35. Serupa, tetapi bukan.

23 1 0
                                    

Elfira mengeluh perlahan.

"El, tikar-tikar untuk muslimat semuanya sudah hampar?"

Amir datang, dengan rida' yang berada di atas bahunya. Muslimin-muslimin lengkap dengan kopiah dan berjubah putih, serta rida' yang diletakkan di tempat mengikut keselesaan masing-masing seperti bahu ataupun membalut kopiah.

Sementara itu, muslimat pula dikehendaki memakai jubah hitam, atau baju kurung berunsur warna hitam. Dilengkapi dengan tudung bulat.

Hari ini tetap belajar, tetapi bezanya berpakaian tidak formal. Pembelajaran akan dimulakan pada pukul 9 pagi. Masa belajar juga akan berganjak-ganjak, supaya pelajar tidak ketinggalan.

"Sudah." Elfira angguk. Dia sedikit terkejut dengan pemakaian Amir. "Yang muslimin? Ada apa-apa yang kurang?"

"Rasanya.. tak ada. Cumanya, kau ada nampak tak si Syiraz Petra ni?"

"Tak ada lah pula." Elfira menggeleng. "Tapi dia datang hari ini. Baru saja tadi aku terima arahan dia melalui budak-budak. Katanya, Syiraz yang suruh."

"Jadi kau tak tengok dia juga?" Amir mengerut bingung. "Aku pun sama. Yang suruh hampar tikar ni Danial, tapi Syiraz yang suruh dia untuk bagi arahan kepada aku."

"Tak apalah. Mungkin dalam tandas?" Elfira teragak-agak.

"Ya kut." Amir angguk faham. "Betul ni yang muslimat tak ada masalah? Bermula pukul 7.50 ibu bapa akan mula berpusu-pusu datang. Aku harap tak ada masalah."

"Tak ada, Mir. Apa-apa, aku yang tanggung."

Amir ketawa kecil. "Bukan kau seorang, Ayuni.. dan Syuhada pun patut tanggung. Barisan majlis tertinggi."

Terasa berdesing telinga Elfira mendengar nama pertama itu. Dia memaksa senyum. "Aku memahami."

"Eh, kenapa tu?" Elfira berpaling ke arah yang ditunjuk Amir. Ramai pelajar berpusu-pusu untuk berkumpul di situ.

Apabila mereka menyipitkan mata, rupanya ada tiga buah kereta mewah datang masuk ke dalam perkarangan sekolah.

Ketiga-tiga kereta tersebut ada logo emas.

Elfira dan Amir tetap membeku sempurna saat ketiga-tiga kereta itu berhenti tepat di hadapan mereka. Sengaja.

Seterusnya, turun sang pemilik kereta pertama, lengkap dengan pakaian kerja, dan sang isteri memeluk lengan kanannya.

"Pengetua! Pengetua!" Pelajar lelaki mahupun perempuan bersorak riang.

"Isteri pengetua datang juga!"

Di sebelah tempat pemandu, pintu kereta dibuka pula. Mereka semua sudah boleh agak siapa gerangan itu.

Kaki yang berbalut kasut hitam megah itu mula keluar daripada pintu kereta. Mereka semua ternganga.

Jubah putih, layaknya seperti orang lain. Rida' dililit di kopiah, dan wajah kelihatan suci bersih dengan senyuman manis mengalahkan gula. Lebih menakjubkan!

Elfira tidak sedar bahawa dia tidak dapat melarikan pandangannya.

Sungguh.. sempurna ciptaanMu.

"Ryan, Ryan!"

"Hensemnya! Maa syaa Allah!"

Tanpa memandang orang lain, Ryan Haikal lebih dulu memandang wajahnya. Mata mereka bertembung, membuat mata Elfira terasa bersinar dengan cahaya.

Namun, perhatian gadis itu dirampas oleh kereta yang berada di belakang. Pemandu kereta keluar memakai uniform polis yang lengkap dengan lencana-lencana emas. Di bahagian penumpang pula turun seorang pelajar yang lengkap dengan seragam sekolah. Tetapi baju tidak tuck in.

Senja Terakhir [OG]Where stories live. Discover now