FARAH IZAYU-45-

4.3K 110 9
                                    

Farah Izayu

"Abang, kenapa ke hotel?"

"Abang tertinggal hadiah dekat pejabat. Nak ambil jup."

"La... Abang ni. Ada hadiah pula. Tadi tu dah cukup untuk saya bang. Malu saya. Saya tak sediakan apa-apa hadiah pun" nak sediakan apa. Tarikh pun aku lupa. Ish... Malu juga aku boleh lupa tarikh perkhawinan kami.

"Tak apalah. Kalau esok ambil dah tak seronok. Jom"

Aku turun juga dari kereta. Beberapa orang staf tersenyum dan tunduk hormat pada Aisy. Aku sekadar membalas dengan senyuman. Biarpun tiga tahun aku mendirikan rumah tangga dengan Aisy, aku jarang jejak kaki ke Hotel. Yalah aku segan.lagipun aku tak suka campur urusan kerja Aisy kecuali memang dia bawa atau minta aku temankan. Melangkah sahaja kedalam bilik pejabatnya, Aisy membuat panggilan. Entah apa yang di tanyanya.

"Sayang. Solat dululah sebelum kita balik. Dah lewat sangat kita ni." Kata Aisy sambil matanya melihat jam di tangannya. Aku juga mengerling jam di tanganku. Yalah dah lewat sangat. Sekarang jam 1100 malam. Aku mengikut langkahnya dari belakang.

Di dalam surau staf, aku solat Isyak berimamkan suamiku. Sesudah mengaminkan doa , phone Aisy berbunyi.

"Ok.ok.. Terima kasih."

Aisy memandang aku yang sedang melipat telekung yang aku pinjam di surau ini.

"Jom sayang." Aisy tersenyum.

"Pergi mana?" Soalku.

"Turun bawah."

Aik.. Tadi kata nak ambil hadiah, tapi kenapa lenggang pula. Tapi takkan aku nak tanya pula mana hadiah? Malulah aku.

Terkebil-kebil aku melihat Aisy di sisi. Sekarang kami berada di hadapan pintu bilik hotel dimana bilik mewah yang pernah aku bersiap dan adakan photoshoot di hari majlis resepsi untuk kami dulu.

Hati dah berdebar terus.. Takkan ada.....

Saat pintu di buka Aisy, Ya Allah....

Kejutan lagi!!!! Aku ingatkan setakat di restoran je tadi.

Kaki melangkan mengikut Aisy masuk ke bilik. Mata aku dah berair saat melihat keadaan di dalam bilik ini...

Lantai bilik penuh dengan kelopak bunga ros merah yang bertaburan. Katil pula di hiasai dengan kelambu putih. Kelopak ros ditaburkan diatas katil dengan berbentuk love. Bau aroma ros menyengat rongga hidungku. Sungguh memikat.

"Abang.." Aisy sekadar tersenyum dan melangkah ke arahku. Pipiku di ulas lembut. Matanya menikam ke anak mataku.

"Terima kasih abang. Abang..." Tak sempat habis ayatku. Bibirnya menyinggah terus ke bibirku.beberapa saat kemudian wajahnya di jauhkan dari wajahku dan tersenyum nakal.
Entah kenapa terus rasa berbahang wajah ini.

Aisy tanpa bersuara lagi terus mencapai remote dan menekan satu butang. Alunan muzik kedengaran. Dia kembali semula kearahku. Tak sempat berfikir terus pinggangku di raih rapat ke tubuhnya. Terjingkit sedikit kakiku. Kedua tanganku melekap didadanya. Terkejut.

"Abang.."

"Syhhhh...."

Tangannya terus mengulas tepi bibirku. Aku rasa terkhayal seketika dengan perlakuannya dimana sebelah tangannya yang masih di pinggang dengan mudah mengoyangkan tubuhku perlahan kekiri dan kekanan mengikut irama muzik di dalam bilik ini. Jantung aku berdegup kencang. Bukan tak biasa serapat ini dengan suamiku tapi malam ini entah kenapa aku rasa Aisy bukan seperti Aisy yang di sisiku. Renungannya begitu mengoda dan terasa aura lelaki romantiknya terserlah sejak di restoran. Yalah biasanya kejutan-kejutan membawa aku berjalan  atau makan takpun hadiah perhiasan untuk tubuhku.tapi tidaklah disediakan kejutan begini di hari penting kami pula.Tertahan-tahan nafasku.

FARAH IZAYUWhere stories live. Discover now