Seratus tujuh belas

Start from the beginning
                                    

"Macam mana puan boleh jumpa dengan arwah Riz?" tanya El, penasaran bagaimana remaja bernama Rizki itu boleh bertemu dengan wanita di hadapannya. Dia juga tertanya-tanya tentang keberadaan Rayyan, kanak-kanak polos yang mengharapkan kepulangan ibunya setiap masa.

"Masa tu musim sejuk, aku terjumpa Riz dah tak sedarkan diri kat atas jalan."

"Tak sedarkan diri?"

"Ya, dia kena langgar lari. Ramai yang nampak Riz kena langgar tapi tak ada seorang pun yang nak tolong dia selain aku. Semua jijik dengan keadaan Riz masa tu." ujar Khadijah. Hanya dia yang terburu-buru menelefon ambulans sementara orang lain hanya memandang dari jauh.

"Esoknya, dia meronta-ronta nak keluar dari hospital lepas dia tersedar. Dia kata Ayyan tengah tunggu dia kat taman. Adik dia perlukan dia sekarang."

Cerita itu terhenti, Khadijah terdiam agak lama sehingga suasana di situ menjadi hening.

"Apa... Apa yang terjadi lepas tu? Macam mana dengan keadaan Ayyan?" tanya El dengan berhati-hati, takut sekiranya soalan itu membuat hati Khadijah tergores.

"Ayyan meninggal. Dia terkena hipotermia malam tu." jawab Khadijah, El spontan menutup mulutnya. Sekali lagi dia dikejutkan dengan khabar yang tidak diduga.

"Teruk Riz menangis, dia meraung-raung panggil nama adik dia. Dia tak terima adik kesayangan dia mati disebabkan dia." dada Khadijah terasa sesak setiap kali mengingati betapa sedihnya keadaan Changbin ketika melihat jasad adiknya sudah pucat dan tidak bernyawa di dalam sebuah gelongsor.

Rizki hanya mahu meninggalkan adiknya sebentar untuk mencari sesuatu yang boleh menghangatkan mereka pada malam itu. Namun sayang, apa yang dirancangkan Rizki tidak berjalan mengikut kehendaknya.

"Mulanya Riz akan dihantar ke panti asuhan sementara sebab pihak polis tak dapat jejaki keberadaan ibu dia tapi aku buat keputusan untuk jadikan dia sebagai anak angkat. Riz dah tak ada sesiapa kat luar sana. Ibu dia tinggalkan dia. Tak ada sesiapa yang peduli dengan dia. Aku kasihan dengan dia. Aku tak nak dia menderita lagi, biarlah aku jadi orang terakhir yang ambil berat tentang dia."

Khadijah memandang wajah El.

"Sebelum ni kau mesti fikir Riz hidup dalam keluarga bahagia, kan?" El mengangguk, memang itu tanggapannya semasa membaca manuskrip tersebut. Cerita itu dipenuhi dengan babak-babak gembira walaupun diakhiri dengan penamat yang menyedihkan.

"Buku yang aku bagi kau tadi sebenarnya diari Riz. Dalam tu lah dia tulis cerita tentang Han Family. Dia selalu berharap keluarganya bahagia, dia selalu berharap dia ada ramai kawan yang ada di masa susah senangnya, dia selalu berharap hidupnya sentiasa gembira. Kalaupun ada hujan yang turun menimpa bumi, dia selalu berharap akan ada pelangi yang bakal muncul setelahnya. Apa yang tertulis dalam buku tu berlawanan dengan kisah nyata Riz." ujar Khadijah.

"Riz tak ada kawan kat sekolah?" pertanyaan itu dibalas dengan gelengan kepala.

"Kat sekolah, Riz selalu dibuli dan dihina. Anak pungut, anak haram, gemuk, hodoh, anak sial, itulah yang mereka gelarkan pada Riz. Mereka semua jahat dengan Riz tapi Riz sikit pun tak pernah mengadu fasal tu kat aku."

Khadijah adalah seorang usahawan, kadang-kala dia akan terlalu sibuk dengan perniagaannya sehingga tidak sempat mengurus Rizki dengan baik. Bahkan sebelum kematian Rizki, dia tidak tahu bahawa anak angkatnya sering menjadi mangsa buli di sekolah.

"Kau kenal dengan watak Diana, kan?" tanya Khadijah.

"Kenal, tu watak yang meninggal sebab barah otak. Kenapa dengan watak Diana tu?"

"Riz senasib dengan gadis malang tu." terbuntang mata El mendengarnya. Satu per satu ujian datang dalam hidup Rizki tanpa henti.

"Kesihatan Riz merosot, badan dia yang sempat berisi jadi kurus macam dulu. Bila dia sendirian, dia banyak habiskan masa dengan termenung dan tulis Han Family dalam diari. Tapi bila aku jumpa dia, dia selalu berlakon ceria. Macam nak yakinkan aku yang keadaan dia semakin membaik walaupun kenyataannya tak." ujar Khadijah.

"Setiap hari aku berdoa pada Allah agar sembuhkan penyakit Riz. Aku tak nak kehilangan Riz. Aku belum puas tengok Riz bahagia. Tapi..."

El melihat mata Khadijah berkaca-kaca, setitis air mata jatuh ke pipi.

"Riz tetap pergi tinggalkan aku." lirih Khadijah, dia menutup mulut menahan sebak. Lelaki yang dia sudah anggap seperti anaknya sendiri tidak berjaya diselamatkan. Dia pergi ketika sedang tidur di dalam biliknya sambil tersenyum.

"Riz sempat tulis surat untuk aku, sama macam watak Diana buat sebelum dia meninggal." sehelai surat diberikan kepada El. Satu per satu tulisan itu dibacanya.

'Ke hadapan ibu Khadijah,

Assalamualaikum, ibu. Ibu sihat? Riz harap ibu sentiasa sihat dan happy selalu. Jangan skip makan macam dulu tahu. Nanti Riz marah hehehe.... ><

Mungkin bila ibu baca surat ni Riz dah pergi bertemu dengan Pencipta kita. Maaf sebab Riz tak mampu lawan penyakit ni. Maaf sebab Riz selalu berlakon sihat depan ibu. Riz tak nak ibu risaukan Riz. Banyak benda yang lebih penting yang ibu kena buat selain risaukan Riz.

Ibu nak tahu sesuatu?

Dulu mummy selalu kata Riz anak yang kuat. Sebelum ni Riz tak pernah nangis depan mummy walaupun ayah selalu marah dan pukul Riz. Riz pernah janji kat diri sendiri yang Riz tak akan menangis.

Tapi sayangnya dah dua kali Riz mungkir janji Riz sendiri. Kali pertama, masa Ayyan meninggal disebabkan Riz. Kali kedua, masa Riz tulis surat ni. Riz gagal jadi anak yang kuat bila Riz tersedar yang Riz akan tinggalkan mummy dan ibu. Riz pun tak sanggup nak tinggalkan mummy dan ibu. Mummy dan ibu baik. Riz sayang mummy dan ibu sangat-sangat.

Riz cuba tulis surat ni tanpa menangis tapi Riz tak mampu. Maaf kalau surat ni terkena air mata Riz.

Riz tak sanggup bayangkan keadaan mummy kalau mummy tahu Riz dan Ayyan dah tak ada kat dunia ni lagi. Rizki tak sanggup tengok mummy menangis lagi. Cukuplah dulu mummy menangis setiap malam disebabkan ayah. Riz nak cari mummy tapi Riz tak mampu, kesihatan Riz tak mengizinkan.

Riz nak ucap terima kasih kat ibu.

Ibu lah wanita kedua selepas mummy yang ikhlas sayangkan Riz. Disebabkan ibu, Riz dapat rasakan kasih sayang seorang ibu lagi walaupun hanya sekejap. Tika yang lain jijik dengan pengemis hina macam Riz, ibu satu-satunya orang yang sudi terima Riz. Ibu bagaikan malaikat pelindung buat Riz di dunia ni. Riz terhutang budi dengan ibu. Kalau diberikan pilihan, Riz nak balas jasa ibu sebelum pergi tapi Riz tak boleh tentukan waktu ajal Riz sendiri. Maafkan Riz, ibu. Riz tak sempat nak balas segala kebaikan ibu.

Doktor kata Riz ada peluang untuk sembuh tapi Riz tak percaya langsung. Doktor bukan Tuhan nak menjangkakan panjang pendek hayat seseorang.

Kalau betul Riz ditakdirkan untuk pergi dulu, ibu relakan pemergian Riz tahu. Riz tak nak ibu menangis sebab Riz. Air mata ibu tak layak dibazirkan untuk Riz. Ni dah takdir Riz, cepat atau lambat Riz tetap kena tinggalkan semua yang ada dekat dunia ni.

Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup Riz. Ibu sangat-sangat bermakna untuk Riz. Maafkan Riz andainya Riz ada buat salah silap.

Riz sayang ibu.

Moga kita dipertemukan kembali di alam sana. Assalamualaikum, ibu.

Yang benar,
Rizki
anak mummy dan ibu <3'

El bangkit dan memeluk Khadijah dengan erat, membiarkan bajunya basah kerana terkena air mata wanita itu. Sedar tidak sedar dia turut ikut menangis.

"Saya yakin dia bahagia di sana, puan. Allah sayangkan Riz. Allah tak nak Riz menderita lebih lama. Dunia ni terlalu kejam untuk insan sebaik Riz."










𝐇𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐦𝐢𝐥𝐲
𝒔𝒆𝒄𝒓𝒆𝒕 𝒆𝒏𝒅𝒊𝒏𝒈

𝙴𝚗𝚍..
January 06, 2023

Han FamilyWhere stories live. Discover now