FARAH IZAYU-14-

4.3K 162 5
                                    

Aniq Aisy

Salah juga aku tadi aku bawa dia kebahagian staf. Tapi melampau sangat pulak mereka ni. Solat aje pun bukan buat tak senonoh. Memang betul buat aku panas hati tadi. Menurut salah seorang staf aku tadi dalam surau dah si Farah ni kena jerkah tapi Farah tak melawan. Melampau! Memang aku akan ambil tindakkan tatatertib.

" encik pasal tadi tu tak payahlah besarkan halnya. Saya ok" Farah bersuara memecahkan sunyi di dalam kereta. Sejak masuk kereta tadi dia hanya mendiamkan diri. Wajahnya mendung. Aku tahu mesti hatinya terguris dengan sikap staf aku yang marah dia tanpa alasan munasabah.
"Aku minta maaf pasal staf aku tadi. Soal tu kau jangan risau. Hal hotel tahulah aku selesaikan. Lagipun perkara macam ni boleh menjatuhkan reputasi Hotel kami." "Tapi en tak payahlah ambil tindakkan ,kesianlah." "Farah, aku ambil tindakan bukan sebab kau tapi sebab reputasi syarikat. Kalau aku diamkan diri. Esok lusa boleh berlaku lagi perkara begini!. Dahlah hotel ni papa dan arwah abang aku yang usahakan. Tak akan aku nak berdiam diri". Farah mendiamkan diri.
" En bos kat hotel ya?" Soal Farah. "Mmm lebih kuranglah" "Eh! Boleh pula lebih kurang. Mengaku ajelah" farah mencebik. Aku tersenyum. Mood dia dah oklah tu. Kami kembali diam.

" Farah, umur kau berapa?" Farah memusingkan badan dan memandang aku. Walaupun samae tapi aku masih nampak dia menoleh ke arah aku. " 22 tahun encik.En pulak?" " Kau rasa aku umur berapa?" " Alah en ni, nak suruh main teka pula. Jawab ajelah en" aku tersenyum. Beberapa hari ini aku mengenali dia dengan dekat aku dapat rasakan dia sentiasa jujur menjadi diri dia. Tak macam perempuan lain ,Plastik! " aku 32 tahun.
" Eh tua dah en rupanya" dia tergelak kecil .
"Amboi mulut kau. Seronok mengata aku." Dia terus gelak. Beberapa minit kemudian.
" En maaflah kalau soalan saya ni agak busybody dengan hal en, tapi mana isteri en?" Aku terkejut, isteri mana pulak. " Bila pula aku ada isteri , kau merepek apa ni Farah" aku masih memfokus pada pemanduan. Kalau tak sebab memandu ni dah aku betulkan otak dia ni. " Eh bukan en dah kahwin? Abis Trisya tu anak sape?! Kan dia panggil en ni papa." Terus aku tergelak. Lah dia fikir aku ni dah khawin rupanya hanya kerana Trisya tu panggil aku papa.
"Trisya tu anak saudara aku. Anak arwah abang aku" "Ah .maaf ya en saya ingat anak encik"
"Tak apa. Abang aku dah meniggal sejak tiga tahun lepas bersama isterinya dalam nahas jalan raya. Trisya masa kejadian tu di rumah mama sebab arwah dan isteri menghadiri majlis makan malam hotel kami. Masa kejadian Trisya baru berusia 3 tahun.Panggilan papa tu memang sejak dari dia pandai bercakap." Farah mendiamkan diri. "Farah. Kenapa diam?" "Kesian Trisya, dalam usianya begitu dia dmtelah kehilangab kasih sayang kedua orang tuanya. Saya yang dah besar kehilangan ayah pun tidak kuat menghadapi dugaann ini" ada getaran dalam nada suara Farah. "Memang dia kehilangan mummy dan daddy dia, sebab tu aku dan mama papa memberi perhatian lebih pada dia supaya dia tidak terasa terpinggir. Apa yang penting kebajikan dia terjamin dan dia akan tetap menjadi tanggungjawab aku." Ya Trisya tanggungjawab terbesar aku selagi aku bernyawa aku akan cuba memberi kasih sayang sepenuhnya supaya dia tidak terasa akan kehilangan kedua orang tuanya.
"Dulu aku ada tunang tapi di sebabkan dia tidak mahu menerima kehadiran Trisya aku memutuskan. Jika mahu bersama aku ,aku harap dia menerima Trisya seperti mana wanita itu menerima aku. Dia tanggungjawab aku. Aku tidak mahu apa-apa berlaku pada dia kemudian hari. Kalau tak kejadian itu aku sampai sekarang tak tahu dia bencikan Trisya" tanpa di duka lancar sungguh bicara aku pada Farah. "Kejadian?" Farah menyoal. "Selama ini Trisya ada mengadu pada mama yang dia tidak suka Fyza. Pada mula aku tak ambil pusing sebab aku fikir Trisya mungkin fikir aku tak sayang dia lagi. Yalah dia baru sahaja kehilangan mummy dan daddynya. Satu hari ak pulang lewat ke rumah. Kebetulan mama dan papa tiada di rumah juga. Dalam bilik Trisya dengan mata kepala aku sendiri aku nampak Fyza sedang menunjal kepala dia dan aku sendiri dengar yang Fyza benci dia. Fyza anggap Trisya perampas kebahagiaan kami dan Fyza tak akan terima Trisya dalam hubungan kami. Hancur hati aku melihat Trisya teresak-esak menangis. Depan aku mama dan papa Fyza layan Trisya dengan baik cuma Trisya sahaja tidak mahu mendekatinya. Aku fikir Trisya budak - budak lagi mungkin akan datang Trisya akan menerima Fyza tapi rupanya sebalik"
aku perasan dalam samar malam Farah menutup mulutnya " Ya Allah en. Kesian Trisya. Dia budak lagi apalah salah dia. Bukan dia minta kejadian itu berlaku"
Aku diam. Jika di fikirkan hal itu hati aku sakit dan marah aku masih lagi bersisa. "En jagalah Trisya dengan baik. Dia anak yatim piatu. Besar pahala en menjaga anak yatim ini. Semoga en menemui teman hidup yang boleh menerima Trisya dan menyayangi Trisya sama seperti menyayangi en." Aku mengangguk. Ya benar apa yang dikatakan Farah itu yang aku mengharapkan. Jika wanita itu adalah kau kan elok Farah. Kata-kata itu hanya mampu aku lafazkan dalam hati.

P/s terima kasih sudi membaca. Maaf untuk setiap kesilapan dlm cerita saya.

FARAH IZAYUWhere stories live. Discover now