𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |54

En başından başla
                                    

Apabila dia rasakan keadaan isterinya kembali stabil, dia mencempung Reanne lalu dibawa ke salah sebuah sofa yang berada di situ. Mujurlah Reanne tidak meronta. Mungkin bimbang jika terjadi sebarang kecelakaan.

Tengku Adrian meletakkan Reanne di atas sofa.

"Stay still, baby. Abang nak sayang pandang mata abang waktu abang bercakap. Mata takkan pernah menipu sayang." Arah Tengku Adrian apabila dia lihat Reanne yang ingin mengalihkan tempat itu.

Reanne membatalkan niatnya. Terpaksalah dia duduk di atas peha suaminya itu.

Dia menundukkan wajah. Tidak berapa lama, Tengku Adrian mengangkat wajah Reanne dengan jarinya.

Tengku Adrian mengusap lembut air mata Reanne yang tumpah itu. Dicium segenap wajah itu.

"Abang tak suka sayang menangis." Tengku Adrian berkata perlahan. Diusap wajah Reanne yang nampak sedikit pucat.

"Abang tak nak lagi perkataan cerai keluar daripada mulut sayang. It broke me into pieces when you said that word," larangnya. Terasa separuh nyawanya hilang apabila perkataan itu terucap di bibir isterinya itu.

"Faham tak, baby?" Tengku Adrian menyoal lembut apabila Reanne hanya mendiamkan diri.

"Faham." Singkat saja jawapan balas Reanne.

Tengku Adrian mengukirkan senyuman manisnya.

"Sekarang, let me tell you about this thing. Abang tak nak perkara ini akan mengancam rumah tangga kita. Abang cintakan sayang. I can't imagine my life without you." Reanne diam menunggu Adrian untuk menyambung bicara.

"It's started 10 years ago. Waktu tu, abang dengan Erika bercinta. Percintaan budak muda apalah sangat kan. Satu hari I found out that she's cheating with my friend. Waktu itu, Tuhan je yang tahu perasaan abang. And surprisingly, dia tikam abang." Adrian jeda seketika.

"Dekat mana?" Soal Reanne. Dia tak pernah mengetahui tentang hakikat bahawa suaminya pernah tercedera.

"At this." Tengku Adrian mengambil tangan Reanne lalu ditekapkan pada parut yang terdapat di perutnya.

"Sakit?"

"It's no longer hurt, baby. Waktu awal awal kena je sakit." Tengku Adrian mengukirkan senyuman. Dia bersyukur apabila Reanne masih lagi mengambil berat akan dirinya.

"Lepastu, abang dah lost contact terus dengan dia. Mummy dengan daddy pun haramkan abang terus berhubungan dengan dia. Sayang jangan salah faham. Abang memang bencikan dia. Dan ini bukan kerana arahan mummy atau daddy." Terus Tengku Adrian memberitahu maklumat ini. Bimbang jika isterinya itu salah sangka.

"5 years ago; abang take a trip dengan kawan kawan abang. Waktu tu kami pergi ke Eropah. Sambil abang bekerja; abang bercuti kejap. And one day, I don't know; waktu tu abang sunyi sangat. Abang pergi dekat club. Back then; sekarang dah tak lagi." Sambil bercerita; Tengku Adrian mengusap wajah Reanne. Tangan sebelah lagi; memeluk erat Reanne.

"Dan waktu tu, abang tak tahu Erika dah lama perhatikan abang. Lepastu ada sorang mamat saleh tu. I don't even know who is him. Dia datang dekat abang and bagi abang a glass of wine. Waktu tu, abang minum jelah. And after a few minutes; abang rasa badan abang dah tak sedap. Rasa panas semacam." Sebenarnya, Tengku Adrian tak nak ceritakan bahagian ini tetapi terpaksa supaya Reanne tak lagi menganggap dirinya berbohong.

"Before I continue my back path, can you promise me one thing?" Tengku Adrian bertanya terlebih dahulu.

"What is it?" Terasa berdebar pula apabila Tengku Adrian bertanya begitu.

Adrian's Obsession Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin