40. Bangun

29 1 0
                                    

Bila Daud masuk ke dalam biliknya, dia segera menuju ke katil dengan tatapan kosong.

Tiba-tiba kakinya terpijak sesuatu yang tajam. Dia meringis pelan dan memandang ke bawah.

Kerongsang.

Daud ingin mengambil kerongsang itu, namun tiba-tiba ia terpelanting masuk ke bawah katil kerana kakinya tidak sengaja tersepak.

Daud mula stres. Kemungkinan besar Suraya akan marah jika kerongsangnya tidak ditemui. Daud menjambak rambut kasar sebelum tunduk ingin mengambil benda itu.

Dia meraba-raba ke bawah katil. Merasakan ada sesuatu yang pelik, dia mengenggam dan menarik benda itu keluar.

Hadiah.

Daud duduk bersila, sambil mengamati paperbag itu. Penuh warna-warni, sangat meriah.

Oh, baru dia teringat bahawa sampai sekarang dia tidak pernah membuka hadiah yang Elfira beri sempena hari jadi.

Dia membuka dengan perlahan.

Ada sebuah kotak. Bila dia buka kotak itu, dia melihat sebotol vitamin untuk menguatkan tubuh. Daud mengerut bingung. Di bawah botol vitamin itu pula, ada beberapa keping gambar dan surat kecil.

Dia membaca surat kecil itu.

'Assalamualaikum, papa. Hai, ini Elfira Amelia, anak bongsu papa! Terima kasih untuk Ayuni dan Dahlia yang suggest hadiah ini, hehe. Adik ingat nak letak gambar saja sebab papa bukannya suka apa-apa. Lagi-lagi adik pun tak tahu apa yang papa suka sebab papa tak pernah beritahu atau tunjuk. Tapi yang penting, papa suka mama, kan?'

Daud ketawa kecil membaca ayat terakhir.

'Disebabkan mama sudah dimiliki oleh papa, mungkin adik hanya boleh beri sesuatu yang adik mampu. Vitamin ni hanyalah hadiah semata-mata. Jangan tanya adik beli macam mana dan di mana! Suttt, itu secret! By the way, comel kan gambar-gambar itu? Semuanya penuh dengan memori indah. Terima kasih, pa. Terima kasih sebab jaga adik. Kalau tak ada papa dan mama, adik tak tahu hidup adik macam mana. Adik tak akan tahu rasanya hidup berkeluarga. Terima kasih untuk segalanya. Adik minta maaf, sebab tak dapat capai apa yang papa mahu..'

Bibir Daud melekuk getar.

'Tapi adik janji adik bakal belajar bersungguh-sungguh sampai papa puas hati! Lagipun, untuk apa papa jaga adik kalau bukan untuk capai impian papa, kan?'

Surat yang Daud pegang, basah dengan air mata. Tangannya menggigil kuat.

Kini, dia ambil pula gambar-gambar yang ada di dalam kotak. Semuanya gambar Elfira waktu kecil, sekitar umur 7 tahun hingga 12 tahun.

Ada juga gambar keluarga. Waktu itu, Fahrie masih berusia 15 tahun. Dia tidak tersenyum, sebaliknya menatap Elfira dengan geram. Mereka lengkap dengan seragam sekolah.

Dia jatuh terduduk, lutut terhentak kuat di atas lantai bersih itu.

"Adik, anak papa..," Suara seraknya kuat menjerit, sambil memeluk erat semua gambar tadi ke dada. Gambar kaku itu dapat merasai betapa takutnya seorang bapa kehilangan anaknya.

Dada terasa dicengkam, dan tidak ada sesuatu yang dapat meredakannya. Perlahan-lahan, tangisnya mereda.

Kerongsang yang ada di bawah katil tiba-tiba membuat Daud tertawa. Sedetik kemudian, dia menangis sekencang-kencangnya dan ketawa terbahak-bahak serentak.

Daud mulai sedar, ini satu hukuman. Elfira menghukumnya yang telah menyia-nyiakan perasaan seorang anak perempuan.

Lalu tanpa dia, apa yang harus Daud lakukan?

Senja Terakhir [COMPLETE]Where stories live. Discover now