𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |8

Start from the beginning
                                    

"By the way Ris, kau dah inform tentang perkara yang aku cakap dekat kau petang semalam?" Tengku Adrian memusingkan badannya ke arah Faris yang tekun menyeret skrin iPad itu.

Faris terkedu mendengar soalan Tengku Adrian.

"Belum Tengku."

"Kau inform Reanne awal awal. Kau tahu kan yang aku ni tak minat tangguh tangguh masa."

"Baik Tengku. Tapi lambat lagi dia balik sini. Mungkin dalam masa sebulan lagi." Faris cuba untuk elakkan obses Tengku Adrian itu walaupun dia tahu semuanya sudah terlambat.

"Tak apa. Make sure kau buat. Aku tak kisah kalau dia adik kau sekalipun. Sekali jadi milik aku, sampai mati jadi milik aku. Aku harap kau tak belot pada aku sebab kau sendiri tahu akibatnya kan. Bukan kau je yang kena, tapi family kau semua akan kena. Especially Reanne." Panjang ayat yang Tengku Adrian sampaikan dan semuanya melekat kuat pada ingatan Faris.

Faris perlu akui hakikat bahawa Tengku Adrian berkuasa. Petik je jari, semua akan terjadi mengikut peraturan dia. Dan dia juga tahu bahawa membuat masalah dengan Tengku Adrian hanyalah menempah kubur sendiri.

 Dan dia juga tahu bahawa membuat masalah dengan Tengku Adrian hanyalah menempah kubur sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Adrian memecut laju kereta Lamborghini Gallardonya itu. Menderum laju kereta itu sehingga menggamit mata pemandu pemandu lain untuk melihat pemandu kereta mewah ini.

Sampai sahaja di perkarangan coffee house itu, dia terus mematikan enjin lalu melangkah ke arah pintu masuk coffee house itu. Banyak mata yang memerhatikan ke arahnya lebih lebih lagi perempuan yang tersenyum manja.

Dia buat bodoh sahaja lalu terus ke tempat yang telah ditempah khas.

"Wasup bro. Lama tak jumpa." Tengku Adrian terus menepuk bahu Megat Iskandar yang ralit membaca artikel itu.

"Hey wasup Ad." Megat Iskandar terus bangun lalu memeluk Tengku Adrian.

"Asal ni tiba tiba ajak jumpa? Selalunya kau paling malas nak keluar jumpa sahabat sendiri." Kerusi ditarik lalu punggung dilabuhkan.

"Dah lama tak jumpa kau kan. Rindu."

"Gila. Aku bukan gay bodoh." Mereka ketawa apabila terdengar ayat yang Tengku Adrian tuturkan.

Tengku Adrian hanya berperwatakan begini apabila bersama orang yang rapat dengannya. Kalau tak, hanya wajah dingin yang menghiasi wajah. Kalau dia dijemput oleh mana mana syarikat hiburan untuk ditemu bual pun, dia hanya mempamerkan wajah beku ketika sesi photoshoot. Itu syaratnya. Wajah beku pun ramai yang jatuh hati, inikan pula apabila tersenyum.

"By the way, kau tak ajak ke yang lain?" Mereka bersahabat lima orang. Tengku Adrian. Tengku Emir, Syed Akhtar, Syed Firash dan Megat Iskandar.

"Aku dah ajak. Diorang cakap dalam perjalanan. Hah itu pun." Tengku Adrian dan Megat Iskandar memandang ke dinding kaca itu apabila terdengar ngauman kuat. Terlihat tiga buah kereta sport tersusun elok di situ.

Adrian's Obsession Where stories live. Discover now