(1) OSA - First Love

1.3K 44 0
                                    

Tahun ini merupakan tahun kedua Selena telah melanjutkan pelajarannya di University of Wisconsin. Jika tidak melanjutkan pelajaran di mana-mana universiti, Selena pasti akan bekerja untuk mencari duitnya sendiri.

Setiap bulan Encik Milton merupakan ayah kepada Selena akan mengirim belanja untuk Selena. Selena tidak pernah berboros semasa berbelanja. Duit yang dihantar ayahnya akan digunakan untuk makan minum dan membayar sewa rumah.

Memang begitu lah kehidupan pelajar universiti.

" Eh Selena, jom temankan I pergi library kejap. I nak buat assignment sementara tunggu kelas start. " Ajak Maria, kawan baik Selena sepanjang di universiti.

Maria bukan sahaja kawannya, malah sudah dianggap sebagai keluarga. Di mana ada Maria di situ lah Selena. Bagai isi dengan kuku.

" Alright sis! "

Selena pun membawa beberapa kerja yang belum disiapkan lagi. Apa salahnya kalau buat kat universiti, balik je nanti boleh terus tidur. Kan senang hidup.

Dalam perjalanan menuju ke library. Selena dan Maria menjadi tumpuan pelajar lain. Mula lah dorang nak gosip pasal Selena.

" Euww kalau I jadi Maria. I tak ingin nak berkawan dengan si Selena tu. "

" Tu lah kan. Macam budak-budak perangai dia. Hari-hari tengok dia pakai the same clothes, tak boring ke euww. "

" I yang tengok ni pun dah boring. Kalau you, you nak ke jadi kawan dia? "

" Oh dear pleaselah. Not my taste! "

Mata Maria tajam memandang semua perempuan di depan mereka. Selena yang dikutuk tetapi telinga Maria yang panas.

" Sokay Maria. Diorang kutuk aku. Aku tak terasa pun. " Bisik Selena dan tersenyum. Senyum tak ikhlas .

Siapa tak sakit hati kalau setiap hari kena dengar macam-macam jenis sindiran. Selagi boleh bersabar selagi tu lah bertahan.

" Babe, you should-- "

" It's okay Maria. " Jawab Selena dengan tenang. Mereka pun berjalan menuju ke library tanpa menghiraukan sindiran 'perempuan gedik' di situ.

Selena mendapatkan tempat untuk duduk manakala Maria pergi mencari bukunya. 30 minit telah berlalu, akhirnya kerja Selena telah pun siap. Kepala Selena melilau mencari kelibat Maria.

" Mana pulak dia ni? Cari buku ke buat buku? " Selena pun mengeluh.

Selena bangun dari tempat duduk. Kerusi ditolak dengan perlahan. Dia berhasrat untuk mencari Maria. Kini masuk ke bahagian rak yang ketiga masih juga tidak dijumpai. Library besar macam muzium, tak perlu kot nak keliling habis.

Sedang Selena jalan-jalan, matanya tertancap pada satu buku. Mana tak nya cuma warna buku tu je yang lain daripada yang lain. Misteri eh!

Keinginan Selena mula membuak-buak sebab nak tahu isi kandungan buku tu. Selena menarik buku itu keluar dari rak namun hampa apabila buku itu seperti ditarik dari rak sebelah.

" Woi lepas lah! " Jerit seseorang di sebelah.

Guna bahasa kasar ni tak lain tak bukan mesti buaya jantan kan?

" Sorry! Aku yang jumpa buku ni dulu. As people always said siapa dulu dia dapat! " Jerit Selena, takut jantan tu tak dengar.

" Finally! Thank you-- " Riak wajah Selena kelihatan teruja.

O B S E S ingin memilikimu : Selena Adiana Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ