FARAH IZAYU-43-

4.7K 140 14
                                    

Aniq Aisy

Salamun An-Nisaa...

Tubuh kecil itu ku sambut dengan linangan air mata.Bibirku letakkan berhampiran telinga kanannya yang kecil dan kemerahan.. Wajahnya tenang...

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR,
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR.
ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH,
ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH.
ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH, ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH.
HAIYA 'ALAL-SALAH,
HAIYA 'ALAL-SALAH.
HAIYA 'ALAL-FALAH,
HAIYA 'ALAL-FALAH.
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.
LA-ILAHA ILLALLAH....

Aku tukarkan posisinya. Telinga kirinya pula aku rapatkan ke bibir..

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR
.ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH.
ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH.
HAIYA 'ALAS-SALAH.
HAIYA 'ALAL-FALAH.
QADQAMATIS-SALAH,
QADQAMATIS SALAH.
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.
LA-ILAHA ILLALLAH

Air mataku mengalir. Ya Allah indahnya ciptaanmu. Aku mengucup dahinya sebelum aku kembali membaca surah pendek dengan nada berbisik.

Wajahnya persis si ibu. Hidungnya, bibirnya, sama dan sangat sama dengan si ibu.

Air mata mengalir deras saat tangisannya kedengaran di sebalik pintu tadi . Tiada apa yang mampu aku ucapakan selain syukur pada Allah.

Farah bagaimana!?

****

Ku kucup untuk sekelian kali pipi kiri dan kanannya. Ku usap perlahan kepalanya. Lembut. Kata orang, bau bayi adalah bau syurga. Mania wangiannya . Aku menyentuh hidungnya dan sentuh bibir kecilnya pula. Jarinya yang kecil dan halus ku kucup. Tak puas rasanya menatap si dia. Tersenyum aku melihat dia yang mengeliat.

Ya Allah... Aku bersyukur diatas rezeki yang kau berikan. Kau berikanku satu nyawa baru dan insyallah akanku jaga amanahmu ya Allah. Kau lindungilah dia dari fitnah dan hasutan di dunia ini.

Sayang....dia persis sayang....

*************

"Trisya nak dukung..!!" Jerit Trisya di sisi aku.

"Shhhh.. Trisya jangan menjerit, nanti baby menangis." Tegur mama.

Ya didalam bilik ini kedua keluarga kami sudah hadir berkumpul. Berebut-rebut semua nak dukung si puteri ini.

"Daddy Trisya nak.." Trisya masih merengek.

Aku tersenyum.

"Trisya duduk, daddy letakkan atas pangkuan Trisya"

"Yehaaa!!!!"

*********

"Assalammualaikum puteri syurgaku" aku bisikkan ke telinga puteriku. Hari ini hari ke tujuh si kecil berada di muka bumi Allah. Apabila jatuh hari ketujuh kebiasaanya diadakan majlis mencukur rambut, aqiqah dan tahnik serta menamakan si kecil ini.

Hendak di larang, mama yang mahukan.
Majlis yang mewah ini di sediakan sepenuhnya oleh mama. Entah bila dia merancang dan menjemput para tetamu. Ikutkan aku mahu lakukan seadanya sekadar yang wajib dan sunnah tapi mama yang ingin adakan majlis besar-besaran begini kerana majlis kesyukuran akan di adakan pada hari ini juga. Nak tak nak aku terimalah pemberian mama kepada Puteri sulungku ini.

Anara Farah Hanania binti Aniq Aisy.

"Assalammualaikum puteriku." suara Farah berbisik. Kucupan di hadiahkan.Si kecil yang dalam pelukkannya seolah mengetahui si ibunya memberi salam, sedikit mengeliat. Aku dan Farah tersenyum dan air mata Farah mengalir. Aku membawa Farah dalam pelukan.

Rata-rata memuji kecomelannya. Kepala yang sudah botak di cukur bertambah lagi kecomelannya.Ya Anara secomel ibunya. Semoga Anara mewarisi keperibadian Farah yang menyenangkan.

Alhamdullah majlis hari ini yang bertemakan suasana kampung telah berjalan dengan baik dan sempurna bagi kami berdua. Syukur Alhamdulillah.

*****************

"Trisya mandi dulu sayang."

"Tak nak! Trisya nak tunggu Anara bangun."

"Trisya..Anara tu lambat lagi bangun. Trisya mandi dulu ya." Suara kak Leha masih memujuk. Aku mengeleng kepala.

"Trisya bangun ikut cik Leha tu. Mandi dulu."

"Trisya nak tunggu Anara bangunlah daddy."

"Anara tu baby lagi. Dia memang tidur je. Bagun. Daddy tak suka Trisya tak dengar cakap daddy."

"Bagun mandi sayang. Lepas mandi Trisya teman mummy jaga Anara ya" Farah pula bersuara. Tanpa bantahan Trisya bangkit dan terus mengikut kak Leha turun ke bilik untuk mandi.

"Kalau sayang yang suruh, senang je. Tak banyak bunyi" Farah ketawa dengan omelanku. Aku mencium dahinya.

Farah masih dalam tempoh berpantang. Teringat aku hari di mana Farah bertarung untuk melahirkan bayi. Proses bersalinnya terkandas akibat rahimnya masih sukar terbuka sepenuhnya walaupun telah diberikan oksitosik. Risau akan masalah timbul pada bayi pula, Doktor menyarankan pembedahan di lakukan.

Syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik. Masa itu, punyalah aku takut dan gementar. Aku tak boleh berfikir tenang. Kepalaku selirat dengan kata-kata Farah ketika kami bergaduh besar. Sehingga apa yang di perkatakan oleh jururawat masa tu satu pun tak masuk dalam fikiranku. Lain yang di tuturkan. Lain yang aku dengar.

Suara si kecil yang menangis menghentikan lamunan aku. Aku bangkit dan terus mendapatkannya. Anara di bawa dalam pelukkan ku.aLapar mungkin.

Setelah minum susu, Anara kembali tidur. Nyenyak tidurnya.Alhamdullilah.

Aku dan Farah tersenyum.

P/s:- terima kasih sudi baca.

Sorry part ni sgt pendek. Nak tulis detail rasa macam sebak. Saya seorang isteri tapi bukan seorang ibu. Jadi faham jelah nak tulis detail tkt air mata je lebih keluar nanti..hehehehehe

Nanti part lain saya pnjngkn ok!

FARAH IZAYUWhere stories live. Discover now