22. Bahagia yang sementara

21 3 0
                                    

"Papa datang tak untuk ambil result trial hari ini?"

Pagi itu, langit seakan cerah mewarnai kehidupan seorang gadis yang bernama Elfira Amelia. Padahal masih belum mencapai waktu Dhuha, tetapi entahlah.. semuanya terasa nikmat berbanding sebelum ini.

Mungkin kerana mereka sekeluarga makan pagi bersama-sama di satu meja makan sebelum Elfira berangkat ke sekolah.

Salah satu suasana yang langka.

"Papa dan Mama perlu datang, tau." Elfira memiringkan kepala dan mengukir senyum semanis gula.

Suatu hal yang pasti, senyuman manisnya kian membangkitkan lagi sinaran wajahnya pada sudut pandang seorang jejaka, Fahrie Fayyad.

Jejaka itu menahan senyum, mata naik melirik reaksi ibu bapanya.

"Papa sibuk,"

Fahrie dapat merasakan perasaan kecewa kian membaluti sosok gadis itu.

Tetapi Elfira memilih untuk menyembunyikannya, dia mengangguk faham. "Okey."

Dia masih ingat saat gadis itu menyatakan betapa terujanya dia menunggu result itu, betapa bangganya dia dengan diri sendiri, bahkan saat Elfira mengusap diri sendiri.

Sebulan sudah berlalu selepas hari Elfira menyatakan rasa bahagia kerana dapat menjawab semua soalan. Semuanya terjadi sekelip mata.

Fahrie mengamati cara Elfira menyembunyikan perasaannya yang sebenar.

Gadis kecil itu hanya menyantap makanan yang ada, memilih untuk bungkam.

"Aku pergi."

Tiga pasang mata kini memandang dia.

Fahrie mengangkat kening. "Abang boleh pergi kan, Pa.. Ma?"

Mama mengangguk setuju. "Boleh, wakilkan Mama dan Papa, ya."

"Tak apalah. Cikgu tak suruh pun datang ambil."

Tetapi Elfira seakan tidak ingin Fahrie pergi.

"Jadi, kenapa suruh Papa dan Mama datang?"

Elfira menatap bapanya, dia bungkam sejenak sebelum membuka mulut.

"Sebab adik yakin kali ini, ibu bapa adik akan bangga dengan adik."

"Wah, adik boleh jawab semua soalan ya?" Mama menepuk tangan sekilas. Elfira ketawa kecil.

"Ya, Ma. Tapi kalau tak boleh datang, tak apalah. Adik faham. Adik taknak–"

"Abang datang."

Elfira menatap jejaka yang berada di kerusi hadapannya dengan keliru.

"Abang cakap, abang datang." Fahrie mengulangi ayatnya.

"Tak perlu." Elfira masih berkeras.

Papa dan Mama melirik satu sama lain sebelum kembali menumpukan perhatian kepada kedua-dua anak mereka.

"Sejak bila, hm?"

Fahrie dan Elfira memutuskan pandangan mereka apabila suara ayah mereka muncul.

"Sejak bila apa, Pa?" Soal Fahrie.

"Sejak bila kamu berdua akur dengan satu sama lain? Mama dah lama perhati, lepas saja abang balik, hubungan kamu berdua sangat akrab." Jelas Mama.

"Akrab?" Elfira melirik Fahrie sekilas. "Tak, kut. Mama salah pandang."

"Hei, kau nak cakap aku ni apa?" Fahrie menuding jari.

Elfira memasang riak wajah mengejek.

Fahrie mengepal penumbuk, menahan geram.

Senja Terakhir [OG]Where stories live. Discover now