39. Ilusi

22 1 0
                                    

Merasakan cahaya matahari yang terik masuk menyinari halaman rumah, Fahrie menggeliat sedikit. Bila dia membuka mata, cahaya terus masuk menerjah.

Automatik tangannya bergerak balas menutup mata sendiri. Fahrie menggeliat lagi sebelum bangun daripada sofa.

Sungguh puas tidurnya semalam.

"Abang, dah bangun?"

Fahrie menoleh. Itu Suraya.

Fahrie tersenyum. "Mama.. dah balik?"

Suraya angguk. "Pergi mandi dan bersiap untuk ke hospital."

"Ho.. hospital? Untuk apa?"

Suraya geleng. "Apalah kamu ni, tidur saja buat kamu dah tak ingat. Nak tengok adik lah, apa lagi? Dia kan kat hospital sekarang."

Fahrie segera berdiri, bangun daripada duduknya tadi. Dia mengusap wajah kasar. "A.. adik dah sedar?"

"Belum.." Suraya berujar lembut. "Tak apalah, kamu tengokkan. Papa dan mama balik sekejap tadi. Nanti kita pergi sama-sama ya?"

Fahrie hanya angguk. "A.. abang mandi dulu lah."

Suraya angguk setuju. Fahrie pantas berlari menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Dia tidak pernah menyangka bahawa dia akan tertidur. Nyenyak pula tu!

Tapi, dia masih kenal siapa Aariz. Dia masih tahu wajah Aariz bagaimana, suara lelaki itu.. semuanya dia masih ingat.

Fahrie mencapai tuala yang tergantung di belakang pintu. Dia melangkah perlahan ke bilik air. Masih mamai.

"Aariz.."

Itu nama pertama yang berlegar di fikirannya pagi ini, sebelum Suraya menyebut nama Elfira.

Fahrie tersenyum apabila melihat pantulannya di cermin bilik air. Bermakna.. Aariz hanya bergurau tentang hilang ingatan itu.

Kerana buktinya, Fahrie masih ingat.

Padahal Aariz mengatakan bahawa nama dia tidak akan pernah disebut atau didengar oleh semua orang.

Oleh itu, Fahrie berucap syukur di dalam hati.

Bab 39: Ilusi

Fahrie hanya berdiam diri di koridor hospital. Sudah hampir setengah jam dia berdiri di situ. Dia termenung sendirian. Wajah Aariz masih segar di fikirannya, sungguh jelas.

"Abang,"

Fahrie berpaling.

"Kenapa abang duduk di sini?" Soal Syiraz seraya berdiri di sisi Fahrie. Dia juga menongkatkan siku pada koridor.

Fahrie geleng. "Tak adalah, saja. Tak tahu nak buat apa. Bosan."

Syiraz ketawa kecil. "Bosan, ya?"

Fahrie menatap sisi wajah lelaki yang muda dua tahun daripadanya itu. Ini kali pertama Syiraz ketawa selepas apa yang berlaku. Fahrie kira Syiraz dan Zayn bakal menyelam dalam kesedihan.

"Nak tanya,"

"Hem? Tanya aje lah." Ujar Syiraz. Dia menunggu pertanyaan itu.

"Aariz tinggal di mana dulu?"

Syiraz menoleh. Dia terdiam.

"Selepas dia berpisah dengan kakak dia, dia diambil oleh ibu kandung dia semula, kan?"

Fahrie tiba-tiba merasa bersalah bila Syiraz hanya bungkam. Tetapi raut wajah Syiraz ketika itu hanya selamba dan penuh keliru.

"Maaf, ini sensitif sedikit. Aku tak sepatutnya.."

Senja Terakhir [OG]Where stories live. Discover now