28. Hancur

33 3 2
                                    

"Kau harus hancur.."

Suara garau itu terdengar nyaman, namun racun dalam diam.

"...untuk menjadi milikku."

Tika itu, bulu roma Elfira menegak. Dia terdiam seribu bahasa. Mata mereka masih bertemu.

"What the.." umpat Fahrie. "Zayn suka Elfira kah?" Soal Jannah di belakang.

Fahrie kaget. Dia segera menjarakkan diri. Terangguk-angguk dibuatnya meskipun dia tidak pasti.

"Itu bukan suka..." Fahrie memandang Zayn kembali. Lelaki itu masih tidak ingin memutuskan pandangan.

"Terus?" Soal Jannah.

"..itu obses." Fahrie berbisik keras, mengundang kekeliruan di mata Jannah.

"Suka bukan begitu, kak." Dia terus berbisik. "Suka akan memastikan orang yang disukai itu bahagia, bukannya sengsara."

Jannah terkesiap.

Dan kini, Elfira berundur. Dia menggeleng laju.

"Kau gilakah?"

"Yes!" Jerit Zayn. "Aku gilakan kau!"

Fahrie dan Jannah juga tergamam. Elfira kepal penumbuk.

"Kau tak dapat tengok kah? Aku stalk kau bermula dari media sosial sehingga kita bersemuka! Aku cari tuisyen malam yang kau masuk, dan aku paksa walid aku hantar aku ke situ! Aku selalu tengok kau dari jauh.. cari sesuatu agar dapat bercakap dengan kau, bertemu kau.. aku nak hanya aku yang ada dalam fikiran kau! Sebab itu aku buat pertarungan, sebab aku pasti.. kau akan selalu fikirkan aku.."

Dada Elfira berombak laju.

"..kau tak sedarkah seberapa cintanya aku kepada kau?" Soal Zayn, matanya menggelap. "Aku sembunyikan segala maklumat tentang keluarga kau supaya kau terus cari aku, bersama dengan aku! Sebab, nanti kau bertemu mereka dengan cepat, kau akan lupakan aku, Ra!"

Segala kebenaran itu, menyakitkan.

"Aku buat semua itu untuk bersama dengan kau." Ujar Zayn, nadanya turun seoktaf. "Kau harus terseksa untuk jadi milik aku!"

"Tak adil," Hanya itu yang keluar dari bibir Elfira, sesingkat itu, yang mampu membuat darah Zayn menggelegak.

"Kau tahu apa yang lebih tak adil?" Rahang Zayn tegang. "Aku lambat 10 tahun!"

Mereka semua mengernyit bingung.

"Walaupun selama 10 tahun itu aku tengok kau dari jauh, aku tetap terlambat.. aku tetap tak dapat kalahkan Ryan!" Teriaknya sekuat hati.

"Kerana bukan aku kawan yang mendengar semasa kau tewas, kerana bukan aku yang sentiasa boleh tengok senyuman kau dari jauh tanpa harus menunggu. Dan kerana.. Ryan sudah pegang hati kau selama 10 tahun, dan itu.."

Zayn menelan ludah, penumbuk dikepal erat. "..buat aku kalah."

Dia benci kerana dia pernah menjadi pengecut dulu, mengenali Elfira untuk 10 tahun lamanya tetapi baru munculkan diri, dia benci kerana dia harus menunggu masa yang tepat untuk menjadi pemberani.

Fahrie dan Jannah saling menukar pandangan. Zayn yang sekarang, sudah berubah 180°, seperti lelaki yang kalah dalam percintaan.

"Kerana apa? Kerana kau nak tipu perasaan kau selamanya? Kau takut kau akan kehilangan dia sebagai sahabat.." Suara Zayn mengendur. "..kenapa bukan dengan aku?"

Elfira menggeleng dan berundur setapak.

"Kau tak akan takut untuk hilang aku sebagai sahabat, sebab dari awal memang kita tak bersahabat! Aku memang suka kau dari mula lagi! Sebab itu aku buat semua ini, Ra!"

Senja Terakhir [OG]Where stories live. Discover now