Yunho memegang bahu Seonghwa.

"Umi, nampaknya umi bakal terima Sajat sebagai menantu. Untung umi dapat menantu kaya." tuturnya. Seonghwa mengeluh.

"Kenapalah anak-anak aku semua hanat macam bapak diorang ni? Kenapa korang tak ikut perangai aku yang baik lagikan sopan hah?" semua anak Seonghwa menatap dirinya dengan muka toya.

"Mi, kalau umi lupa hari tu umi baru je berdebat sampai nak bergaduh dengan uncle Chong tentang bontot tu ada satu ke dua. Sopan ke tu? Adakah itu erti kesopanan yang sebenar buat umi?" balas Yeosang, kembar-kembarnya yang lain mengangguk. Mereka bersatu hati menyokong kata-kata daripada wakil kembar mereka ini.

"Kau nak jadi anak durhaka ke setan? Kalau umi cakap tu jangan nak bantah!" marah Seonghwa.

"Tadi kata diri dia sopan tapi panggil anak setan." ujar Mingi perlahan.

"Kau fikir umi tak dengar apa yang kau cakap ke, Harraz?"

Klek

"Assalamualaikum, adinda dan anakanda ku!!" ujar Hongjoong dengan penuh semangat.

"Waalaikummusalam." jawab Seonghwa dengab muka masam.

"Hei, siapa antara anakanda yang kali ini melukakan hati permaisuri hatiku? Mengaku pada beta cepat sebelum beta murka!" kata Hongjoong sambil bercekak pinggang.

"Fakhrul nak jawab! Abang Farish dengan abang Harraz, walid!" jawab Jongho gembira kerana dia merupakan anak yang paling pantas menjawab.

Sementara Yeosang dan Mingi menjeling adik bongsunya dengan tajam.

"Dasar adik setan." kata Yeosang perlahan.

"Tapi kalau dia adik setan maksudnya kau abang setan." bisik Mingi.

"Then kau pula kembar setan."

"Jadi umi dengan walidー"

"Sudah! Tak perlu lagi anakanda berbisik-bisik macam tu!" sampuk Hongjoong. Dua orang kembar itu menunduk.

"Sebagai hukuman, pergi belikan walid keropok lekor dekat gerai Wati. Walid lupa nak beli tadi, nah duit beli keropok lekor 5 ringgit."

"Alah, malaslah walid." protes Mingi.

"Jangan banyak bicara lo, bocah. Pergi beli sana, beli cepat sikit. Aku lapar ni." ujar San, dia tersenyum sinis dan membuat Yeosang dan Mingi memakinya di dalam hati.

"Yelah kitorang pergi." Yeosang mengalah. Mereka ingin melangkah pergi tetapi Mingi berbalik untuk memandang Hongjoong.

"Walid." panggilnya.

"Nak apa, anakanda?"

"Nak upah."

"Tsk, nak berapa?"

"One dollarー HAHAHAHA GURAU WALID GURAU! HARRAZ GERAK DULU BYE BYE!!"

"WOI, DASAR ANAK PUNGUT KURANG AKHLAK!"

"Penat-penat aku beranak kan dia, kau boleh gelar dia anak pungut ye?"

"EH DINDA, K-KANDAー

"Don't talk with me! Hmph!"

...

"Cik, nak keropok lekor dengan pisang goreng 4 ringgit."

"Jap eh, acik baru nak goreng."

"Lama ke acik?"

"Boleh lah, siapa suruh kau datang awal sangat? Aku baru nak buka gerai tetiba muka kau muncul."

"Anak saya mengidam keropok lekor acik, sebab tu datang awal." kata Jeahyun sambil mengusap perut ratanya.

"Tsk, banyaklah kau punya mengidam. Kau tu lelaki Uwais oi!"

"Hehehe.." Jaehyun tersengih sebelum duduk di motor untuk menunggu pesanannya siap.

"Eh, abang Jais lama kita tak jumpa bang!" sapa Mingi selamba.

"Nama dia Uwais, bodoh." ujar Yeosang, dalam diam dia kembali mempersoalkan kenapa dia boleh mendapat kembar seperti Mingi? Dahlah otak Mingi tu hanya mampu berfungsi 1% sahaja seperti kembar-kembarnya yang lain.

"Hah? Kau kata aku bodoh?" tanya Jaehyun hairan.

"Tak, aku kata nama abang ni Uwais, yang bodoh tu Harraz." balas Yeosang.

"Hei, aku pandai okey! Aku selalu dapat full mark masa pop quiz!"

"Tak baik riak, Allah tarik nikmat baru tahu." Mingi tersentap dengan kata-kata Jaehyun, Yeosang tersenyum puas. Satu hal yang Yeosang suka tentang Jaehyun ialah dia mampu mengeluarkan kata-kata sentap tanpa sengaja sambil menunjukkan mimik muka suci yang tidak bersalah.

"Abang, nak keropok lekor!"

"Ah takde kau, disebabkan engkau mummy tarik telinga aku sampai merah! Untung telinga aku tak merenggang."

"Abang Riz, Ayyan nak keropok!"

"Nyah kau bocah!"

Mereka bertiga melihat Changbin sedang berjalan dengan Chan yang memeluk betisnya.

"Woi, korang buat drama murahan apa kat situ?" laung Mingi. Chan melepaskan betis Changbin dan berlari kearah mereka.

"Abang Harraz belanja kita keropok! Abang Rizki kedekut tahi masin!"

"Woi, apa kau ni?!" marah Changbin sambil mengejar adiknya.

"First time aku dengar orang kata tahi tu masin." ujar Jaehyun.

"Abangー eh abang ni siapa?" tanya Chan. Matanya memandang Jaehyun dengan terkebil-kebil.

"Nama abang Uwais Jaehyun, kau ke budak yang Youngjae cerita suka main barbie tu?"

"Haah! Nama kita Ayyan!"

"Seriuslah kau main barbie?" tanya Yeosang.

"Haah, perangai dia dah serupa perempuan." Changbin menjawab soalan Yeosang.

"Patutlah Youngjae kata dia suka kawan dengan kau, suka pink juga rupanya. Bolehlah tu jadi geng." ujar Jaehyun.

"Aik, budak tu suka pink?" tanya Changbin.

"Haah, katanya pink itu manly tapi versi soft."

"Memang adik bongsu semua suka warna pink ke apa?" tanya Changbin lagi.

"Eh tapi Fak tak suka pink." kata Mingi.

"Huh? Fuー"

"Tak, dia maksudkan Fakhrul adik kitorang bukan macam apa yang kau fikir." potong Yeosang, Changbin terangguk-angguk.

"Tapi dia tu suka main kahwin kahwin, kalau boleh hari-hari dia nak main benda tu." sambung Mingi.

"Oh, hari tu kita main kahwin kahwin dengan Fakhrul. Kita jadi mama Fakhrul jadi papa lepas tu kawan-kawan kita yang lain jadi anak!" celah Chan dengan bersemangat. Mereka semua kecuali Chan terdiam sebentar.

"Peh, budak ni kecil kecil dah practice jadi gay sia." ujar Jaehyun.

Han FamilyWhere stories live. Discover now