𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |10

Start from the beginning
                                    

"Abang Adam ni tanya soalan macam tu pula. Bila masa je yang along ni tak serius?" Tengku Ariana menyenggol perlahan tangan Tengku Adrian.

"Kan along?" Tengku Ariana menayangkan wajah tidak bersalahnya.

"Hmm ada ada je lah adik ni. Ni along tak serius ni." Tengku Adrian mengusap laju rambut si adik sehingga serabai.

"Isyhh along ni." Wajah cemberut Tengku Ariana mampu membuatkan yang lain ketawa.

"Apa je yang Ian buat, pastikan jangan ada penyesalan di kemudian hari. Daddy tegur sebab daddy sayang anak anak daddy. Jangan buat kerja yang tak elok sampai menyakiti fizikal anak orang. Dan satu lagi jangan dipaksa kalau bentengnya terlalu tinggi Ian. Kelak kalau jatuh, dua dua akan sakit." Ayat daddy terlalu mendalam. Terselit seribu makna di dalamnya.

"No daddy. Ian tahu apa yang Ian buat. Jangan risau. Ian takkan buat sesuatu perkara yang merugikan." Tengku Adrian berkata yakin. Dia faham maksud daddynya. Dia bersyukur yang daddy tidak menghalang niatnya. Itu pun sudah cukup.

Tengku Adrian memandang jam di dinding.

"Daddy, mummy, Ian naik dulu ya. Ada kerja sikit nak settle." Tengku Adrian bangun daripada duduknya.

"Hai, sampai ke rumah ni bawak hal syarikat ya? Ingatkan balik sini bolehlah luangkan masa dengan anak sulung ni, rupa rupanya sibuk je memanjang. Ni nak kahwin macam mana ni? Kalau dah kahwin nanti,jawabnya terabailah isteri you Ian." Bebel mummy perlahan. Dia rindu nak bercerita dengan anak sulungnya seperti waktu anak dia ini masih remaja. Tapi dia tahu yang anak dia ini dah dewasa.

"Alah mummy janganlah cakap macam tu. Okey macam ni, Ian tinggal sini dalam dua tiga hari. Sempatlah kalau mummy nak luangkan masa." Tengku Adrian berjalan ke arah tempat duduk mummy yang berada di kanan living hall ini.

"Yelah." Pendek jawapan mummy.

Tengku Adrian terus melabuhkan ciuman pada pipi mummynya. Dengan daddy, dia hanya salam tangan.

Sebelum itu, dia sempat ke tempat duduk Tengku Ariana lalu menghadiahkan ciuman pada rambut adiknya. Tabiat dia sejak dulu.

"Goodnight all of you."

Tengku Adrian berlalu ke arah bilik kerja yang bersambung dengan bilik tidurnya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Adrian berlalu ke arah bilik kerja yang bersambung dengan bilik tidurnya itu.

Belum sempat dia duduk di atas kerusi, satu emel masuk pada iPadnya.

Dia tinggalkan iPad serta iPhonenya dalam bilik. Malas nak dibawa turun.

"Tengku, buka whatsApp. Ada problem." Emel daripada Faris itu menerbitkan rasa risau dalam hati Tengku Adrian. Ayat dihantar bersama kod merah. Kod merah merupakan kod kumpulan mereka. Kod yang membawa maksud amaran.

Adrian's Obsession Where stories live. Discover now