FARAH IZAYU-55-

9.4K 189 66
                                    

"Waalaikummussalam mak. Mak apa khabar?"

"Alhamdulillah Aisy. Kamu?"

" Alhamdulillah mak, Aisy sihat."

"Cucu mak apa khabar?"

"Semakin montel mak. Makan je dia mak" suara ketawa mak kedengaran.

"Sama macam mummy dia kecil dulu montel" aku ketawa kecil.

"Adik-adik mana mak?"

"Mereka keluar. Ke sungai katanya."

Hampir sepuluh minit aku berbual dengan mak.

"Mmm elok-elok kamu kat sana. Jaga kesihatan kamu tu. Jangan sibuk je kerja. " aku tersenyum.

"Insyallah mak."

"Kalau ada masa kamu baliklah bawa Anara jumpa mak."

"Insyallah,  kalau tak ada hal hujung bulan saya bawa Anara balik kampung."

*************

"Daddy.."  Sekecil yang baru turun dari tangga itu  berlari dan terus memeluk kakiku.

"Sayang daddy"  tubuh si kecil aku  angkat dan aku peluk erat. Pipi kanannya aku cium.

"Tantek tak?" Baju kurung cottan berwarna ungu lembut yang tersarung di tubuhnya di pegang tanda menunjukkan kearah aku.

"Cantik... Anak daddy mestilah cantik"

"Tantek cam mi" matanya dikebil-kebilkan membuat aku ketawa senang.

"Ya cantik macam mummy"

"Yaaaa!!!" Anara menepuk tangannya. Pipinya aku cium.

"Daddy.." Aku menoleh kearah belakang. Trisya juga comel dengan baju kurung yang sama warna dan corak dengan Anara. Umurnya kini berusia 12 tahun. Selendang yang cantik terletak dikepalanya menampakkan Trisya semakin seiras arwah mamanya.

"Ya..dah siap?"

"Dah daddy."

"Nenek mana?" Soalku.

"Tu.." Jari kecil Anara menunding ke arah tingkat atas.

Mama menurun anak tangga dan menuju kearah kami. Tersenyum mama melihat keletah cucunya.

"Nak pergi dah Aisy?"

"Ya ma"

"Anara jangan nakal ya sayang. Trisya jaga Anara" pesan mama. Serentak mereka berdua anggukkan kepala masing-masing.

"Yeeeeeehaaaa nak umpe mi.. Nak umpe mi" Anara menjerit riang. Aku dan mama sekadar berpandangan. Mata mama berkaca. Aku mengusap belakang mama dan pipi mama aku cium selepas tangan tuanya aku salam.

"Hati-hati sayang.."  Aku mengangguk dan langkah aku aturkan menuju ke kereta.

*******************

Tikar kecil berwarna coklat aku hamparkan di atas tanah. Aku duduk bersila di hadapan dua batu putih yang tertanam di sebelah kiri dan kananku.

"Assalammualaikum sayang. "

"Assalammualaikum mummy" serentak suara Trisya dan Anara kedengaran. Aku menoleh dan tersenyum.

"  sedekahkan Al-fatihah pada mummy." Aku memulakan dengan Bismillah..Anara menadah tangan. Bunyi sebutan hujung-hujung perkataan kedengaran. Aku tersenyum melihat keletah Anara.

"Daddy nak baca Yasin ni ya Anara. Anara senyap tau. Anara duduk diam ya sayang."

"K" Anara membalas.

FARAH IZAYUWhere stories live. Discover now