"Sahabat aku tak akan tikam belakang aku." Rahang Dariel digetap kuat. Sakitnya rasa dikhianati oleh sabahat sendiri. Dia tak kisah dengan teman wanitanya, Eyrika yang telah berlaku curang. Dia lebih sakit dan kecewa terhadap sahabatnya, Farish.

Izra kemam bibirnya. Dia tak tahu pula gadis yang tidur di samping Farish itu teman wanita Dariel. "Aku nak jumpa Farish untuk dia jelaskan kejadian ini." Izra mahu mendengar sendiri daripada mulut jejaka itu. Dia mahu jejaka itu membuat pengakuan jujur.

"Up to you."

"Kau tak mahu ikut sama, Luth? Aku teringat nak lihat riaksi sahabat kau waktu tu."

Dariel tarik senyuman misteri. "Aku akan ada di belakang kau nanti." Tangannya dikepal. Dariel akui, dia amat kesal dengan apa yang terjadi tapi dia mahu juga mendengar sendiri daripada mulut Farish. Dia mahukan kejujuran daripada jejaka itu meskipun bukti sudah cukup kukuh.

•—•—•

Sebaik sahaja dirinya selamat keluar daripada perut kereta, matanya menangkap susuk tubuh dua orang jejaka yang sedang terpacak berdiri di hadapan keretanya.

"Assalamualaikum, Izra." Sapa salah satu daripada mereka setelah menyedari kehadirannya di situ.

"Waalaikumsalam. Ko.. korang buat apa kat sini?" Izra gigit hujung bibirnya. Dia benci perasaan ini. Kenapa jejaka itu muncul kembali?

Dan.. suara itu.. lamanya Izra tak dengar. Kali terakhir suara ini menyingah di halwa telinganya semasa dibangku sekolah dahulu.

"Lama tak jumpa kau, Izra. Kau masih ingat kami berdua?" Irfan sapa Izra pula. Dia merangkul leher Rayyan di sebelahnya dan Izra angguk sebagai balasan menjawab soalan tersebut.

"Kami datang sini, ada benda nak beritahu kau."

Izra kerut dahinya. "Apa dia? Beritahu saja di sini. Aku tak dapat bawa korang masuk. Kawan aku belum balik lagi. Tak manis rasanya.."

Rayyan dan Irfan saling berpandangan sebelum keduanya menganguk setuju.

"Kau kenal Hanif Haiqal?" Soal Rayyan kepada Izra.

"Kenal," jawab Izra sepatah.

"Dia nak bunuh kau" ujar Rayyan secara mendadak membuatkan Irfan terbatuk. Straight to the point betul mamat ni.

"Jadi.. tolong, berhati-hati selepas ini."

Tubuh Izra menjadi kaku. Dia terkejut dengan berita itu. Dia terfikir akan salahnya terhadap Hanif suatu ketika dahulu. Tak mungkin Hanif ingin membunuhnya tanpa sebab yang rasional.

"Korang tak bergurau, kan?"

"Tak, Izra. Kami yang bertanggungjawab untuk kes itu. Kami dapati, kau adalah target seterusnya. Mungkin alasan ini agak konyol, tapi penjenayah itu nak bunuh kau atas sebab kau pernah menolak cintanya."

"Aku rasa, korang kena siasat kes ini dengan lebih detail."

"Ini hasil daripada siasatan kami."

"Baiklah. Kalau tak ada apa-apa lagi, korang boleh balik."

"Terima kasih untuk masanya."

Izra perhatikan kedua jejaka itu melangkah pergi menuju ke kereta mereka.

•—•—•

Rayyan memandu keretanya. Fikirannya berlayar mengingati Izra. Sempat dia kerling jari manis gadis itu. Ada sebentuk cincin yang tersarung.

"Ray," panggil Irfan.

"Woi!" Panggil Irfan lagi dengan nada sedikit kuat setelah menyedari Rayyan mengabaikannya.

"Apa?"

"Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi?" Melihat wajah Rayyan sahaja, Irfan sudah menarik nafas panjang. Penat sahaja dia membebel dari tadi.

Haihlah kawan...

"Kenapa aku rasa Izra macam tak ambil peduli tentang isu ini, ya?" Irfan lihat sendiri riaksi Izra ketika itu. Pada awalnya, gadis itu memang kelihatan terkejut tetapi entahlah.

"Mungkin cara kita menyampaikan yang salah?" Teka Rayyan pula.

"Apa yang salahnya?"

"Tak tahu. Tapi aku harap sangat dia ambil peduli sebab ini melibatkan keselamatan dirinya juga."

"Aku rasa, kita perlu awasi gerak geri dia jugalah, macam yang aku cakap kat pejabat. Mana tahu ada apa-apa jadi sebab kita tak tahu Hanif dekat mana sekarang ni."

Kedua-dua jejaka itu senyap seketika. Mereka memikirkan stategi lain untuk menangkap penjenayah licik itu.

"Pan, kau perasan tak dekat jari Izra tadi?" Rayyan tiba-tiba menyantuh isu yang bermain di kotak fikirannya.

"Ada apa?"

"Tadi aku tengok ada cincin dekat jari dia, dia dah kahwin ke? Tapi kat maklumat, dia masih single"

"Tajam betul mata kau, ya."

Rayyan hanya mendiamkan diri sudahnya. Dia tak tahulah nak respon apa. Nanti dia kena usik jadinya.

"Kau asal tanya?" Setahu Irfan, sahabatnya itu tak pernah mengutarkan seorang gadis kepadanya kecuali Naila, tunang Rayyan.

"Saja, aku curious je" ujar Rayyan.






•—TBC—•

MEMORIESWhere stories live. Discover now