٢٢ | Pregnant 2.0

Start from the beginning
                                    

"Kau buat apa di tingkat tiga?" Denzell bertanya. Setahu dia tiada apa-apa yang menarik di tingkat itu. Hanya ada ruang belajar, ruang medik, perpustakaan dan kolam renang peribadi.

"Saya saja teroka satu istana," jawabku ringkas berharap dia akan terima alasanku.

Dahi Denzell berkerut. "Pelik. Ada apa sampai kau tiba-tiba nak teroka istana?" Dia menghidu sesuatu yang asing pada jawapanku.

Aku sekadar menggeleng. Aku tak mahu dia tahu soal kandungan aku dalam waktu terdekat ini. Mungkin bila kandungan dah cecah empat minggu baru aku uar-uarkan.

"Bonda dengan ayahanda tengah tunggu kita di ruang perjumpaan. Ada yang mereka mahu sampaikan."

Keningku terangkat. Jarang sekali ayahanda dan bonda mahu kami berkumpul.

Aku menoleh sekilas ke arah Denzell. "Awak tahu kenapa?"

"Setiap tahun, akan ada satu waktu ayahanda keluar berlayar ke empayar lain. Selalunya selepas tiga bulan baru ayahanda pulang. Mungkin itu yang mahu dibincangkan." Denzell mengangkat bahu. Dia juga meragui tekaannya. Entah benar entah tidak.

"Ayahanda buat apa keluar berlayar?" Mesti ada sebab.

"It's the only way he can escape from bonda. You know how they hate each other."

Aku mencebik lantas mengangguk. "Make sense."

Setelah itu, perjalanan menuju ke ruang perjumpaan hanya bertemankan bunyi tapak kasut bertemu lantai. Kami tiba di ruang perjumpaan yang terletak di tingkat satu.

Aku dan Denzell menunduk. "Bonda, ayahanda." Kami menyapa High Lord Damian dan High Lady Anastasia. Masing-masing berwajah tegang tanpa senyuman.

"Sit," arah High Lady Anastasia.

Aku dan Denzell bergerak ke tempat masing-masing. Dia di hujung kiri, aku di hujung kanan.

"Ayahanda ajak semua berkumpul hari ini kerana ada perkara yang ayahanda mahu sampaikan." High Lord Damian mula berbicara selepas kami duduk.

Aku menegakkan posisi duduk lalu belakang badan disandarkan pada kerusi.

"Ayahanda akan keluar berlayar pada esok hari ke empayar Grucaelum."

Ekor mataku menangkap High Lady Anastasia yang merenungku tajam. Entah apa lagilah yang dia tak puas hati dengan aku.

"Berapa lama ayahanda akan pergi?"

Mataku beralih pada Denzell saat soalan itu terpacul dari mulutnya.

"Paling lama 3 bulan."

Mata Denzell menyorot ke aku. Dia mengangkat sebelah kening. See? Benarkan apa yang dia bilang di tangga tadi? Aku membalas dengan senyuman nipis sahaja.

"Sudah? Itu saja yang kakanda mahu bilang?" High Lady Anastasia bersuara bersahaja. Dia menatap High Lord Damian dengan pandangan datar tanpa emosi.

High Lord Damian tak mengendahkan High Lady Anastasia. Dia memandang aku dan Denzell silih berganti. "Denzell, Estrella." Dia memanggil.

"Ya, ayahanda," sahut kami serentak sambil merenung High Lord Damian. Menanti apa yang ingin disampaikannya.

"Bercinta boleh tapi jangan lupa anakanda berdua ada empayar untuk dijaga."

Kami mengangguk faham sementara High Lady Anastasia menggulingkan matanya meluat.

"Pastikan keadaan empayar sempurna ketika ayahanda pulang. Boleh bersurai."

The Royal Asmaraloka ⓒWhere stories live. Discover now