Chapter 48 : 'Perancangan Perang'

Start from the beginning
                                    

Terkebil-kebil mata Skull cuba mengenalpasti gerangan siapakah yang keluar daripada tubuh Shien itu. Alangkah terkejutnya Skull melihatkan yang ianya adalah Profesor Choi.

Skull : "Profesor!"

Senior Christ bingkas meluru ke arah Profesor Choi yang kelihatan sangat kritikal.

Senior Christ : "Kita kena bawa dia ke hospital."

🌸🌸🌸

Ianya suatu pagi yang indah di kediaman Meena. Meena pula tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan Skull. Hampir seminggu mereka berdua tidak bersua.

Meena : "Mana beg galas aku ya?"

Hiro : "Hei, Meena. Cuba kau tengok ini."

Hiro menunding jari ke arah kaca televisyen yang sedang menyiarkan berita hangat pada ketika itu.

"Berita terkini. Kawasan sekitar Pekan Guardian di kepung oleh Guardian yang sudah lama menghilang sebelum ini."

Siaran televisyen kini memaparkan suasana di luar Pekan Guardian. Terdapat berbaris-baris Guardian sedang berdiri mengelilingi Pekan Guardian. Hanya menantikan masa sahaja untuk merobohkan tembok kukuh di sekitar Pekan Guardian.

Berita itu telah membuatkan bulu roma Meena tegak mencucuk langit. Situasi apakah ini? Ibarat peperangan Armagedon yang kian menjemput. Tiba-tiba susuk tubuh Karasu dengan Oggeran terpampang dibarisan hadapan Guardian-Guardian itu.

Karasu : "Dengar sini, serahkan Skull kepada aku sekiranya kau orang mahu menghentikan peperangan ini!"

Mata Meena terbuka besar dengan permintaan Karasu. Dia benar-benar akan memusnahkan keseluruhan kawasan ini sekiranya dia tidak dapat memiliki Skull. Kaki Meena tiba-tiba sahaja terasa longgar.

Hiro : "Meena!"

Hiro sempat menyambut Meena yang hampir-hampir hendak tersembam ke lantai.

Meena : "Tak.... Skull...."

Hiro : "Kita kena cari dia dekat mana sebelum orang lain yang temuinya."

Ethan : "Ya. Dia ada dekat mana sekarang ini, Meena?"

Meena : "Dekat rumah Senior Win dan Christ."

Shasha : "Kalau begitu, apa yang kita tunggu lagi?"

Hiro : "Jom kita mencarinya."

Juena : "Yezza.... Aku sudah bersemangat!"

Meena yang lemah terkulai dari tadi tiba-tiba tersenyum lebar dengan semangat rakan-rakannya. Cukup dia bersyukur mempunyai rakan yang cukup baik hati.

🌸🌸🌸

Profesor Choi dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Dia di belasah teruk oleh Oggeran dan Karasu. Kebarangkalian untuknya meneruskan hidup tersangatlah tipis. Skull dan senior-seniornya itu hanya dapat melihat keadaan Profesor Choi daripada luar wad kecemasan itu sahaja.

Skull : "Kenapa dia sanggup menggadaikan nyawanya demi Shien?"

Sejurus itu Senior Win menepuk bahu Skull.

Senior Win : "Dia bukan bergadai nyawa untuk phantom kau. Tapi untuk kau."

Pandangan Skull yang daripada tadi sayu memandang jasad Profesor Choi terus dialihkan ke arah Senior Win.

Skull : "Itu tak masuk akallah. Dia pembelot Dark Wing. Mana mungkin dia nak sibukkan hidup dia dengan aku?"

Senior Win : "Skull.... Kalau aku cakapkan ini, jangan terkejut tau. Walaupun aku akan tahu kau mestinya akan terkejut."

Guardian Academy : The Last Phantom©Where stories live. Discover now