Baru sahaja aku mahu melangkah, lenganku disentuh. Aku spontan rentap dan...

Pang!

Mataku terbeliak. Berbekas merah pipi kanannya. Tangannya naik mengusap darah di tepi bibirnya. Matanya merenung aku tidak percaya dengan apa yang baru sahaja aku buat.

"I-I am so sorry! Sumpah, saya tak sengaja." Tergagap juga aku menjelaskan kepadanya.

First, apa yang aku cakap tak betul.
Second, aku memang sengaja tampar dia.

Sama jelah tu kan? Okay, back to earth.

Memang makanan dialah, aku dah cakap aku dengan Denzell okay, dia nak sibuk apa lagi? Apa susah sangat ke nak faham bahasa Melayu? Kalau dah tak faham Melayu, nak aku cakap bahasa Belanda ke Jawa ini?

"No, let him be. Nothing to be sorry for perhaps, he deserves that."

Denzell entah dari mana muncul tiba-tiba menyampuk. Dia melangkah sambil berpeluk tubuh dan wajahnya dingin.

Lembab. Aku dah tampar dia baru kau nak sampai. Kau tunggu makan kau nanti dekat bilik, memang nahas kau aku kerjakan. One more, kau tak tahu ke aku minta maaf tu tak ikhlas? Palsu je, tak payah berialah nak back up aku. Hatiku membentak.

"Ah, so hero of the story is here too?" soal Prince Xavier sinis.

"What did you think you're doing, you asshole?"

Lengan aku dicengkam kasar oleh Denzell lantas dia menolak aku ke belakang tubuhnya, melindungi aku dari pandangan Prince Xavier.

One question. Kenapa nak lindung aku? Xavier itu orang jahat ke? Atau perogol bersiri? Ha, manalah tahu ada plot twist mengejut. Eh tapi itu dah tiga soalan. Ah, pedulikan.

"She is my freaking wife! Apa yang kau baru sahaja nak buat tadi - aku dah sepatutnya jangka. Kau memang tak pernah berubah, kau dengan dendam kau boleh pergi mampus!" Denzell menengking di hadapan wajah Prince Xavier. Prince Xavier masih kekal tenang, tidak terkesan langsung dengan tengkingan itu.

Aku terkebil memandang mereka berdua silih berganti. Apa yang Xavier nak buat? Dendam apa ini?

"Oh, jadi kau tahu? Baguslah, tak perlu susah payah aku nak terangkan pada kau lagi. Faham sajalah, kau itu kan agak bendul sedikit. Aku pun tak fahamlah bagaimana kau boleh jadi Emperor."

"Bodoh. Aku pewaris tunggal empayar ini. Dengar tak? Pewaris tunggal. Kau hanyalah pengganti aku jika aku tak dapat nak cari isteri ramalan Brigid itu."

Aku yang masih bingung, berdiri kaku di belakang Denzell. Otak cuba mencerna maklumat yang diterima.

"Don't you dare." Sepasang mata hazel Prince Xavier memandang sapphire milik Denzell dengan penuh kebencian dan dendam kesumat.

"Try me." Denzell kan? Dia memang suka mencabar.

Dush!

Mataku membulat apabila Prince Xavier melepaskan tumbukan padu pada pipi Denzell. Denzell jatuh terbaring ke lantai dan Prince Xavier memgambil peluang menendang pula perut Denzell.

Denzell yang tidak menunjukkan tanda dia akan melawan serangan Prince Xavier membuatkan aku panik. Aku menolak kuat tubuh Prince Xavier sehingga dia terundur beberapa langkah ke belakang.

"Bastard! Apa yang kau cuba buat ini?"

"Your husband deserves that. He is an asshole." Prince Xavier menyumpah perlahan di hadapan wajahku. Dada aku berombak kencang. Tak guna!

The Royal Asmaraloka ⓒWhere stories live. Discover now