(4) OSA - Memalukan

722 34 0
                                    

Sedang Reid ingin mengambil gelasnya yang berisi air kosong, dia sengaja menepiskannya ke arah Selena di sebelah. Menyebabkan air itu tumpah ke arah baju Selena. Selena dengan terkejutnya segera berdiri.

" Ops! Sorry! Aku sengaja. " Kata Reid.

" HAHAHAH! " Mereka semua pun mentertawakan Selena.

" Babyy! " Jerit seseorang menuju ke arah meja Reid.

" Alaa baby, you makan sorang tak ajak I ke? "

Siapa lagi kalau bukan Rosie yang tergilakan sangat dekat Reid.

" You lambat, I tinggal je lah. " Jawab Reid tenang.

" Oh, i see. So because of this girl you tinggalkan I tadi? " Tanya Rosie dan memandang Selena dengan penuh tajam.

" Kenapa eh? Asyik you je yang ada dekat Reid? Banyak kali dah I tengok you ni nak gedik dengan Reid! " Marah Rosie dan menolak bahu Selena dengan kasar membuatkan Selena terundur ke belakang.

" Baby dah² jangan buat bising kat sini. Aku nak makan. " Tegur Reid.

" Wow! Sejak bila you protect dia ni Reid? You suka gadis kampung style macam ni? HAHA! Your taste looks bad Reid! " Sindir Rosie dan berpeluk tubuh memandang Selena dengan tajam.

" I'm not protect her. Never and never! "

" Well, memandangkan nobody wants to protect you. I nak bagi you pengajaran sikit hari ini, budak kampung! "

Lantas tangan Rosie mencapai gelas milik Daler dan Kevin yang berisi air oren itu dan menumpahkannya dari atas kepala Selena.

" So ni lah akibatnya kalau you berani tunjuk muka you depan Reid lagi. Dasar budak kampung tak kenal diri! "

POV Selena

Aku masih tercegat di sini memandang ke arah lantai yang tidak akan pernah tahu perasaan aku ketika ini. Entah mengapa aku masih tidak berinjak dari tempat ini. Adakah aku menagih simpati dari Reid? Tak. Aku cuma bingung dengan semua ini.

Kenapa aku masih ingin memiliki Reid? Kenapa aku masih ingin mengejarnya? Sedangkan dia sudah memberi tahu bahawa dia tidak akan pernah jatuh hati padaku. Aku bodoh!

Semua pelajar di situ, mulai membisik antara satu sama lain. Rosie pula sudah mengedik dengan Reid yang masih makan di situ.

Aku tanpa menghiraukan diriku yang sudah pun dibasahi segala air manisan ini, perlahan-lahan terus menuju ke tandas.

Seperti biasa, aku akan menguncikan diriku di dalam tandas dan menangis sepuas hatiku.

" Argh!! " Jeritku dan menumbuk dinding berkali-kali.

" Hina sangat kah aku ni? HINA SANGAT KEE!? Aku.. isk.. isk.. aku tak tahan! "

Tok. Tok. Tok.

" Selena! Buka pintu ni! Babe-- "

Aku segera memulas tombol pintu itu. Maria pun masuk terus memeluk diriku. Aku hanya membiarkannya. Setelah beberapa saat, Maria menggengam kedua-dua bahuku.

" Babe, i already told you. You patut hentikan semua ni. Look at you, you dah jadi mangsa buli dorang. You-- "

" Takpa Maria, aku ok. Aku boleh tahan diri aku. Aku masih kuat. " Kata ku dan sedikit senyum.

" You masih nak harapkan si Reid tu? Selena please jangan degil. "

" Maria aku rasa aku nak balik terus. Baju aku dah kotor sangat. " Kataku sedikit serak disebabkan menangis tadi.

Aku pun terus keluar tanpa menghiraukan Maria yang masih disitu. Aku cuma penat. Mengejar seseorang bukan perkara mudah.

*****

Seperti biasa, Selena dan Maria berangkat sama ke universiti. Hari ini tiada sesi pembelajaran, malah mereka semua hanya akan ada taklimat di dewan sepanjang hari. Hari ini juga Selena kelihatan tidak ceria seperti sedia kala. Maria hanya mengeluh halus melihat perubahan Selena itu.

" Babe you nak air? " Tanya Maria. Selena hanya mengelengkan kepala tanda tidak mahu.

Selesai taklimat pertama yang berlangsung selama 1 jam itu. Semua pelajar berpusu-pusu menuju ke kantin. Sudah tiba masa untuk makan.

Namun, Selena masih membatukan diri di tempatnya. Maria sudah pun menuju ke kantin.

Reid ketika itu sedang melihat Selena yang sendirian. Terpapar wajah jahat Reid yang sedang memegang sebotol sos cili.

" Kau nak buat ape Reid? " Tanya Kevin. Seram sejuk melihat Reid seperti itu.

" Tengok je. "

" Apa agaknya dia nak buat dengan sos cili tu eh? " Tanya Kevin kepada Daler.

" Entahlah jom tengok. " Ajak Daler. Mereka pun mengikut Reid dari belakang.

" Hai Selena kan? " Sapa Reid dengan manis. Memang ada udang di sebalik batu.

POV Selena

Bagaikan mimpi. Aku tidak pernah menyangka, bahawa Reid mempunyai senyuman dan suara yang begitu manis saat menyapaku. Aku hanya menganggukkan kepalaku tanda 'ya'.

" You nak tengok something tak? Macam persembahan. " Kening Reid dijongket sedikit, bagai memikat diriku.

Kadang, Reid ini tidak boleh diramal. Mungkin saja 'persembahan' itu memalukan aku? Aku ragu-ragu untuk menjawab.

" Nak ke tak nak!? " Tanya Reid sedikit kasar, seperti tahu diriku yang sengaja melambatkan masa.

Tanpa membuang masa, Reid terus menunjukkan sos cili yang disembunyikannya di belakang.

" Persembahan ni menarik sayang. " Bisik Reid kepadaku melalui telinga.

Aku hanya memperhatikan Reid yang menuangkan sos itu ke tanganku dan tiba-tiba dia menuangkannya ke bahagian kulitku.

" Apa awak nak--- "

" Chill baby kan persembahan. " Reid mula menuangnya dari tapak tangan ku dan membuatkan cecair sos itu memanjang ke atas kulit.

" REID!! " Jerit Maria dari jauh setelah melihat Reid memperlakukan Selena seperti itu.

" Eh? Nak tolong kawan you ke? No, no, no! " Kata Rosie dan menahan Maria dari terus menuju ke arah Selena.

Maria pula meronta-ronta minta dilepaskan namun, Daler dan Kevin turut menolong Rosie menahan Maria dari terlepas.

Semua pelajar tekun menyaksikan persembahan yang dikatakan Reid itu.

" Reid berhenti! " Selena segera menarik tangannya dari genggaman Reid namun tidak berdaya kerana Reid lebih kuat.

" Guys, nak tengok persembahan tak? " Jerit Reid.

Ramai juga pelajar yang nakal-nakal bersorak ingin melihat persembahan apa yang bakal dilakukan oleh Reid.

Reid terus menarik kedua-dua belah tangan Selena dan menjilat sos yang dituangnya pada Selena tadi. Memang jahat kelakuan Reid ketika ini. Tidak cukupkah dia mempermalukan Selena?

Reid memang terkenal sebagai lelaki yang penuh cara memikat di universiti itu. Selena pula telah menjadi salah satu mangsanya walaupun Reid malu melakukan perbuatan itu. Namun, hasratnya adalah hanya ingin memalukan Selena di depan orang ramai.

" Reid!! Kau jangan nak malukan dia! " Jerit Maria sekuat hati. Maria juga merasa malu melihat sahabatnya diperlakukan seperti itu.

Selena pula tidak tahan lagi. Perbuatan Reid amat keji. Selain dari menjilat sos itu, dia meninggalkan kesan gigitan di tangan Selena.

" PAPPP! "

O B S E S ingin memilikimu : Selena Adiana Where stories live. Discover now