"Dahlah, aku haus. Jom beli air." mereka berjalan menuju ke sebuah gerai susu pisang. Dahi mereka berkerut melihat ada seseorang memakai pakaian yang agak aneh.

"Macam kenal baju tu." gumam Hyungseo lalu dia menepuk belakang tubuh lelaki itu dengan perlahan.

"Banya banya?ー Oh shit." lelaki itu terus masuk ke bawah meja kaunter untuk menyorokkan wajah.

Pipi Hyungseo dan Yeosang mengembung.

"PFTT BAHAHAHA OH RUPANYA KAU KENA JADI MACAM NI YE BANG? HAHAHAHA BAPAK AH MANLY SIA KARAKTER KAU!"

"BANYA BANYA? AMENDE SIA TU HAHAHA!!"

Younghoon menutup mukanya yang sudah merah menyala. Kalau bukan sebab Jaehyun yang sudah memohon dan penolong ketua kelasnya yang garang seperti singa betina sudah lama Younghoon menolak tugasan ini.

"Younghoon? Mana kau?" tanya Jaehyun pelik kerana tubuh Younghoon hilang sekelip mata saat dia berbual dengan rakannya sebentar.

"Pftt abang Shahrul kat bawah meja." jawab Yeosang dengan ketawa. Jaehyun menarik Younghoon keluar dari tempat sembunyinya.

"Hei, kau kan kena promote gerai kita."

"Tak nak, nanti ada tapir tapir yang gelakkan aku." bantah Younghoon.

"Abang Banya jangan malu, kitorang cuma nak beli susu je. Kitorang tak kutuk kau lah." kata Yeosang penuh kedustaan.

"Bang, boleh tak aku ambik gambar abang Banya ni?" pinta Hyungseo. Younghoon menggelengkan kepala sementara Jaehyun mengusap dagu sambil berfikir.

"Hm, apa kata kau beli 5 botol susu pisang baru boleh ambil gambar dia?"

"Deal!"

"Jaehyun!" marah Younghoon. Jaehyun mengebilkan mata dengan muka polos.

"Apa? Ni untuk kelancaran perniagaan kita. Kita ni budak perniagaan tahu, mana boleh untung bersih lagi sikit dari kos jualan."

Selesai membayar Hyungseo segera menangkap gambar Younghoon.

Klak!

"Okey, aku post kat insta!"

"WEI SERIUSLAH?! KAU JANGAN MEMACAM, RAFIー HMPHHH!" protes Younghoon terhenti akibat Jaehyun menekupnya dengan tangan.

"Boleh boleh, jangan lupa promote gerai kelas aku tahu."

"Baik bang!"

"Wuish, abang Uwais mesti budak perniagaan A+ ni. Idola kau Mail ke bang?" tanya Yeosang takjub, ini kerana Uwais Jaehyun memiliki ciri-ciri keusahawanan iaitu pandai mengambil peluang.

"Haah, dia lah idolaku!"

Changbin mengipas wajahnya dengan kipas yang dipegang. Dia tak tahu berapa lama lagi dia harus bersembunyi di dalam stor ini. Changbin buat semua ini kerana terpaksa! Dia lebih mementingkan maruah bad boynya daripada perniagaan gerai kelasnya.

"Wei kau nampak mana katek tu?"

"Tak."

Changbin menutup mulut, dia tahu rakan sekelasnya sudah lama mencari keberadaannya. Dia menghembus nafas lega setelah derapan kaki dua orang classmate nya sudah menjauh.

"Ish, kenapa aku juga yang diorang pilih? Ramai je budak perempuan dalam kelas tu tahu!" bebel Changbin. Baju yang sedang dipakainya dicubit kerana geram.

Selain tak ada adab, Changbin juga sudah kehilangan sedikit sel otaknya kerana melepaskan geram pada objek tidak bernyawa.

"Okey, kau kena keluar dari sini. Kau kena berani!" dia menyemangati diri sendiri sebelum keluar dari stor dengan berhati-hati. Matanya memastikan tiada siapa yang melihat dia ingin lari dari sekolah.

Han FamilyWhere stories live. Discover now