FARAH IZAYU-49-

4.1K 129 6
                                    

Aniq Aisy

Dah dua hari aku di rumah mama. Dua hari juga aku rasa kehidupan aku penuh dengan kecelaruan.

Bermacam-macam perkara yang buat aku rasa tak masuk akal.

Sekarang tahun 2015..

Aku dah berumur 37 tahun! Setahu aku, umur aku baru 32 tahun.

Lagi aku pening aku dah berkhawin dan ada anak kecil pula tu!!!

Aku betul-betul rasa tak masuk akal.

Putus tunang terus dapat isteri!? Magik!

Wanita muda yang di kenali dengan nama Farah dan yang dikatakan isteri aku ni bukan wanita yang aku lihat dari kafe mama ke.? Bukan itu wanita yang selalu aku perhatikan setiap pagi dan petang. Macam mana pula dia....... jadi isteri aku???

Pening betul kepala aku cuba mengingatinya. Tapi setiap kali aku cuba untuk ingat semua ini. Kepala aku berdenyut kesakitan.

*************

"Abang, jom turun makan" aku menoleh ke belakang. Wajahnya tersenyum.

Tanpa membalas katanya aku melangkah turun ke bawah. Aku rasa kekok. Dari semalam dia ada di dalam bilik aku. Semuanya buat aku rasa rimas. Nak di tegah perlakuan perihatinya tu wajahnya kelihatan ikhlas nak bantu aku. Tapi aku rasa pelik dan macam tak masuk akal. Segala tutur katanya buat aku rasa aku ni bukan macam aku. Susah aku nak terima semua ini dalam sekelip mata.

"Anak mama.. Mari makan sayang. " aku tersenyum pada mama. Aku duduk di tempat biasa dimana ku selalu duduk.

" abang nak lauk apa? Biar saya ambilkan."

"Aku boleh ambil sendiri" senyumannya mati terus. Lantaklah!

"Aisy...." Papa memanggilku.

"Aisy boleh ambil sendiri. Yang masih lemah tangan kiri bukan tangan kanan Aisy." Aku menjawab.

"Kenapa kasar sangat dengan isteri kamu Aisy" mama pula bersuara. Terpamer wajah mama yang kurang senang. Aku mengeluh.

"Ma.. Tolonglah. Saya tak tahu sejauh mana kebenaran dia ni isteri saya. Semuanya keliru. Saya rasa tak masuk akal ma. Saya kemalangan tetiba dah jadi tahun 2015 ,saya pula berumur 37 tahun dan sekarang saya ada isteri pula! Macam mana saya boleh khawin dengan perempuan macam ni. Merimaskan betul!!"

"Aisy!!!! Bukan kamu kemalangan 5 tahun lepas pun. Kamu kemalangan tahun ini. Susah sangat ke kamu nak terima hakikat Farah ini isteri kamu!?" Papa bersuara.

"Pa.. Semua buat,Aisy keliru. Aisy tak boleh terima semua ini. Aisy tak boleh!!!"

Belum sempat papa meneruskan katanya, Farah sudah berada di sisi papa dan memegang tangan papa.

"Papa, tak apa pa.Farah ok. Bagi masa pada abang Aisy. Farah faham sukar abang Aisy nak terima Farah. Abang dia tak ingat pa. Farah salah. Farah janji tak desak abang dan tak ganggu abang. Abang makan ya. Kita makan ya pa.. Ma... Kita makan." Entah kenapa kata-katanya yang lembut dan bergetar itu buat hatiku rasa resah pula. Tidak mahu memikirkan aku terus mengambil lauk yang terhidang. Perutku memang lapar. Aku tak peduli dengan mata-mata yang memandang aku .Baru aku nak masukkan nasi dalam mulut..

"Daddy jahat. Dulu daddy selalu dengki dengan Trisya kalau mummy manjakan Trisya. Kan Trisya dah cakap daddy dah jadi orang jahat , mummy tak percaya!. Mummy cakap daddy baik. Mummy tipu Trisyakan... Trisya benci daddy, Trisya benci semua orang. Daddy jahat!!!!" Aku tergamam dengan kepetahan Trisya. Ya aku lupa. Sekarang dia bukan berumur 5 tahun lagi tapi berumur 11 tahun. Dah cukup besar untuk berkata-kata.

FARAH IZAYUWhere stories live. Discover now