.FARAH IZAYU -30-

4.5K 165 5
                                    

Aniq Aisy

Syukur Alhamdulillah. Itu yang mampu aku ucapkan. Saat Farah setuju, aku tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan aku punya gembira.

Mamalah orang paling gembira bila aku sampaikan yang Farah terima lamaran aku.
Lamaran tidak rasmi.

"Mama tak payah tunanglah ya. Nikah aje terus"

"Amboi anak mama teruja sangat kamu"

"Mama pun terujakan kn.."

"Yehaaaa Trisya nak dapat mama. Yehaaa aunty Farah jadi mama Trisya..."

Ketawa kami melihat aksi Trisya...

"Papa.. Aunty Farah baikkan. Dia tak garang macam aunty Fyza kan papa.."

Aku dan mama berpandangan. Aku menghampiri Trisya lalu mendukungnya.

"Tak sayang. Aunty Farah baik. Tapi kalau Trisya nakal papa suruh je aunty Farah marah Trisya. Faham!"

Trisya mengangguk dan terus memeluk aku.
Aku yakin Farah seorang penyayang. Melihat cara dia melayan Fify pun aku dah tahu dia seorang penyayang. Lagipun Farah seorang gadis yang lemah lembut.

Dua minggu lagi mama dan papa akan ke kampung Farah untuk merisik Farah.

Insyallah semuanya baik....

*****

Lima bulan tempoh persediaan perkahwinan kami dari tarikh merisik. Segala persediaan dilakukan aku dan mama untuk majlis di sini. Dngan bantuan wedding planer yang kami upah, insyallah aku akan jadikan majlis ini tidak akan dilupakan Farah. Aku mahu yang terbaik untuknya.

Hari ini majlis pernikahan kami. Majlis diadakan di rumah Farah. Aku dan keluarga sehari awal datang di sini. Kami menyewa hotel di bandar. Lebih kurang 20 minit ke rumah Farah.

Hari yang dinantikan telah tiba. Hari ini selepas solat asar aku dan Farah akan dinikahkan di kediamannya. Aku mengenakan Sepasng baju Melayu berwarna putih. Teringat aku hal tempoh hari sewaktu mahu menempah pakaian untuk majlis nikah.

"Ish encik, tak payahlah sampai tempah kat butik ni. Mahal kot. Takut saya nak bayar. Tak cukup nanti. " Farah tertoleh kiri kanan memandang sekeliling butik. Wajahnya nampak kerisauan. Aku mengeleng kepala.

"Farah aku tak suruh kau bayar. Aku bayar."

"Ish baju saya biar saya bayar." Farah yang berlalu terus ke baju yang tergantung. Dia mebelek-belek dan...

"Encik......!!!! " aku menghampirinya.

"Encik tengok ni. Rm 2000 untuk baju ni. Mana saya mampu... Jomlah cari kedai biasa. Saya beli kain dan suruh tukang jahit ,jahitkan baju saya" Dia ni mula buat aku geram.

"Farah , kau boleh berhenti risau. Aku bayar."

"Apa ni encik. Saya pun nak merasa keluar duit untuk buat baju pada hari bersejarah saya." Farah dah muncung.

"Boleh tak kau dengar cakap bakal suami kau ni. Tolonglah Farah jangan bangkit soal sapa bayar. Aku bakal suami kau. "

"Tapi..." Aku meletakkan jari aku di bibirnya menyebabkan dia tergamam.

"Farah please.... Izinkan aku yang keluarkan perbelanjaan kita. Aku tahu ka tak selesa tapi anggaplah ini hadiah dari aku untuk kau. Aku bukan kisah baju kat mana nak beli. Tapi ini niat aku. Aku tak nak kau fikir semua tu. Tak pun macam ni. Kau tempahkan baju melayu untuk aku dan baju untuk kau. Kita boleh pakai sedondon untuk hari-hari kita akan melawat sanak saudara nantinBoleh?"

Farah terkebil-kebil dan akhirnya tersenyum.

"Ok boleh. Janji encik akan pakai baju saya beli dan tempah."

"Ya aku janji. Isteri aku sediakan. Gila aku tak nak pakai." Farah senyum.

"Tapi encik.."

"Apa Farah.."

"Simple-simple ya. Saya ni tak suka sarat macam ni. Saya suka macam sana tu simple je. Boleh tak?" Aku menoleh kearah baju yang di tunjukkan. Ya aku pun suka simple. Farah tak perlukan pakaiaan yang terlalu berselirat. Aku mengangguk.

Designer yang lewat hadir akhirnya muncul. Berkali-kali mohon maaf kepada kami dan tak putus-putus puji kecantikkan Farah.

"Waaa daddy... hendsomenya." Suara Trisya menghentikan lamunan aku hal tempoh lalu.
Aku tersenyum ke arah Trisya.

"Siap dah kamu Aisy." Soal mama pula.

Aku sekadar mengangguk.

"Ok jom gerak." Papa bersuara.

"Relax bro..Tarik nafas kau dalam-dalam. Insyallah semuanya akan baik. Tak sngka sahabat aku nak jadi suami orang dah" Rayqal bersuara. Rayqal kawan baik aku. Aku lantik dia jai pengapit ku untuk hari bahagia aku.

"Gila tak berdebar wei. Nak goncang tangan tok kadi ni"

"Hahahah , ala.. Kau tengok muka isteri kau nanti hilang terus berdebar tu. Nak cepat je goncang tangan tok kadi tu.".

"Dah-dah semua cepat turun ke kereta".

*******

Tepat jam 530 petang aku tiba di kediaman Farah. Ramai juga tetamu. Terdapat dua khemah dipasang di halaman rumah. Rumah Farah tiada majlis persandingan. Hanya majlis pernikahan dan terus jamuaan.

"Encik, maaf saya buat majlis nikah je di rumah kami. Majlis persandingan tak buat. Harap encik Faham" Farah menunduk.

"Farah aku tak kisah. Kau jangan risau. Yang wajib je dah memadai."

"Saya malu. Tapi percayalah saya memang tak dapat nak adakan majlis untuk sambut en.."

"Farah tolong jangan macam ni. Kau tahukan aku tak kisah semua itu. Kau sudi jadi isteri aku sudah memadai"

Aku terus berjalan masuk bersama ahli keluarga ku. Wakil saudara mara kedua belah mama dan papa mengiringi aku hari ini. Majlis nikah ini Aku duduk di tempat di sediakan di hadapan tok kadi yang sudah tersedia menunggu ke datangan kami.. Dada aku benar-benar berdetak kencang.

Apabila di minta pengantin wanita keluar, aku menoleh ke arah Farah. Sungguh aku terpesona melihat wajahnya ketika ini. Terlalu cantik sehingga aku rasa tak mampu untuk aku menoleh ke tempat lain. Terlalu cantik.

Apabila nama aku di seru.. Tok kadi memulakan bicaranya. Soal jawab berlaku dan sedikit pesanan untuk bakal pengantin.

Saat yang cukup mendebarkan. Saat status akan bertukar. Saat untuk aku mengambil tanggungjawab baru. Tangan tok kadi di hulurkan dan aku menyambut dengan lafaz bismillah...

"Aku terima nikahnya Farah Izayu binti Idlan dengan mas khawin Rm 10 000.00 tunai."

"Sah.."

"Sah.."

Alhamdulillah.. Aku dah sah menjadi suaminya. Selepas doa di baca, aku minta diri untuk menunaikan solat sesudah nikah dan sujud syukur. Aku bersyukur Allah memberi kesempatan ini dan menjodohkan dengan seorang wanita yang aku rasa terlalu sempurna yang aku temui.

Selesai solat upacara membatalkan air sembahyang. Aku menghampiri mama dan papa terlebih dahulu. Mnyalami dan memcium mereka. Mama mengalirkan air mata kegembiraan. Mama membawa aku kepada Farah. Aku menyalami mak cik Mas yang kini sudah menjadi ibu mertuaku.

Kini aku beralih pandangan kepada Farah. Wajahnya yang menunduk membuatkan aku terasa mahu sahaja terus raihnya ke dalam pelukkan aku. Rantai leher dihulurkan mama untuk aku sarungkan ke lehernya. Tangan aku diraih dan di kucup lembut Farah setelah selesai aku meyarungkan rantai leher itu. Dagunya aku tolak sedikit ke atas. Mata kami bertemu dah untuk pertama kali bibir aku mengucup dahinya...

"Terima kasih Farah, sudi menjadi isteri abang" aku ucapkan saat mata kami bertemu.

"Terima kasih kerana menerima saya menjadi isteri...... A.. Abang..."

P/s:- terima kasih sudi baca.

FARAH IZAYUWhere stories live. Discover now