"Tak ada yang mencurigakan." lapor Seonghwa sambil mengintip tindak tanduk Jeongin dengan sebuah teropong.

"Tak mungkin, mesti ada sesuatu yang tak kena. Check bebetul." balas Joonyoung yang sedang bersembunyi di dalam kereta berdekatan kedai runcit itu.

"Oh, baik." balas Seonghwa sebelum memutuskan panggilan. Wanita itu akan berlakon setiap kali Jeongin menoleh kearahnya.

Seperti sekarang, Seonghwa sedang berpura-pura kencing berdiri di belakang pokok rambutan untuk mengelakkan daripada disyaki Jeongin.

"U-Umi?" tegur Mingi, mukanya jelas terlihat terkejut apabila menyaksikan ibunya melakukan perkara di luar tabii. Adakah ini adalah perangai sebenar ibunya yang telah lama dirahsiakan? Atau sebenarnya dulu Seonghwa ini adalah seorang lelaki sama sepertinya? Oh godー

Otak Mingi mula membuat spekulasi sendiri.

"Umi, umi jujur dengan Harraz. Umi ni geng Sajー"

"Shh!" Seonghwa menarik lengan Mingi agar bersembunyi di belakang pokok.

"Kau jangan bising, umi ada hal penting ni." bisik Seonghwa serius.

"Tapi kenapa umi kencing berー"

"Ish, budak ni. Aku tengah jadi spy lah woi!" marah Seonghwa, dia kembali mengintip Jeongin yang sedang memilih barang di dalam kedai sebelum memandang anaknya dengan cepat.

"Kenapa mi?" tanya Mingi.

"Sekarang pukul berapa?"

"Baru pukul 2:00 petang. Apalah umi ni, tu pun tak tahu hahaha." jawab Mingi sambil ketawa.

Greb!

"KAU PEHAL BOLEH ADA KAT SINI?! BUKAN KE KELAS KAU HABIS PUKUL 3 PETANG? KAU PONTENG KAN?!" teriak Seonghwa sambil menarik rambut anaknya dengan ganas. Mata Mingi terbeliak apabila dia baru menyedari hal itu.

"AMPUN MI AMPUN, RAZ PUN LUPA YANG RAZ BELUM HABIS KELAS! HUHUHU SAKIT MI JANGAN DERA ANAK TAMPANMU NI, MI.."

Joonyoung menghembuskan nafas berat melihat Seonghwa sedang memberi azab dunia kepada anaknya.

"Last last aku juga yang kena urus benda ni, haih. Aku jelah satu-satunya harapan yang tinggal." keluhnya sebelum keluar dari kereta dan memasuki kedai runcit itu. Dia melihat Jeongin sedang melihat jenis-jenis biskut yang ada. 

"Betul lah kata Paka, tak ada yang mencurigakan." ujar Joonyoung perlahan.

"Apa yang mencurigakan, kak?"

"Argh!!"

Buk!

"Aduh, sakit!!" rengek Kamal Kai apabila Joonyoung terketuk kepalanya dengan menggunakan telefon.

"Astaghfirullah, kau okey tak?!" soal Joonyoung kepada telefonnya. Dia memeriksa telefonnya dengan teliti untuk memastikan tiada retakan yang terhasil.

Bagi Joonyoung, keadaan telefonnya lagi penting berbanding kepala Kamal Kai.

"Akak, patutnya akak tanya tu kat saya tahu bukan kat telefon akak tu!" marah Kamal Kai.

"Ish, engkau yang muncul tetiba. Jangan nak salahkan aku." Joonyoung memandang sekeliling, jasad Jeongin telah hilang dalam sekelip mata.

"Mana pula dia ni?"

"Siapa kak?"

"Mak Munah."

"Jadi betul lah kau memang mengintai aku dari tadi?"

Joonyoung sekali lagi menjerit kerana Jeongin rupanya sedang berdiri tepat di sebelahnya. Wajah Jeongin terlihat datar dan menakutkan.

"T-Tak adalah, acik. S-Saya c-cari bawang." jawab Joonyoung takut-takut.

"Cari bawang kat tempat air? Pernah ke orang buat air bawang hm?" tanya Jeongin sekali lagi membuat Joonyoung mati kata.

Tamatlah riwayat Jamilah Joonyoung pada petang ini.

...

"Atok, janganlah macam ni tok. Tok kena kuatkan semangat tok!" semangat Changbin.

"Atok tak boleh, cu. Atok tak boleh.."

Changbin menoleh kearah Haknyeon dan San, cuba meminta tolong kepada mereka melalui isyarat mata.

San terlebih dahulu mengambil tindakan.

"Atok, tok kena ingat bunga bukan seekor tok."

"Si bodoh ni.." umpat Haknyeon.

Plak

Haknyeon menepuk kepala San sebelum bercekak pinggang.

"Kau ni dah kenapa cakap macam tu?" marahnya. Changbin mengangguk setuju kerana merasakan bahawa San tidak menggunakan otaknya semasa bercakap tadi.

"Betul tu, kauー"

"Bunga bukan sekuntum, tu baru betul! Ish, nampak sangat kau tak belajar dalam kelas selama ni." potong Haknyeon.

Changbin speechless.

"Eh haahlah! Tok maafkan saya, saya salah cakap. Bunga tu bukan sekuntum tok." San membetulkan ayatnya tadi manakala Haknyeon mengangguk-angguk sambil memeluk tubuh, bangga apabila San telah sedar akan kesilapannya.

Minho mencuit lengan Changbin.

"Kenapa kau boleh kawan dengan bodoh-bodoh ni?" bisiknya.

"Sebenarnya mak su, Riz pun tertanya juga macam mana diorang boleh jadi kawan Riz."

Klek

"Assalamualaikum." ucap Hyunjin.

"Waalaikummusalam, mummy." jawab Chan yang sedang bermain masak-masak bersama Jongho di situ.

Yongbok berlari kearah Hyunjin.

"Munah, cintaku mana Munah? Dimana cintaku?!" tanya Yongbok sambil mengoncangkan badan Hyunjin.

"Atok kau ni memang macam ni ke selalu?" tanya San.

"Tak, ni first time aku tengok atok aku meloya buruk." balas Changbin.

"Orang broken memang macam tu, bang. Lagi-lagi kalau orang tu bucin." jawab Jongho pula, cara percakapannya langsung tidak menunjukkan dia adalah seorang kanak-kanak berusia 6 tahun.

"Bocah, kau diam je boleh tak? Aku pula yang geram dengan kau ni." ujar Changbin.

"Biarlah ni mulut kita, bluek.." Jongho menjelirkan lidah kepada Changbin.

"Mak tengah beli barang kat kedai runcit. Abah jangan risau, kak Milah ada tolong jagakan mak." Hyunjin menjawab persoalan Yongbok.

"Eh lamanya mak keluar, dah masuk asar dah ni." balas Minho. Hyunjin mengangkat kedua-dua bahunya.

Klek

"Cinta!!!" teriak Yongbok bahagia.

"Ketepilah." Jeongin menolak tubuh Yongbok yang ingin memeluknya sebelum pergi ke biliknya sendiri. Yongbok mengenggam dada kirinya sambil melutut di situ.

"Patah seribu hatiku.." nyanyi Chan, tiba-tiba sahaja lidahnya teringin menyanyikan lagu itu dengan kuat. (Read: Patah Seribu - Shila Amzah)

"C-Cinta hiks.."

"Aku boleh dengar hati atok kau retak." bisik San, Changbin hanya mengangguk. Dia turut bersimpati akan nasib atuknya yang amat menyayat hati itu.

"Eh mak, mana akak Milah?!" laung Hyunjin.

"Akak ada kat sini, Munah.." jawab Joonyoung yang sedang menyandarkan tubuh di pintu.

"Bu, awat muka tu pucat? Nampak hantu ke?" tanya Haknyeon hairan.

"Tak anakku, tak.. Ibu tak jumpa hantu." Joonyoung memandang anaknya sebelum beralih pada Hyunjin.

"Kenapa mu tak cakap mak mu tu savage, Munah? Kenapa?"

Han FamilyWhere stories live. Discover now