2. Tak Terungkap

59 5 0
                                    

"I hate this kind of feeling..," Zayn mengeluh.

Seisi kota yang gelap diterangi dengan bantuan cahaya. Zayn berada di koridor rumahnya.

"Patutlah..,"

Zayn ketawa kecil. Satu hal yang pasti, dia benci semua perkara, dia benci dirinya sendiri.

Wajah Aariz dan Syiraz tiba-tiba muncul di benak fikirannya. Tangannya menggepal kuat.

"Patutlah Aariz suka bersendirian. Senyaman itu." Keluhnya.

Dia dapat rasakan angin malam datang menyapa kulit wajahnya, rambutnya. Dia dapat rasakan kenyamanan hanya dengan bersendirian.

Jauh daripada kata-kata orang lain, jauh daripada segalanya. Hatinya juga turut terjaga, tak ada rasa marah, tak ada rasa kecewa. Tak ada perasaan.

Hanya diri sendiri.

"Tapi.."

Dalam beberapa detik, dia sedar apa yang dirasakan oleh mendiang sahabatnya.

Angin datang menyapanya, menaikkan segala bulu romanya. Dia terasa.. sejuk.

Tangannya menggeletar. Jari jemarinya disatukan agar efek itu berkurang. Zayn gusar, Zayn gelisah. Dia memandang ke bawah, dan menyedari.. betapa tingginya bangunan yang ia duduki.

Kala itu, pelbagai bisikan datang mencemuh.

"Buruknya aku."

"Malangnya nasib aku.."

"Semua orang bahagia tak dengan aku?"

Tapi di antara semua itu, ada satu bisikan yang paling berbahaya datang menyapa.

"Lompat."

Mungkin, bersendirian itu memang baik, tapi untuk sementara saja. Manusia memerlukan bahu untuk bersandar. Mereka memerlukan Allah.

"Aariz.. ini ke yang kau rasa?" Matanya mula berkaca, hatinya bagai dihentak berkali-kali.

"Saat bersendirian, kau rasa diri kau tak baik untuk orang lain. Kau fikirkan pengakhiran hidup.."

Zayn berusaha menetralkan nafas. Apa yang dikatakannya ialah apa yang dia rasakan saat ini. Dia bersendirian, dan segala fikiran buruk datang menghasut.

"Ini ke yang kau rasa, Riz?"

Tetap, dan selamanya, Zayn akan tetap mengajukan pertanyaan itu kepada sahabat yang pernah dia sayangi, sehingga sekarang.

Dia juga tahu, dia tak akan pernah mendapat jawapan untuk pertanyaannya.

Mana mungkin seseorang yang sudah berada jauh di lubuk tanah muncul tiba-tiba?

Zayn tak dapat menahannya lagi. Tubuhnya benar-benar dibasahi dengan peluh dingin, dan tak berhenti menggeletar.

Tak ada cara untuk memberhentikannya. Dia ingin menyebut nama seseorang yang setia bermain di benaknya, tapi kini, nama itu menjadi nama yang paling ia benci.

Bohong.

Dia yang berusaha membenci Syiraz. Entah ada hasil atau tidak.

"Ya Allah.. ya Allah.."

Zayn terduduk, kemudian menutup wajahnya dengan kedua-dua tapak tangannya yang menggeletar semakin kuat.

"Allah.." Rintihnya. Dia memukul berkali-kali dadanya yang seperti dihenyak.

Sakit. Dadanya sakit. Tak ada siapa pun di sini yang mampu menolongnya kerana dia bersendirian. Dia bersendirian di rumah ini.

Dan sakit itu.. semakin menikam.

Senja Terakhir [OG]Where stories live. Discover now