FARAH IZAYU-34-

5.4K 143 1
                                    

Aniq Aisy.

Alhamdullah segala persiapan seperti yang aku inginkan hampir menjadi kenyataan. Majlis resepsi di adakan di hotel milik keluarga aku. Farah langsung tidak tahu hal ini. Dia cuma fikir aku raihkan resepsi di sebelah aku ni bersama staf dan keluarga sahaja. Tidak! Kad jemputan 2000 keping telah aku edarkan. Staf di semua cawangan syarikat aku sudah jemput. Dua hari majlis diadakan. Untuk hari sabtu, majlis diraihkan bersama staf dan jemputan anak yatim. Manakala hari ahad bersama dengan saudara mara, tetamu vvip serta rakan niaga papa dan mama.

Aku memberitahu Farah hari ini ada sesi photoshoot outdoor. Pada mulanya dia tak mahu tapi bila aku cakap tempahan telah dibuat dengan photografer barulah Farah mengalah.

"Saya malulah abang."

"Nak malu apanya. Gambar untuk kita berdua. Kenangan untuk kita Farah."

"Saya malu nak beraksi depat kamera. Ala..abang tak payahlah."

"Ala..nak la..."aku menyebut seperti nadanya.

" ish..ikut kita pula" Farah dah muncung.

"Sayang, janganlah muncung macam tu. Abang tak tahan tengok. Dekat sini juga abang cium bibir tu nanti."

"Tak malulah abang ni. Nampak semua orang dalam rumah ni nanti baru tahu!"

"Apa abang kisah, pengantin baru kot."

"Abang...."

"Sayang..."

"Abang!!!"

"Sayang!!"

"Tak nak kawan abanglah!"

"Abang pun tak suruh sayang kawan dengan abang. Abang suruh sayang jadi suri hati abang yang sentiasa bersama disisi abang ketika susah mahupun senang. Abang nak sayang yang menjadi ibu kepada anak-anak abang." Terus aku memeluk isteriku. Hampir seminggu aku bersamanya, tak boleh nak bergurau sikit, kuat merajuk betul dia ni. Tapi aku suka. Boleh selalu aku beri 'ubat' padanya.

"Sayang abang tak?"

"Farah...."

"Yelah..yelah... Tapi janji jangan marah Farah kalau Farah kaku depan kamera.."

"Di jamin sayang abang tak kaku. Abangkan ada."

"Yelah tu."

Farah menjeling kearah aku. Aku ketawa melihat aksi dia. Marah la kononnya tu. Bukan susah pun nak dia bersetuju. Mulut je cakap tak tapi mesti boleh punya.

*******

Seawal pagi aku dan Farah dah tiba di hotel. Untuk hari ini majlis akan di mulakan waktu tengahari.

"Ambil gambar dekat sini ya bang." Soal Farah sebaik kami masuk di perkarangan Hotel.
Aku tak menjawab. Sekadar senyum membalas kata-katanya. Aku membawa Farah ke bilik hotel yang di khaskan untuk kami bersiap.

"Wah...cantiknya bilik ni abang. " Aku sekadar senyum dan terus memeluk isteriku.

"Cantik lagi isteri abang" pipinya aku cium.

"Abang nikan.!"

"Apa. Bukan salah pun abang cium isteri sendiri."

"Mengada"omel Farah. Aku tergelak kecil.Belum sempat aku membalas, loceng bilikku berbunyi.

"Siapa?"

"Kejap abang buka"

Wajah-wajah yang bertanggjawab tatarias Farah dan photografer kelihatan sebaik aku membuka pintu. Awal-awal aku dah pesan mereka yang Farah tidak mengetahui hari ini ada majlis persandingan. Sekadar fikir untuk photoshoot sahaja.

FARAH IZAYUWhere stories live. Discover now