33. Rindu

22 2 0
                                    

Zayn lengkap dengan jubah hitam. Semuanya serba-serbi hitam. Dia juga membawa payung berwarna hitam untuk melindunginya daripada bahang cahaya matahari.

Memandangkan kawasan itu sudah tidak lama basah dengan air hujan, melainkan dengan air mata.

Dengan bantuan motor yang dikendarainya, dia akhirnya sampai ke destinasi tersebut.

Kubur.

Sudah lama dia tidak jejakkan kaki ke sini. Zayn mengeluh perlahan. Matanya meliar mencari kubur seseorang dari jauh.

Tiba-tiba guruh terdengar, dan tidak sampai sedetik hujan pun turun renyai-renyai. Zayn tersentak.

"Se.. sejak bila pula.. hujan.."

Dia segera mencapai payung hitam di dalam raga motor meskipun dia kebingungan.

Apabila dia turun daripada motor, hujan semakin lebat mengguyur dirinya di sebalik payung. Zayn memandang datar.

Kakinya mengorak langkah masuk ke kawasan kubur tersebut. Hanya memerlukan beberapa langkah untuk sampai ke tempat tinggal seseorang itu.

Aariz, aku datang.

Tiba-tiba dia melihat ada seorang gadis yang fokus membaca Yaasin di kubur itu. Tubuhnya diguyur oleh hujan yang lebat. Zayn mendengus saat dia melihat wajah itu.

"Nak demam gamaknya,"

Dia melangkah ke situ. Langkahnya mungkin tidak terdengar kerana suara hujan yang deras. Elfira kini membenamkan wajah di atas kedua-dua lututnya yang disatukan.

Tangannya mengalihkan payung tersebut untuk melindungi gadis itu. Kini, tubuh Zayn pula basah.

Memerlukan beberapa minit untuk Elfira sedar akan tindakannya. Bila gadis itu berdiri dan memandangnya, jantungnya berdetak laju.

Tatapan yang meluluhkan.

Zayn kaget saat wajah gadis itu penuh dengan air mata. Yang mana itu pertama kali Zayn lihat.

Dia yang dulu ingin sekali melihat gadis itu hancur dengan air mata, tiba-tiba merasa simpati dan bersalah walaupun kini gadis itu bukan menangis kerana dia.

"Sudah lama tanah di sini kering-kontang.. aku tak sangka hari ini akan hujan."

Zayn kesulitan untuk bernafas normal kerana kesejukan. Tubuhnya menggigil halus, rambut basahnya jatuh menutupi dahi.

"..atau seseorang yang ditunggu oleh arwah akhirnya datang."

Elfira lah yang ditunggu oleh Aariz, untuk bertahun-tahun lamanya.

Dia tidak pernah menyangka yang dia akan berkomunikasi dengan gadis ini lagi. Lebih-lebih lagi, di sini.

Elfira tidak menjawab, dan pergi meninggalkan dia. Gadis itu berlari dalam kehujanan.

Saat Zayn menoleh, dia mendapati ada sebuah kereta yang parking di luar kawasan kubur.

Yang lebih mengejutkan lagi, ada Raudhah yang kini memeluk Elfira, dan Syiraz yang sedang memayungkan mereka berdua.

Syiraz berjubah putih. Tika itu, Zayn baru teringat akan satu pesanan Aariz yang tertulis di dalam nota kecil Al-Qur'an.

'Kalau aku tak ada, janganlah pakai jubah hitam macam suram sangat kubur aku, baca Yassin jangan lupa ya biar aku tenang sikit nak jawab exam.. soalan KBAT. Aku dah cuba study hehe. Lepas itu jangan nangis teruk sangat.. aku sedih nanti tak tenang pula.'

Sejenak, tatapan Syiraz dan Zayn bertemu.

Bab 33: Rindu

Senja Terakhir [OG]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora