𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |60

Start from the beginning
                                    

"Ampunkan salah silap Reanne sepanjang Reanne jadi isteri abang. Reanne nak abang tahu yang Reanne cintakan abang selama lamanya," ucapnya lagi. Dia bimbang jika sewaktu dia bertarung nyawa selepas ini, Tuhan turut mengambil nyawanya. Terasa masih banyak dosa yang dia lakukan terhadap suaminya.

"Syhh jangan cakap macam tu. Sayang tak pernah buat salah dekat abang." Tengku Adrian menenangkan Reanne. Matanya terasa basah.

"Encik nak masuk sekali ataupun nak tunggu dekat luar?" Soal jururawat itu apabila sampai di hadapan bilik pembedahan.

"Saya nak masuk." Tanpa berfikir dua kali, terus dia bersetuju. Dia mahu berada di sisi Reanne waktu senang ataupun susah. Dan waktu sekarang; memanglah dia perlu ada. Dia adalah kekuatan Reanne.

Jururawat itu menganggukkan kepalanya. Dia mengambil pakaian khas ketika berada di dalam bilik bedah sebelum menyerahkannya kepada Tengku Adrian.

"Encik pakai pakaian ni dulu ya."

"Baik." Diambil pakaian itu lalu dipakainya sebelum dia turut melangkah masuk ke dalam bilik pembedahan.

"Abang." Reanne memanggil perlahan suaminya itu.

"Ya, sayang. Abang ada dekat sini.". Tangannya setia berada dalam genggaman Reanne.

"Tarik nafas ya puan." Arah doktor perempuan yang sedang bertugas itu.

Reanne menarik nafasnya lalu dihembus perlahan.

Doktor itu memeriksa bukaan bersalin. Nampak gayanya; memang dah sampai masa.

Doktor itu mengambil beberapa peralatan untuk pembedahan.

"Saya cakap push, puan push ya."

Reanne menganggukkan kepalanya.

"Push."

Reanne sekuat hati meneran tetapi masih tak keluar. Tangan Adrian juga sudah kemerahan sebagai tanda bahawa Reanne kuat mencengkam tangan itu.

"Sekali lagi ya. Push."

Sekali lagi, hasilnya tetap sama. Dilakukan perkara ini berulang kali.

Apabila hampir beberapa jam bertarung nyawa, maka lahirkan cinta hati Tengku Adrian dan Reanne

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apabila hampir beberapa jam bertarung nyawa, maka lahirkan cinta hati Tengku Adrian dan Reanne. Anak lelaki!

Tengku Adrian memegang lembut anaknya itu. Tumpah juga air matanya waktu pertama kali memegang bayi kecil itu. Comel!

"Hero daddy." Getusnya perlahan bersama senyuman manis.

Tengku Adrian mencium anaknya itu sebelum dielus lembut pipi lembut anaknya itu.

Dia membawa si anak ke arah dinding cermin. Perlahan, dia lekapkan telinganya pada telinga si anak sebelum alunan iqamat keluar dari bibir dan diikuti dengan alunan azan.

Reanne hanya melihat situasi itu dengan penuh gembira. Walaupun sakit; namun rasa itu hilang apabila melihat wajah anaknya. Kasih ibu.

Tengku Adrian perasan dengan pandangan Reanne. Dia membawa langkah ke arah Reanne.

Adrian's Obsession Where stories live. Discover now