34. Erti bersyukur

25 1 0
                                    

Rafi memeluk erat kitab Allah tersebut. Salah satu mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW.

Al-Qur'an.

Si pemberi barang baru saja memberi naskhah indah itu, yang mana semakin membuat Rafi ingin mencari tahu.

Siapakah yang memberi barang kepadanya selama ini?

Apatah lagi barang-barang itu semuanya membawa dia kepada perubahan yang mendadak. Hanya dakwah melalui nota kecil.

Rafi membuka Al-Qur'an itu dengan perlahan. Dia mencari sesuatu.

Ya, nota kecil yang dikirim.

Rafi tersenyum saat nota itu muncul di halaman pertama lagi. Dia mengambil dan membacanya.

'Lupa. Ceritakan kepadaku hari-harimu di sini melalui buku nota kecil yang ku kirim. Dan, jadikan Qur'an ini sebagai cara untuk ayah melepaskan rindu kepada yang Maha Esa. Kerana sesungguhnya, aku merinduimu, Ayah.'

Rafi tertegun.

Ayah..

"Aku masih belum bersedia menjadi ayah!"

Ayah.. kalimat indah itu..

"Gugurkan."

..kini disandang olehnya.

Dia yang dulu ingin membunuh anak-anaknya, tiba-tiba kini merasa kosong. Dia yang hampir melupakan anak-anak itu, tetapi sedikit pun sang anak tidak melupakan sosok seorang ayah.

"Tapi.." Rafi bergumam.

"..Aariz sudah tak ada.."

Tika itu, Rafi mula merasa gelisah. Anak yang dia kenal hanyalah seorang anak lelaki. Atmosfera terasa memberi bahang yang sangat panas, jantungnya mula berdegup kencang.

"..siapa lagi anakku?"

Dia hanya tahu kewujudan Aariz sebagai anak kandung.

Tidak ada anak yang lain.

Bab 34: Erti bersyukur

Ryan menggigit bibir dari dalam sebelum memanggil sosok itu.

"Abang Rie,"

Fahrie menoleh.

"Elfira ada tak?"

"Tak ada lah, Haikal."

Ryan terkekeh mendengar nama keduanya. "Lama orang tak nampak dia kat sini. Pergi mana?"

"Risaukan cinta hati la tu!" Fahrie melatah sebelum ketawa terbahak-bahak.

"Elok-elok lah, bang." Ryan bercekak pinggang.

"Heh, kau nak tahu tak?" Fahrie mendekat ke tembok yang menghalangi rumah mereka berdua. Ryan mengangkat kening, turut mendekat.

"Elfira akan pergi dari sini."

"Kenapa? Ke mana?"

Fahrie ketawa kecil sebelum berhenti. Wajahnya tiba-tiba muram.

"Dia dah banyak lalui sesuatu, tapi sikit pun tak pernah mengeluh tentang Takdir. Mungkin sebab Takdir itu, dia wujud di sini. Kalau sesuatu itu tak terjadi, apa yang dia lalui sekarang juga tak akan terjadi."

Ryan ternganga.

"Apa benda abang ni?" Ryan menggaru pipinya. Tak faham! Tiba-tiba saja beritahu benda yang tidak bersesuaian dengan soalannya.

Senja Terakhir [OG]Where stories live. Discover now