FARAH IZAYU-24-

3.9K 160 5
                                    

Aniq Aisy

Punyalah sakit hati aku dengan dia ni. Elok aku nak minta maaf, dah jadi aku pula yang berangin.
Aku bukan nak merajuk. Merajuk tak ada dalam kamus hidup aku. Tapi aku masih tak faham kenapa dia mesti nak membezakan hidup aku di bandar dan dia yang dari kampung. Salah aku ke lahir di bandar!? Salah dia ke yang lahir di kampung!? Kenapa dia tak faham!?

"Encik.."

Masa aku tengah panas hati nilah dia nak panggil aku dengan nada macam ni.

"Encik.... Maafkan saya"

Aku masih memandang lurus kehadapan. Bukan aku tengok pun tv ni. Entah cerita apa. Manalah aku reti tengok cerita yang bersiaran di tv atau lebih tepat aku tak ada masa nak menonton kecuali bola. Lelaki dan bola mana boleh pisah.

Farah terus bersila di hujung kaki aku.
Tersentah aku.
Eh!

"Kenapa kau duduk situ. Kenapa kau tak duduk di kerusi" terkeluar juga suara aku. Yalah apa kata keluarga dia nanti kalau nampak Farah duduk di hujung kaki aku. Persis anak kecil menunggu di hukum pula.

"Saya nak minta maaf atas ketelanjuran kata-kata saya tadi. Saya tak berniat nak buat En marah"

"Farah kau bangkit dan duduk disini" aku menepuk-nepuk kusyen yang agak lusuh warnanya di sebelah aku.

"Tak apa en."

Ni buat aku nak panas lagi. Degil!

Aku mendekatkan wajah aku ke wajahnya. Dia kelihatan terkejut.

"Encik..."

"Aku suruh kau bangun. Kau bangunlah. Ke kau nak aku cium kau sekarang"

"Ah" dengan serta merta dia berdiri tegak.

Aku tersenyum.

"En ni... Saya elok-elok datang minta maaf ni bukan nak maafkan tapi ugut pula kita!" Farah dan muncung.
Aku tarik senyum senget.
Membebel!
Farah hendak berlalu pergi dari aku. Aku belum habis Cakap apa lagi...
Eh..

"Farah..."

Farah menoleh.

"Apa lagi encik ni!"

Aku bangkit dan menghampirinya.

"Aku tak suka kau bandingkan aku dengan kau. Jangan bezakan darjat kita. Kita semua sama sahaja. Berdiri di atas bumi yang sama dan masih dibawah langit yang sama. Aku tak suka kau merendahkan diri kau dengan kekurangan atau kau membandingkan cara hidup aku dengan kau. Aku tak minta hidup senang tapi aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ini dan ini rezeki aku. Kau pun patut bersyukur walaupun kau bukan dari golongan yamg senang, tapi kau patut bersyukur dengan apa yang kau ada. Antaranya walaupun kau kehilangan ayah, tapi Kau masih ada seorang ibu dan adik-beradik yang masih menyayangi kau."

"En pun ada mama dan papa yang menyayangi en"

"Betul aku sayang mereka berdua dan mereka segalanya bagi aku. Tapi aku dah kehilangan satu-satunya  abang yang aku ada"

Aku perasan wajahnya sedikit tersentak..

"Aku suka tengok hubungan kau adik beradik. Boleh bergurau senda dan saling menyayangi. Aku cemburu melihat kemesraan kau dan adik-adik kau. Aku jadi rindu pada arwah abang aku Farah. Aku dan dia sangat rapat. Tapi bila dia tak ada , aku rasa separuh hidup aku hilang."

Aku sebak.

"En.."

Aku memandang anak matanya.

"Farah aku ikhlas sukakan kau dan tolong jangan jadikan alasan darjat kita adalah penghalang untuk kau jujur pada perasaan kau. Jauh sudut hati aku, aku harap aku lelaki yang akan memiliki kau. Tapi aku nak kau jujur pada diri kau. Kau terima aku sebab cintakan aku bukan sebab lain"

"Saya....."

"Farah sejujur aku rasa kau sebenar suka aku tapi kau takut nak luahkan sebab darjat kita. Aku dengar perbualan kau dan Fahmi tempoh hari. Aku menunggu jawapan dari mulut kau sendiri Farah. Aku tahu niat kau bawa aku pulang ke kampung kau untuk aku melihat kehidupan kau dan keluarga kau disini tapi kau kena tahu yang aku tak akan berubah dengan pendirian aku. Aku masih cintakan kau. Aku terima seadanya dan aku harap kau terima aku seadanya. Kekayaan di dunia ni kau sendiri tahu bila-bila masa sahaja boleh ditarik dan jika di tarik kesenangan aku ni, kau tanya diri kau pula. Adakah kau terima aku ?"

Aku terus memusingkan badan menghadap belakang untuk masuk ke bilik Fahmi. Aku melangkah beberapa dan Farah memanggil aku.

"Encik Aisy..."

Aku menoleh kearahnya.

"Maafkan saya encik."

Aku mengangguk lemah. Aku melangkah beberapa tapak semula. Aku berhenti dan terus  menoleh kearahnya yang masih menunduk  bermain jari-jemarinya.

"Farah, aku suka makan kuih cara berlauk. Kau buat lebih untuk aku."

Farah mengangkat wajahnya dan dia seperti terpinga-pinga.Berkhayallah tu. Beberapa saat dia tersenyum...

"Baik tuan!"

P/s:- terima kasih  sudi baca...

FARAH IZAYUWhere stories live. Discover now