1. Miliknya

71 4 1
                                    

Ryan memantul bola keranjang lebih cepat daripada sebelumnya.

Gelanggang bola keranjang sekolah sudah rasmi menjadi rumah kedua untuk lelaki bernama Ryan Haikal. Hampir setiap petang sebelum pulang dari sekolah, lelaki itu bermain bola keranjang di sini.

Tapi itu dulu. Semenjak dia berumur 17 tahun, atau disebut.. calon SPM. Jadual nya benar-benar padat, sehingga dia hanya boleh mencuri tulang untuk meluangkan masa bersama hobinya pada waktu pagi, sebelum sesi belajar bermula.

Dia melirik jam tangannya sekali lagi. Tepat pukul 7 pagi, manakala kelas bermula pada pukul 8 pagi.

Ryan menghela nafas, lengannya diangkat untuk menghapus peluh-peluh di dahi. Sebenarnya dia masih mahu bermain, tapi tetap, sesi belajar akan bermula.

"Aku tak sepenting itu, Fir?" Soal Ryan, kepalanya dipenuhi dengan berbagai bisikan.

"Suka tak salah, kan?"

Memori memaksa Ryan untuk memutar kembali kala mendengar ayat itu keluar daripada mulut sang gadis.

Bisikan yang mengatakan, bahawa dia tak pernah menjadi orang yang penting di dalam hidup seseorang.

Dia tak sepenting itu untuk mengetahui hati sahabat kecilnya milik siapa, entah sudah berapa tahun gadis itu menyimpan perasaannya.

Tapi dia juga masih waras untuk berfikir bahawa semua itu ada hikmah. Semuanya ada hikmah mengapa Takdir baru saja memberitahunya.

Kerana Takdir tahu, hatinya bakal.. hancur.

Gelanggang sekolah tidak pernah seheboh ini. Ryan hanya datang untuk melepaskan segala amarahnya.

Segala rasa kecewanya.

Ryan men-dribble kan bolanya lebih keras kali ini, memusatkan matanya kepada ring.

Hatinya seperti remuk, dan entah boleh diubati atau tidak.

Dia juga tidak tahu bahagian yang mana mengalami sakit itu, dan mengapa dia merasa sebegitu tidak penting.

Mungkin kerana Elfira tak pernah menceritakan kepadanya bahawa dia ada menaruh perasaan kepada seseorang.

Atau mungkin.. kerana Elfira menyukai Syiraz, kawan baiknya sendiri.

"Shoot."

Bola itu melanggar pinggiran ring, berputar di udara dan jatuh dengan bunyi yang kuat.

Ryan tertawa kecil, mengenang ketidaksempurnaannya. Dia tidak pernah berjaya memasukkan bola saat fikirannya bercelaru.

Apa itu mustahil jika Ryan menaruh harapan agar Elfira sedikit peduli padanya?

• Bab 1: Miliknya •

Elfira berjalan di koridor kelas sambil kedua-dua tangannya didepakan. Kedua-dua tangan itulah dipegang oleh Ayuni dan Dahlia sebagai bentuk perlindungan.

"Aku takut," Elfira merengek, menyedari kelas mereka sudah semakin dekat.

"No, buat swag!" Ayuni menenangkannya.

Senja Terakhir [OG]Where stories live. Discover now