FARAH IZAYU-17-

4.2K 154 4
                                    

Aniq Aisy

Aku betul terpegun melihat dia. Subhanallah cantik. Lebih cantik lagi dengan wajah kemerahan di sakat rakan-rakannya.

"Farah jom" dia mengangguk.

"Jaga puteri kami elok-elok. Jangan melencong tempat lain ya en kacak"

"Korang ni. Bencilah" Farah dah tarik muka. Aku sekadar tersenyum.

"Jangan risau saya jaga puteri cantik ini lebih dari nyawa saya sendiri ya" mata aku lirik ke Farah. Dia seperti terkejut dengan kenyataan aku.

"Wwwiiiieeeuuuu.  Wow..." Suara rakan-rakan Farah dah bersorak. Macam-macam mereka ni.

Di dalam kereta..

"En maaf ya dengan sikap rakan-rakan rumah saya tadi. Maaf kalau en tak selesa dengan perangai mereka."

Aku mengeleng "jangan risau Farah. Aku tak ada masalah dengan gurauan mereka. Tapi kau cantik malam ni. "

"Terima kasih baju ini en. Baju encik beri  ni cantik,saya tumpang rasa cantik sekali" Farah tergelak kecil dengan katanya sendiri.

"Terima kasih sudi jadi pasangan aku malam ini"

"Sama-sama En. Mmmm... Mama dan papa encik dah sampai ke?" Soal Farah.

" mungkin dah ada di sana.Aku pun tak pasti mereka dah sampai atau tidak."

Akhirnya kami sampai di hotel. Aku menyerahkan kunci keretaku pada staf yang bertugas untuk meletakkn kereta di tempat yang disediakan.

"Ramainya en. Saya takut. Saya tak penah hadir tempat begini."

"Tenang.. Kau senyum sahaja dan bertenang. Aku ada dengan kau" aku cuba meyakinkan Farah. Beberapa saat kemudian aku nampak dia semakin selesa.

Tanpa minta kebenaran dia , aku mencapai dan mengenggam tanganya. Sejuk!

"Eh en. Saya.. mmm saya tak ..mmmmm" Farah sedikit gagap berbisik dengan aku.

Aku tahu dia segan aku pegang tangan dia tapi aku bukan nak ambil kesempatan. Aku geram tengok kaum sejenis aku melirik mata nakal diorang pada Farah sewaktu  mereka menyalami aku dan menyapa aku. Geram!!!
Aku buat tak dengar dan tak tahu , semakin kuat aku genggam tanganya.

"Hey bro.. Wow.. Eh you ni..." Saiful yang menyalam aku terus menoleh ke Farah seolah-olah ingin mengigati Farah.. Farah memandang aku.

"You ni yang hari tu dekat surau staf tukan. Jumpa lagi kita .." Saiful  menghulurkan tangan dia pada Farah dan Farah dengan sopan menundukkan sedikit kepalanya dan tersenyum kepada Saiful.  Aku tak suka tengok dia senyum pada lelaki lain. Lantas aku memeluk bahu dia. Bulat mata dia memandang aku. Saiful juga agak tersentak sebelum kembali tersenyum pada Farah.

"Cantik you. Nasib Aisy dah pasangan you. Kalau tak i ajak you jadi pasangan i malam ini."
Mencabar kesabaran aku betul Saiful ni. Belum sempat aku menjawab suara mama kedengaran.

"Aisy...eh Farah... Ya Allah jumpa kita lagi sayang ... Amboi cantiknya kamu sayang." Mama memeluk Farah dan matanya meneliti atas kebawah  penampilan Farah.

"Aunty lagi cantik dari Farah. " Farah memuji mama. Aku dia tak puji pula!

" Jom sayang.. Aisy bawa si cantik manis mama ni ke depan. Farah duduk dengan aunty ya" Farah mengangguk dan berlalu mengikut mama.

"Ok bro " aku mengangkat tangan kepada Saiful.

Belum sempat aku berlalu Saiful bersuara membuatkan aku berpusing semula dengan renungan tajam.

FARAH IZAYUWhere stories live. Discover now