24. Misteri

27 4 1
                                    

Selepas kejadian itu berlalu, Papa, atau nama yang disandangnya, Daud, tidak pernah mendengar lagi seruan daripada anak perempuannya.

Dan dia juga tidak berani menegur. Selama seminggu ini, terasa hidupnya sepi.

Selalunya, lepas kejadian seperti itu, Elfira lah yang datang memohon maaf berkali-kali dan berjanji kesilapan itu tidak akan berulang lagi.

Pagi itu, Elfira tidak mengucapkan selamat tinggal. Dia pergi tanpa pamit ke sekolah. Padahal setiap hari, gadis itu akan mengucapkan khabar.

"Memang hidup aku sesunyi inikah sebelum ini?" Daud berceloteh sendirian. Matanya mengamati Elfira yang berjalan sendirian ke sekolah dari koridor atas.

Anak perempuan itu akan menghindarkan diri tika mereka bertemu empat mata.

"Papa!"

Daud menoleh laju.

"Kenapa dengan awak ni? Saya panggil awak banyak kali. Memang kena panggil papa juga ke?" Suraya mencebik dan mengambil beg tangan yang ada di atas meja.

Daud bungkam.

Suraya bercekak pinggang. "Kenapa pula awak diam di situ? Kita kena pergi kerja! Lepas itu, kenapa pula awak duduk di situ pagi-pagi? Mimpi apa awak ni..."

Suraya menggantungkan sebiji kerongsang di bahunya untuk lebih mengemaskan tudung. Matanya masih menatap si suami.

"Awak okey tak ni?"

Daud berjalan masuk sebelum menutup sliding. Dia menghela nafas berat. Selalunya, dia tidak merasa seperti ini. Tetapi kali ini dia sedar satu perkara, Suraya tidak pernah membangkitkan isu dia memukul anak itu supaya tidak jadi pertengkaran.

Walaupun kejadian itu berlaku sangat teruk. Daud akui, dia seakan.. dikawal oleh kemarahan.

"Elfira tak tegur saya selama seminggu."

Suraya terpegun. Baru dia sedar akan hal itu. Ketika waktu makan malam pun, Elfira tidak turun. Malah, Fahrie yang menawarkan diri untuk membawa makanan ke bilik si adik.

Padahal waktu makan malam ialah satu-satunya masa untuk mereka bersatu sebagai keluarga.

Tetapi walaupun begitu, Elfira tidak pernah lupa untuk bersalaman dengan Suraya sebelum berangkat ke sekolah. Mungkin, hanya Daud...

"Awak ini kenapa?" Suraya menyelutuk. "Selama ini tak ada pun fikir budak itu layan ke tak, tegur ke tak. Yang awak fikir, hanya pencapaian dia."

Daud terasa bagaikan ada sesuatu yang menikam dadanya. Sesuatu yang tidak pernah dia rasakan.

Dia mengenggam erat tangannya di sisi tubuh. Fikirannya penuh dengan cara anak itu menangis, esakannya yang terdengar kuat buat kali pertama, tubuh yang gementar hebat, dan cara anak itu cuba untuk menyembunyikan wajah dengan tapak tangan.

Sungguh, dia tidak tenang seminggu ini.

Apalagi ayat-ayat anak lelakinya, Fahrie. Semuanya menusuk ke dalam kalbu.

"Sudahlah, jom berangkat." Daud memilih untuk mengabaikan segala fikiran buruknya.

Suraya menatap kepergian suaminya, dia tersenyum tipis.

Lelaki itu benar-benar ego.

Bab 24: Misteri

Hari ini hari pertama sekolah selepas seminggu bercuti, selepas hari dimana pelajar-pelajar menerima slip keputusan peperiksaan, selepas Elfira dimarahi, selepas Ryan menangis sejadi-jadinya, selepas Fahrie memohon agar adiknya tidak pergi, selepas Ayuni dibanggai, selepas Zayn merasa cemburu dan selepas Syiraz blushing membaca cebisan-cebisan kertas yang sudah terkoyak.

Senja Terakhir [OG]Where stories live. Discover now