36. Kertas terakhir

19 1 0
                                    

Hari penyampaian keputusan slip peperiksaan percubaan.
(Bahagian 22)

"Papa datang tak untuk ambil result trial hari ini?"

Pagi itu, langit yang cerah itu dimulakan dengan muqaddimah yang sukar untuk Daud jawab.

Daud hanya menghiraukannya, makanan pagi disuapkan masuk ke dalam mulut.

Padahal di dalam fikirannya penuh dengan beban. Hari ini dia ada banyak perancangan termasuklah mesyuarat kerja, membayar bil elektrik dan air, membeli-belah dengan isteri, dan cari nafkah untuk bayarkan yuran tunggakan Fahrie. Semuanya kebanyakan tentang duit.

Dan, bank.

"Papa dan Mama perlu datang, tau." Elfira memiringkan kepala dan mengukir senyum semanis gula.

Daud merasakan terlalu padat jadualnya hari ini. Kemungkinan besar dia akan pulang hampir larut malam.

"Papa sibuk,"

Sehingga dua patah perkataan itu saja yang dia dapat tuturkan, padahal dia tidak berniat.

Padahal.. dia ingin pergi.

Elfira mengangguk faham. "Okey."

Daud mengeluh dalam diam. Dia cuba mencari waktu yang kosong untuk bergegas mengambil slip keputusan anaknya, tetapi.. tidak ada.

Dia dapat rasakan sorotan mata Suraya yang menajam itu.

Hanya wanita itu yang memahami keadaannya selama ini, kerana dia tidak merahsiakan perkara sekecil apa pun, termasuklah kesusahannya untuk mencari nafkah buat keluarga.

Tetapi ikutkan hati, dia ingin saja membatalkan semua perancangan hari ini semata-mata untuk ke sekolah Elfira.

Tetapi mendengar bahawa Fahrie ingin mewakilkan dia, mampu membuat niatnya terbantut. Mulut yang ingin dibuka tiba-tiba ditutup kembali.

Mungkin lebih baik, anak-anak tidak tahu kesusahannya.

Bab 36: Kertas terakhir

Selang dua hari selepas solat hajat perdana, maka bermulalah peperiksaan yang sebenar. Menurut semua murid di Sekolah Kluster Ternama, peperiksaan itu lah yang menentukan masa depan masing-masing. Ujian lisan sudah lunas dijawab. Kini, ujian bertulis pula.

Sehubungan itu, ujian bertulis pun akan tamat pada hari ini. Maka, zaman sekolah mereka juga akan tamat.

Sebahagian ada yang sanggup mengamalkan rutin belajar yang tidak sihat.

Padahal rutin tidak sihat itu memberi dampak yang amat besar kepada diri sendiri.

Salah satunya ialah Elfira Amelia. Dia bertekad untuk mencapai apa yang dia mahu kali ini.

Dia hanya sempat tidur 4 jam selama sebulan ini kerana menumpukan sepenuhnya fokus kepada belajar.

Jika ditegur oleh Dahlia, dia pasti ada saja paket jawapan.

"Bukan selalu,"

Dan Dahlia hanya mampu menepuk dahi. Elfira kali ini memang degil.

"Nanti stres!"

"Tak pun,"

Lihat, masih saja ada jawapan!

"Aku percayakan diriku," jawabnya lagi. "Allah juga ada."

Dahlia menggeleng. "Rutin belajar yang tak sihat!"

"At least aku tahu yang aku usaha,"

"Dengan tidurnya yang tak sampai 6 jam? Makan tak teratur?"

Senja Terakhir [OG]Where stories live. Discover now