tinggi sekarang ini.

"Yana, kau tak boleh cakap macam tu. Tak baik, aku kan dah ajar kau, untuk redha setiap perkara yang terjadi. Apa yang terjadi, ada hikmah. Di sebalik hikmah itu, adanya pegajaran."

Aryana mendongak memandang Aryain. Ternyata, mata adiknya juga berair.

"Aryain, kau sepatutnya masuk tahfiz." katanya perlahan. Nada suaranya sendu sahaja.

Aryain senyum tawar. "Benda tu dah berlalu sister! Aku cuma nak ikut kau. Pergi tahfiz pun, ibu tak akan izin kan."

Aryana tersenyum tawar dan memeluk tubuh Aryain lebih erat. "Ary... Aku tak nak kehilangan adik kembar aku..."

Aryain ketawa hambar dan mengusap kepala Aryana yang berbalut telekung biru ini.

"Rahsia Allah, tiada siapa yang tahu. Bersedia atau tidak, persiapkan diri."

[ Be strong! ]

Padang bola di hadapan mata, di pandang kosong.

Aryana hilang mood mahu bermain bersama rakan sekelasnya akibat kejadian pagi tadi.

"Yana! Kenapa buku yang aku beli untuk kau ni, masih kosong semua ?! Kau kenapa tak buat hah ?! Pemalas betul kau ni! Aku tak ajar kau jadi pemalas kan ?!"

BAM!

Buku pelajaran Aryana yang tersusun rapi di atas meja belajar, di buang ke lantai.

Puan Ashya bercekak pinggang di hadapan Aryana yang hanya mampu menunduk kan kepalanya itu.

"Hey, Yana. Kau memang tak hargai eh duit aku untuk beli kan kau buku ?! Aku beli kan kau buku, untuk kau belajar bagi pandai otak cetek tu! Bukan di buat perhiasan! Kau ni, tahu membazir lah!" marah Puan Ashya. Wajahnya jelas kemerahan kerana sikap sang anak.

"Bukan macam tu ibu, Yana pun ada kerja seko—"

"Hah, menjawap! Menjawap! Itu je kan kerja kau! Kau, kalau nak jadi gelandangan bila besar, jangan belajar! Penat aku keluar kan duit untuk kau! Satu apa pun yang aku bagi, kau tak hargai! Menjadi beban aku lah kau ni! Dasar anak tak sedar diri!"

Aryana mengeluh apabila terimbas kembali kejadian pagi tadi. Pagi di mana ibunya mengamuk teruk hanya kerana buku latih tubi yang ibunya beli beberapa hari yang lalu, belum dia buat.

Bagaimana dia mahu membuatnya, jika kerja sekolah juga turut di beri membuatkan dia juga tiada masa mahu membuka buku tersebut akibat kekurangan masa hanya untuk di habiskan pada kerja sekolah yang akan di minta oleh guru pelajarannya pada hari dan masa yang di tetapkan.

Tidak kah orang dewasa seperti ibunya memahami waktu belajarnya ?












C | BEBAN √Where stories live. Discover now