FARAH IZAYU-5-

5.9K 209 15
                                    

Aniq Aisy

Punyalah sakit hati aku! Dah la sakit kepala aku ditolak. Tak padan kering dia ini punyalah kuat tolak aku tadi. Sakit kepala aku. Dah tu tuduh aku nak buat sesuatu pulak. Aku buat sungguh-sungguh kang baru tahu. Fuh! Gara-gara menunggu Ruslan mengisi minyak tadi terus sahaja dia tertidur. Senang betul tidur dan boleh pulak payah nak kejut. Aku buat keputusan tadi untuk bawa pulang rumah aku.

Aku menekan loceng di tepi kiri aku dan beberapa saat orang di dalam membukanya "Tuan lambat balik hari ini" soal kak Leha iaitu orang gaji paling lama berkhidmat dalam rumah aku.
Aku menoleh kebelakang dan melihat dia terhincut- hincut. Hai la, dah rupa kura- kura lambatnya. Aku dukung kan senang!
"Eh siapa tu tuan?" Bisik kak Leha kepada aku
"Kak Leha tolong papah dia bawa masuk rumah."arah aku.
"Eh tak apa kak saya boleh berjalan ni tapi lambat sikit" "tak apa dik, akak boleh tolong kamu.nanti tuan marah akak kalau akak tak tolong kamu" aku menoleh memandang kak Leha dengan dahi berkerut. Bila pulak aku penah marah kak Leha..tegur penahlah ish kak Leha ni. Kak Leha mengeyit mata pada aku dan fahamlah aku tektik dia nak bantu dia ini. Tapi nama aku juga yang busuk. Typical majikan sangat! Marah orang gaji yang silap. Apa-apa je lah janji aku tengok dia mahu menerima bantuan kak Leha.

"My handsome..." Mama terhenti berkata melihat ada tetamu lain di belakang aku. Tertoleh mama dan mama bisik" siapa ni kamu bawa balik malam - malam ni". Aku melihat papa yang turun dari tangga juga memandang pelik kearah kami.

"Mama papa ini Farah Izayu. Tadi dia kena ragut dekat dengan train. Jadi Aisy bawa dia pergi jumpa doktor dan buat report polis tadi."jelas aku. Mama menutup mulut dengan tangan. Terkejut barangkali tapi macam over sangat mama ni!
"Ya Allah ..mari masuk sayang.kesian kamu teruk juga keadaan kamu dengan kaki terhincut begini" "Terima Kasih aunty. Maaf saya telah menyusahkan anak aunty " aku melihat dia terus menunduk . "Eh tak apa sayang..aunty percaya kalau orang lain pun Aisy akan bantu" Dia memandang muka.. Aku hanya tersenyum. " Kak Leha sediakan apa yang patut untuk tetamu kita " arah papa pula. " Baik Dato. " "Eh tak payah aunty Eh maaf datin tak apa. Tadi en cakap akan hantar saya pulang lepas ni aunty.Erkk..maafkan saya datin sebab panggil datin aunty sahaja tadi. Maafkan saya" Pulak dia ni.. Protokol sangat pulak. Ingat mama macam mak mak datin lain heboh dengan pangkat.
"Eh tak payah panggil datin..panggil aunty aje. Kalau tak panggil mama pun tak apa" Amboi mama, dia pulak over. "Kau nak aku hantar kau pulang dengan keadaan gini ke ? Dengan pakaian kau yang dah koyak dan luka sana sini ada pulak mak ayah kau serang aku kang cakap aku buat tak senonoh pada kau" Mama terus menampar lengan aku. Mama ni sakit! "Mulut kamu Aisy. Cakap elok-elok tak boleh!" Aku pulak yang kena, tak betul apa aku cakap." Saya sendirian di sini . Abah dah tak ada dan ibu di kampung" tetiba dia bersuara. Allah.. Aku dah guriskan hati dia pulak. "Maafkan aku!" Serba salah pula dibuatnya. Mama dah bulat mata memandang aku. " Eh tak apa. En jangan risau. Abah lama dah pergi meningglkan kami." Dia tersenyum, tapi senyuman kedukaan atau kerinduan yang terpancar. "Maafkan Aisy ya Farah.kamu bersihkan diri dulu lepastu kita makan sama-sama nanti ya" "Tapi dato.." "Tak payah tapi-tapi, kamu tetamu kami dan anggap masa ni giliran kami menolong kamu mana tahu akan datang kamu pulak membantu kami dan tak perlu panggil dato .uncle cukup!" Dia mengalihkan pandangan ke arah aku dan aku mengangguk tanda ya kepada dia " baiklah.! Terima kasih. Moga Allah membalas jasa baik aunty sekelurga pada saya" Dia senyum pada mama. Boleh tak aku nak bingkaikan senyuman dia? Manis!

"Papa......" Aku menoleh pada suara yang tak perlu di perkenalkan lagi. Aku mendukungnya "Hai Princess papa. Rindu papa ya" "rindu sangat" si kecil terus memeluk aku, aku membalas dengan kucupan kiri kanan pipi gebu nya itu.
"Trisya sayang. Papa penat. Mari sini kat nenek. Bagi papa mandi dulu ya" Trisya mengangguk kepala dan sambil menutup hidung "Papa ni busuk" "oh papa busuk. Tadi bukan Trisya yang peluk dulu papa" aku mencubit pipi dia dan menurunkannya. "Oklah mama papa Aisy naik dulu bersihkan diri. Aku naik dulu dan kau boleh ikut kak Leha untuk ke bilik tetamu" aku terus naik ke atas. Seharian buat kerja gila ini dan badan aku sudah rasa keletihan dan melekit sangat.

Farah Izayu

Papa!....

P/s:- terima kasih pada yang sudi mengikuti hingga part -5- . sudikanlah komen untuk membantu saya.

FARAH IZAYUWhere stories live. Discover now