𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |52

Start from the beginning
                                    

"Ian boleh explain daddy. Ian dah lama ceraikan Erika."

Tercengang wajah mummy serta daddy mendengar kenyataan itu.

"Habistu kau kahwin dengan dia sebab apa? Sebab nak seronok?"

"Tak, daddy. Ian ada sebab sendiri." Jawab Adrian perlahan. Direnung wajah daddy serta mummy itu.

Daddy diam sejurus itu. Tengku Adrian pula mengambil tempat di sofa yang berangkai tiga.

"Sebab apa?" Kali ini, barulah mummy bersuara. Nada suara mummy juga sudah kembali normal. Tidak beremosi seperti tadi.

Tengku Adrian bangun lalu mengambil tempat di sebelah mummy. Digenggam erat tangan mummy sebelum mencium tangan itu.

"Ian minta maaf, mummy." Ucapnya perlahan.

Mummy diam tetapi tangan mengusap lembut rambut si anak.

"Cerita dekat mummy dengan daddy. Apa sebenarnya yang terjadi ni?" Arah mummy lembut. Tengku Adrian mengangkat kembali wajahnya.

Kini, daddy mengambil tempat berhadapan dengan dia. Yang pasti, renungan itu masih lagi tajam seperti tadi.

Tengku Adrian mulai bercerita daripada awal kejadian hingga akhir. Dapat dia lihat wajah mummy serta daddy yang sedikit terkejut ketika dia bercerita.

"Daddy dah lama pesan. Jangan terlibat dengan kerja kerja kotor. Dan kamu boleh pula masuk tempat tempat macam tu untuk tenangkan diri." Bahasa panggilan daddy sudahpun bertukar kepada asal.

Tengku Adrian pula hanya mampu diam. Dia tahu bahawa dia salah dalam hal ini jadinya dia tiada kekuatan untuk membela diri.

"Macam mana sampul ni boleh sampai dekat sini?" Soal Tengku Adrian hairan. Setahu dia, Erika tak tahu tempat tinggal dia.

"Guard cakap ada seorang perempuan hantar sampul ini. Tapi dia tak nyatakan nama. Jadi kami syak bahawa itu Erika." Jawab mummy. Dipandang wajah kacak si anak itu.

'You've messed with wrong person, Erika. Semalam baru aku warning kau tapi kau langgar juga warning aku. Just watch the consequence.' Adrian berkata dalam hati. Menggelegak rasanya waktu ini.

"Sekarang ini, macam mana Ian nak selesaikan masalah ini?" Soal mummy. Yang terbayang pada ruangan matanya hanyalah wajah Reanne. Macam mana penerimaan menantu dia kalau dapat tahu tentang perkara ini?

"Ian akan selesaikan secepat mungkin." Tengku Adrian menggenggam tangan mummy. Dipandang wajah mummy serta daddy silih berganti.

"Bukan itu yang kami risaukan, Ian. Tapi Reanne. Macam mana penerimaan Reanne kalau dia dapat tahu hal ini?" Mummy membetulkan tanggapan anaknya itu.

'Oh shit.' Getusnya dalam hati.

Kenapa dia boleh lupa yang Reanne dah pun kenal Erika?

Pucat wajahnya apabila memikirkan hal itu.

'Damn.'

"You better fix this problem before Erika going to far." Nasihat daddy. Dia bimbang akan penerimaan Reanne. Dahlah menantu dia sekarang ini berbadan dua.

"Will do, mummy, daddy." Tengku Adrian mengukir janji.

" Tengku Adrian mengukir janji

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Adrian's Obsession Where stories live. Discover now