Aniq Aisy
Selepas berjumpa dia tempoh hari,
Sudah dua minggu aku tidak jumpa Farah kerana aku bertugas di Johor dan Singapura. Rindu menggunung pula kepada dia. Hari ini aku menunggu dia di kafe di tempat selalu yang aku memerhatikannya. Ketika melihat kelibatnya aku terus menyeru namanya. Kelihatan terkejut dia bila aku mengamit dia untuk datang kepada aku."Assalammualaikum en.bila en balik?" Wajah cerianya benar-benar menyenangkan aku.
"Waalaikumussalam. Tengahari tadi sampai. Jom minum." Perlawa aku. Dia mengangguk.
"Kita makan dekat restoran pulak hari ini." Dia tersenyum. Aku membawanya naik ke tingkat atas dimana terletaknya restoran . Sepanjang jalan, aku perasan staf yang menegur aku pasti mengerling ke arah Farah. Esok bergosiplah hotel ni. Tapycal pekerja. Ada je nak gosip lagi-lagi nampak bos mereka jalan dengan seorang gadis cantik!
Sampai di restoran aku membawa Farah ke privateroom. " wahhhh cantiknya bilik ini. " Aku tersenyum melihat Farah begitu teruja. Rindu aku pada wajahnya yang comel ni. Kadang-kadang aksi spontan dia mencuit hati aku. Ketika bercakap walapun suaranya lembut tapi kalau bercerita bersemagat dengan memek muka sekali. Aku menekan butang untuk memanggil pelayan mengambil pesanan aku. Seperti tempoh hari Farah membiarkan aku memesan makanan. Untuk hari ini aku memesan untuk kami pumpkin soup, fitto misto spaghetti barbeque chiken,chilli and olive oil, Australian lamb rack , manggo cake dan tropical magic sunday. Manakala minuman pula aku memesan strawberry shake dan lemon juice.
" en ni kalau oder makanan dasyat. En tak makan lagi ker?" Soal dia polos. Aku menggeleng. "Saja je aku oder. Kau mesti habiskan semua." Farah memuncung." En ni . saja tau. Mana larat saya nak habiskan." Aku tersenyum. Sementara menunggu hidagan kami sampai. Kami berbual. Mata aku tidak boleh alih dari terus mengamati wajahnya." En , kenapa pandang macam tu ada apa- apa kt muka saya ke?" Aku menggeleng
" Rindu kau!" Adoi terlepas pulak " apa en?" Fuh nasib aku baik pelayan tiba masa yang tepat membawa makanan kami. " makanlah. Perlawa aku" Farah seperti sebelum ini sopan menadah tangan membaca doa makan terlebih dahulu." Farah hujung minggu ni kau free tak?"
" siang ke? Siangkan en tahu saya kerja"
Ya aku tahu dia kerja partime di kedai dobi blok sebelah rumah sewa dia. Katanya dia kena buat kerja partime untuk menambahkan pendapatan untuk adik-adik di kampung.Farah pernah menceritakan dia mempunyai adik-adik seramai 3 orang yang masih sekolah dan seorang sedang belajar di politeknik. Tanpa segan silu dia mengaku dia bukan dari keluarga senang. Ibunya hanya tukang sapu di sekolah berhampiran rumahnya dan ibunya juga mengambil tempahan membuat kuih untuk di letakkan di kantin sekolah sebagai tambahan pendapatan. Kadang-kadang ada yang menempah untuk kenduri.
" malam hari?" Soal aku semula. Farah memandang aku. "Oh malam saya tak ada buat apa dah. Penatlah en, siang dah kerja. Malam saya nak rehat" "aku nak kau teman aku hadir majlis makan malam di hotel tapi bukan di sini di cawangan Shah Alam." " ish tak naklah saya en. Segan saya." " Apa kau nak segan mama dan papa ada. Bukan kena buat apa pun kau cuma jadi pasangan aku sahaja. Boleh?"
"Alo en seganlah. En ajak orang lainlah" Dia nikan mula buat aku panas hati. Aku meletak sudu dan garfu aku. Aku merenung dia " aku tak kira kau mesti jadi pasangan aku malam tu" " tak mahu!"
Keras betul hati dia ni tau. Ingat kau boleh lepas dari aku. " aku tuntut kau teman aku malam itu sebagai balas jasa aku tolong kau tempoh hari. " aku tayang senyum menang dan dia dengan muka cemberut dia. Peduli apa aku ingat aku nak mengalah. " en nikan ugut dan en tak dapat dipisahkan betul. Yalah- yalah kang cakap saya tak kenang budi!" Aku tergelak. Aku tak kira. Janji malam itu dia mesti jadi pasangan aku!Di dalam kereta Farah lebih banyak diam. Marah mungkin! Yalah aku paksa dia. "Farah kau janganlah serius sangat. Aku ajak kau cara elok kau menolak mentah-mentah. Aku bukan suruh kau buat apa cuma jadi teman aku sahaja"
"Masalahnya,saya tak pernah hadir makan malam begitu. Kalau tempat kerja saya buat pun kami sekadar makan di restoran. Ni hotel dengan en pula. Ala en tak malu ke bawa saya?"
" Kau jangan serius sangatlah Farah, mama dan papa pun ada .kau x nak jumpa mama aku ker?" Aku cuba memancing Farah dengan kehadiran mama. " yelah saya ikut en tapi saya cakap awal-awal kalau saya buat silap malam tu en jangan marah ya" aku mengangguk. Aku mencapai satu beg hitam di tempat duduk belakang aku. " ni baju yang aku dah beli untuk kau. Kita akan pakai warna sedondon" Dia tidak mencapai beg yang aku hulurkan hanya memandang sahaja beg itu."Kau jangan salah faham pula. Aku beli ini untuk kau supaya aku dan kau sedondon berpakaian itu sahaja" " saya tahu en, tapi saya segan en asyik beri saya macam-macam." " kau jangan cakap begitu. Apa aku beri kau ingat satu. Aku ikhlas dan bukan untuk dapatkan balasan dari kau!" Farah mengangguk. "Tapi en janji ya lepas ni jangan beli atau bagi saya barang lagi. Saya tak nak dikatakan mengambil kesempatan pada kebaikkan en." " Kalau kau nak amik kesmpatan pun aku rela" aku tergelak .
" en ni saya serius la!" " yalah! Dah jangan nak buat muka comel kau depan aku lagi. Hujung minggu kita jumpa ok" Farah mengangguk dan turun dari kereta. Aku melihat dia berlalu setelah memberi salam kepada aku.Hampir dua bulan aku mengenali Farah Izayu.semakin hari mengenalinya semakin aku rasakan dia wanita yang aku inginkan. Dia wanita yang mampu menjadi ibu kepada anak-anak aku. Tapi untuk melafaskan bukan mudah rupanya..
' Ya Allah jika benar Farah Izayu adalah tulang rusukku. Kau mudahkanlah untuk kami bersatu'
P/s :- terima kasih sudi membaca.
BINABASA MO ANG
FARAH IZAYU
RomanceHadirnya kau membawa kebahagiaan... hilangnya kau membawa kesunyiaan.... Aku redha dengan ketentuan Mu Allah s.w.t TULISAN KEDUA DARI SAYA SELEPAS KENAPA DIA?