"WOO WOO WOO, ADA ANAK BAWAH UMUR DI SINI!" teriak Hyunjin sambil menutup telinga Chan, sementara Changbin menutup telinganya sendiri. Remaja 15 tahun itu bertekad untuk memelihara kepolosannya sehingga dia cukup umur. Walaupun itu adalah definisi penipuan yang sebenar.

Isterinya alias Jeongin membuat muka bingung.

"Lah ada ke?" tanya Jeongin. Yongbok tersenyum.

"Cinta, abang selalu ingat semua kenangan manis kita dulu. Cinta je yang selalu lupa, ibaratkan kenangan antara cinta dan abang langsung tak bererti dalam hidup cinta." katanya dengan penuh bahasa puitis.

"Tsk, dahlah malas aku nak layan kau. Tah apa-apa cakap." kata Jeongin lalu dia berjalan menuju ke biliknya. Semua memandang Yongbok.

"Ayok atok, nenek marah." usik Chan.

"Habislah atok tidur luar malam ni." usik Changbin pula.

"Ayok bah ayokkk.." Hyunjin juga turut menyertai anak-anaknya. Yongbok pula hanya pasrah jika benar dia tidak dibolehkan tidur di dalam bilik bersama cintanya, Misnah Jeongin.

Demi Jeongin, Yongbok sanggup lakukan apa-apa sahaja! Hashtag bucin sejati!

Sedangkan Jisung di dapur sudah memaki Seungmin buat kali ke-10, hampir 20 minit dia menunggu Seungmin menyelesaikan urusannya tapi Seungmin tak keluar keluar juga. Dia tak tahu sama ada adiknya ini berak tahi atau berak batu dalam bilik air itu.

"Woi, kau buat apa lagi dalam tu?! Aku tahulah ramai sedara mara kau kat dalam jamban tapi bagilah aku lepaskan kencing aku dulu!"

"Sabarlah, kau fikir aku tak terseksa ke duduk sini lama-lama?! Perut aku sakit tahu tak!" balas Seungmin. Jisung yang tadi hanya menghidupkan dan mematikan lampu bilik air berkali-kali untuk menyuarakan rasa tidak puas hatinya lantas menutup lampu dan berlari ke rumah sebelah untuk menumpang tandas.

Kita semua tahu Rosli Jisung memang manusia tidak ada malu.

"WOI HIDUPKAN BALIK, SETAN!!"

...

Keesokan harinya, Juyeon menghentikan basikal di hadapan kedai runcit tatkala dia melihat Minho sedang memaki hamun dan memukul sebuah motorsikal.

"Kak, motor tu jangan dipukul. Kaki akak yang sakit nanti." tegurnya.

"Kau diam lah!" balas Minho garang, moodnya sering kali hilang disebabkan motor ini.

Juyeon turun daripada basikal lalu berjalan mendekati Minho.

"Motor akak kenapa?"

"Tak tahu, dari tadi tak boleh hidup." balas Minho sebelum memeluk tubuh dan memuncungkan bibir. Juyeon memeriksa motor itu.

"Kunci, kak."

"Kau nak buat apa?!"

"Saya nak tolong akak, bukan buat apa pun." jawab Juyeon, Minho menyerahkan kunci motornya dengan was was. Lelaki itu membuka seat motor lalu memeriksa tangki minyak motor tersebut.

Gotcha.

"Macam manalah nak gerak kalau minyak habis, kak oi." perli Juyeon. Minho menolak Juyeon ke tepi untuk melihat sendiri tangki minyak yang kosong. Pipi wanita itu perlahan-lahan menjadi merah.

"Ish, mana aku tahu minyak habis!" Minho cuba membuat alasan.

"Tu lah, lain kali periksa."

"Apa-apa jelah." balas Minho, dia ingin masuk ke dalam kedai runcit untuk membeli minyak motor namun Juyeon pantas menarik lengan Minho.

Han FamilyWhere stories live. Discover now