FARAH IZAYU-44-

4.5K 126 6
                                    

Farah Izayu.

Tersenyum aku melihat si kecil yang tidur. Alhamdullilah, Anara tidak banyak ragam. Aku baru dua bulan lebih habis berpantang. Seronoknya jadi ibu.  Tak sangka aku dan Aisy di kurniakan zuriat secomel ini. Alhamdulillah. Moga Anara menjadi anak yang solehah dan hamba yang taat di dunia dan Akhirat.

Pintu di buka dari luar. Aku menoleh ke arah tubuh kesayanganku. Aku tersenyum dan dia membalasnya. Langkahnya menuju ke arah kami. Kucupan kasih di hadiahkan kepada dahiku dan pipi Anara yang berada diatas pangkuanku.

"Abang mandi jup" aku sekadar mengangguk.

Setengah jam kemudian...

Anara diangkat dari pangkuanku dan dikendungnya. Anara berbunyi sedikit tatkala tidurnya di ganggu.

"Sayang pergi mandi. Abang jaga Anara."  Aku mengangguk dan  tanpa menuggu lagi, aku terus bangkit dan melangkah ke kamar mandi.

Dua puluh minit membersihkan diri, aku keluar dari bilik mandi. Keluar sahaja aku berasa pelik melihat suamiku sedang  mengenakan baju kemeja. Ada majlis ke malam ni?  Tak bagitahu aku pun. Yalah kebiasaannya Aisy akan bagitahu awal-awal kalau ada kemana-mana malam hari.
Lagi aku pelik melihat Anara tiada atas katilnya.
Seperti mengetahui, Aisy bersuara.

"Anara abang bagi pada mama di bawah."

"Eh kenapa pula?"

Tidak menjawab soalan aku tetapi sepasang jubah yang tergantung cantik dalam garment beg di hulurkan kepada aku. Eh!?

"Pakai baju dan bersiap." Arah suamiku.

"Nak pergi mana pula malam ni?"

"Ikut abang."

"Yalah tapi pergi mana?"

Dia tidak jawab. Pelik.

"Abang pergi ambil Anara, saya siapkan. Nanti lambat pula." Aku tahu kalau dia tak menjawab pertanyaan aku bermakna tak perlu tanya dua tiga kali. Suamiku tetap akan diam.

"Anara tinggal rumah."

"Kenapa pula. Abang ni nak pergi mana?. Kenapa tinggal Anara?"

"Sayang, abang cakap siap dan ikut abang, ikutlah. Kenapa banyak tanya ni!" Terkejut aku dengan suara tegas Aisy. Terasa hati di tengking begitu. Nak mengalir air mata ini tapi aku tahankan. Tetiba berangin pula,kenapa?

Nak tak nak aku ikut juga katanya. Walaupun  hati aku sebal dan risau Anara yang tak pernah di tinggalkan. Aku bersiap juga dan mengikut Aisy keluar.

Aku diam seribu bahasa sepanjang di dalam bilik ketika siap. Apa salah aku sehingga begini dingin Aisy. Sedangkan tadi elok sahaja di masuk bilik dan mengucup dahi aku. Tak pernah dia setegas ini. Sayu hatiku . Turun sahaja bawah , tiada siapa di ruang tamu. Kemana semua orang pergi?.

Aisy menarik tangan aku tanpa bersuara untuk keluar rumah. Aku menoleh ke dalam rumah. Mana semua pergi? Anara bagaimana?

Kereta Aisy berhenti di hadapan aku. Aku masuk juga ke dalam perut kereta walaupun hati masih tertanya-tanya. Kereta terus meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah papa ni.

"Abang, nak pergi mana?"

Aisy tidak menjawab soalan aku malah masih memfokus  meneruskan pemanduaanya.
Ya Allah. Kenapa suami aku diam dan serius wajahnya.
Kenapa tetiba dingin dengan aku?
Dia ada masalah atau aku tersilap apa-apa?
Tapi tadi dia masuk bilik cium dahiku dan mandi. Keluar bilik mandi ok je. Tapi kenapa ni!
Nak di tanya aku dah kecut pwrut melihat wajahnya.
Ya Allah..kenapa suamiku tetiba dingin....

FARAH IZAYUWhere stories live. Discover now