FARAH IZAYU-16-

4.1K 178 3
                                    

Farah Izayu

"Wahhhhhhhhh! Cantiknya kau Farah..cantik sangat-sangat." Eja memuji. Aku dah malu bila rakan-rakan rumah tak berhenti memuji. Mau tak terkejut aku yang lihat diri aku dalam cermin pun aku rasa aku cantik. Perasan! Baju yang aku pakai hari ini diperbuat dari material sifon silk berwarna champagne dan eyeslace senada. Dengan jenis potongan Princess line. Dari paras bahu ke lutut lebih mengikut padan dan kembang sedikit dari paras lutut ke bawah. Dibahagian lengan dan badan terdapat sedikit perincian manik dan dimond swarovski rainbow color. Shawl berwarna hitam di padankan. Sedikit chunky bead di sisi tudung .Simple tapi elegan. Begitulah yang di katakan Furzan. Aku pun terpukau dan rasa bermimpi ketika aku buka kotak bungkusan pakaian ini Tempoh hari. Kata Eja sekurang-kurangnya jenama pakaian ini mencecah dua hingga tiga ribu ringgit. Aku hampir pitam mendengar.Itu belum kira kasut dan bag. Mahu mencecah lima ribu sahaja untuk aku pakai malam ni . Kasut yang aku sarung hari ini pun pemberian en Aisy. Kasut dan cultch bag bewarna hitam juga en Aisy yang belikan.Patut la tempoh hari sibuk bertanya saiz kasut aku. Aku dengan polos memberitahu sahaja. Nasiblah tak tinggi .lebih kurang dua inci sahaj kasut aku ni. Dengan ketinggian aku 168 cm ni bila pakai kasut ni nanti mungkin aku akan berada paras telinga en Aisy kot. Mungkin! En Aisy tu tinggi. Aku rasa mungkin ketinggian ni hampir 180 cm.Bila aku menyatakan malu kepada En Aisy untuk menerima pemberiannya ini ,macam biasalah tak habis-habis mengugut. Geram! Wajah aku disolek oleh Rina. Mula aku tak mahu sebab aku tak biasa. Tapi setelah di desak mereka. Aku redhakan ajalah apa yang dihasilkan. Rina telah merias wajah aku dengan make up nutral. Aku suka, tidak tebal. Nipis sahaja tapi sebabkan aku tak biasa bermakeup agak payah juga hendak menyesuaikan .
"Pandai betul encik kacak kau ni pilih baju. Sama saiz aja. Ngam semua..fuh cinta hati punya katakan." Adoi mulut furzan ni.
" sudahlah korang ni sian Farah tu. Merah dah muka dia dari tadi kamu semua sakat" kak Salmah bersuara. " korang ni kan aku dah cakap aku dengan en Aisy tu tak ada apa hubunganlah.kawan sahaja. Dengar betul-betul kawan!" Sahaja aku tekankan perkataan kawan tu. "Eleh kawan konon. Kenapa dengan aku dia tanak kawan? Ah. Kenapa aku yang dia tak ajak teman dia malam ni?" Rina bersuara dengan mata bulatnya. Adoi Rina nikan! " wei mak cik , bukan dia kenal kau pun! Kau jangan nak mengatal sangat Rina. Aku report kat mamat Remy cinta agung kau tu kang" kata Furzan sambil menepuk bahu Rina." Aipp! Kau jangan, itu cinta mati paling agung aku tau!" Rina dan Remy dah tiga tahun bercinta. Tak dinafikan Remy sangat baik. Furzan dan Eja pula sudah bertunang. Tinggal tunggu masa sahaja untuk mereka melangsungkan majlis. Masing-masing merancang tahun hadapan. ", Kak Salmah pula dh bersuami. Suami kak Salmah kerja off shore. Bila suaminya pulang baru kak Salmah pulang ke rumah ibu mertuanya. "Tapi serius kamu lawa malam ni Farah. Pukul berapa en kacak kamu tu ambil kamu" kak Salmah menyoal aku. "
"katanya lagi 10 minit dia sampai."
" Ingat pesan akak ni Farah. Jaga diri kamu elok- elok faham!" Aku mengangguk!
Ketukkan di pintu telah membuatkan aku berdebar. "Ah en kacak dah sampai" Aku tergelak. X sudah-sudah mereka ni.
Rina terlebih dahulu membuka pintu.
" hai en kacak. " sapa Rina. Ya Allah selamba betul
" ini kami serahkan Cinderella kami kepada en kacak, tapi janji jaga dia elok-elok. Apa-apa berlaku en Kacak saya cari" Adoi pesanan Rina. En Aisy tersenyum sahaja dan apa bila mata kami bertentang, jantung aku berdegup kencang. Subhanallah Kacaknya! Bila Kak Salmah berdehem kami sama-sama tersentak dan riuh gelak ketawa rakan rumah. Ok muka aku pasti dah merah. " jangan tenung anak dara orang lama- lama en kacak. Kalau berkenan masuk meminang" aku dah bulat mata dengan kenyataan yang keluar dari mulut kak Salmah. Boleh tak aku pengsankan diri sekarang. Malu.!

P/s :- terima kasih. Kalau larat jari ini taip. Saya up versi Aniq Aisy terkejut tgk Farah Izayu.

FARAH IZAYUWhere stories live. Discover now