37. Kuat

26 1 0
                                    

Rafi bangun daripada sujudnya yang begitu lama.

Entah mengapa, tetapi hatinya begitu ingin berdoa kepada sang pengirim barang. Oleh itu, di dalam sujudnya penuh dengan doa-doa agar si pengirim itu dipermudahkan urusan.

Masih segar di benak fikirannya tentang ucapan yang tertulis di kertas kecil itu.

'..kerana sesungguhnya aku merinduimu, ayah.'

Ayah..

Menurutnya, si pengirim itu ialah seorang anak yang mendambakan kasih sayang seorang ayah sehingga menganggap Rafi sebagai ayah.

Tetapi itu terlihat seperti tidak masuk akal.

Rafi terpenjara di sini, mana mungkin seseorang yang tidak mengenalinya tiba-tiba mencari dia?

Jubah putih yang dia pakai sekarang baru saja basuh dengan sabun semalam, itupun pegawai penjara yang suruh. Dia tidak pernah terfikir untuk membasuh.

Memandangkan jubah itu hanya ada satu, dia sanggup menggunakannya untuk berminggu-minggu. Jubah itu.. seperti pakaian solatnya.

Omong-omong, barang sudah tidak dikirim hampir satu bulan. Rafi setia menunggu di tirai besi itu.

"Dik.. barang ada sampai tak?" Soalnya apabila bertemu mata dengan pegawai.

Pegawai itu mendekat tersenyum.

"Barang tak sampai, kali ini.. pengirimnya yang sampai."

Rafi mengernyit bingung.

"Keluarlah, bertemu dengannya." Pegawai itu kemudian membuka pintu penjara dengan salah satu kunci yang tergantung di keychain.

"Siapa dia?" Rafi masih saja menyoal.

Pegawai itu tersenyum sebelum mengatakan segaris nama yang begitu asing di telinga Rafi.

"Elfira."

Bab 37: Kuat. •

Elfira dan Rafi kini bertembung mata.

Sesuai dengan keputusannya yang dibuat berbulan-bulan yang lalu, iaitu bertemu dengan bapa kandung setelah habis menjawab SPM.

"Assalamualaikum,"

"Waalaikumusalam." Rafi menjawab salam dengan penuh takjub. Wajah di hadapannya dilirik setiap inci. Mirip seseorang.

Mirip Raudhah.

"Katanya ayah itu cinta pertama," tutur Elfira penuh lembut. "Tapi saya terlahir tanpa mengenali ayah saya."

'Untukmu sang lelaki yang sedunia anggap cinta pertama.'

Kala itu, hanya nota kecil yang tertulis ayat tersebut muncul di fikiran Rafi.

Pada mulanya, dia kira Raudhah yang mengirim barang itu.

Tetapi..

'Kerana sesungguhnya, aku merinduimu, Ayah.'

Apabila perkataan mulia itu berlabuh di akhir ayat, Raudhah tiba-tiba lesap dari fikiran.

Tangan Elfira terasa sejuk saat dia bertutur. "Apa khabar ayah di sini?"

Rafi terkedu.

"Saya Elfira Amelia binti Mohd Rafi. Anak pertama Rafi dan Raudhah.."

Bibirnya melekuk getar. "..saya tak pasti ayah kenal saya atau tak.."

"Tak." Pintas Rafi. "Saya tak percaya. Saya hanya ada seorang anak lelaki. Hanya Aariz. Tak ada anak perempuan."

Senja Terakhir [OG]Where stories live. Discover now