Satu

4.2K 356 839
                                    

Di sebuah kawasan taman perumahan, beberapa orang lelaki sedang giat memindahkan barang-barang dari lori ke atas lantai rumah.

"Ni lah rumah baru kita, sayang suka tak?" tanya Jisung dengan senyuman lebar sambil mendepakan dua belah lengan. Hyunjin melihat rumah itu dengan tatapan judge hard.

"Saya ingat rumah banglo tapi rupanya teres je, hm tak apalah saya redho dapat laki miskin." ujarnya menghapuskan senyuman Jisung. Seorang remaja lelaki yang sedang mengangkat sebuah kotak besar menatap ayahnya.

"Ayah, benda ni nak letak mana?" tanya Rizki Afnan Changbin, remaja yang baru sahaja memasuki usia 15 tahun.

"Letak jelah kat dalam, nanti pandai-pandailah mummy susun." Hyunjin yang menjawab pertanyaan itu, Changbin mengangguk lalu ia masuk ke dalam rumah.

Jisung mendekati sang isteri.

"Sayang tak suka ke dengan rumah ni?"

"Honestly, tak. Tapi tak apalah sekurang-kurangnya kita tak duduk dalam loji taik."

"Mummy!"

Greb!

Paha Hyunjin dipeluk oleh anak bongsunya atau lebih mesra dipanggil sebagai Ayyan.

"Ayyan, mana nenek dengan atuk?" tanya Hyunjin.

"Ada ha kat sini." sahut Jeongin sambil berjalan menghampiri mereka, dia tersenyum melihat persekitaran rumah yang bakal dia duduk bersama anak dan cucunya nanti.

"Assalamualaikum, mak." Hyunjin dan Jisung menyalam ibu mereka.

"Waalaikummusalam."

"Cintaku, kenapa tak tunggu abang?" tanya Yongbok, termegah-megah dia kerana berlari. Jeongin memutarkan mata.

"Kau tu yang lambat letak kereta, aku geraklah dulu."

"Hui, baru pindah sini ke?" tanya jiran sebelah, berniat hendak beramah-mesra dengan jiran barunya.

"Taklah, dah lama dah pindah." balas Hyunjin.

"Ish, apolah kau ni." wanita berselendang hijau itu menyerahkan tupperware berisi kek pisang kepada Hyunjin.

"Ni buat satu keluarga, tanda perkenalan kita."

"Eh tak apalah kak, buat susah-susah akak je." ujar Hyunjin namun tangannya tetap mengambil bekas itu. Bak kata orang tua yang selalu dipegang erat oleh Hyunjin, rezeki tak baik ditolak.

"Ish, takdenya menyusahkan akak lah. Nama akak Jamilah Joonyoung, nama awak siapa?" katanya sambil tersenyum manis. Hampir-hampir Jisung tergoda tetapi dia lantas menundukkan pandangan apabila Hyunjin menjelingnya dengan tajam.

"Oh, nama saya pula Maimunah."

"HUARGHHH IBU, ABANG SYAHMI CURI PUDING MIRZA!"

"IBU, ABANG WAIS KACAU KITA!!"

"Ya Allah, ni mesti diorang cari fasal dengan adik-adik dia lagi. Munah, akak balik dulu lah ya? Takut nanti meletup kang rumah akak kang." Joonyoung tersenyum sekali lagi sebelum bergegas masuk ke dalam rumah.

Han FamilyWhere stories live. Discover now