10. Papan Kenyataan

38 3 2
                                    

Elfira berundur dua langkah daripada papan kenyataan yang mengandungi nama-nama murid cemerlang PPT.

Sudah jelas tertera nama orang lain di tempat nombor satu, bahkan nama asing, yang tidak pernah diajak untuk berdebat mengejar angka itu.

Dada Elfira terasa sedikit terguris, tangannya mula menggigil, dia tetap berundur seraya menggeleng kepala berkali-kali.

Apa reaksi Papa jika tahu ini yang berlaku, apa nasibnya ketika sampai di rumah nanti.

Sehinggalah tubuh belakangnya mencium dinding bercat putih, yang tidak jauh daripada keramaian. Dia ingin jatuh terduduk, meratapi nasibnya sebentar lagi, tapi tidak.. ini terlalu ramai.

Murid-murid berkerumun di hadapan papan kenyataan itu, mencari nama mereka.

Termasuk Ayuni yang sedang berjinjit agar pandangannya jelas.

"Za.. Zayn?"

"Zayn siapa?" Kaum lelaki mencari-cari pemilik nama itu.

"Zayn budak baru itu?"

"Itu Zayn!" Seorang pelajar lelaki menunjuk keberadaan Zayn.

Keberadaannya jauh berada di belakang kerumunan pelajar. Pelajar-pelajar yang menutup pandangan lelaki itu serta-merta bergerak ke tepi. Mata mereka berusaha mencari jejak pemilik nama itu.

Terpampanglah Zayn duduk bersila dengan santai di atas kerusi. Ada beberapa kerusi juga di belakangnya, iaitu kerusi Omar, Ramadan dan Syawal.

Mereka juga duduk bersila.

Segera Omar bangun apabila menyedari semua perhatian ke arahnya. "Woi, apa jadi?!"

"Zayn, kau dapat nombor satu?" Kali ini, giliran Ramadan pula berdiri. Dia sudah tahu melalui tatapan-tatapan itu, ada di antara mereka berempat yang merebut mimpi pelajar kelas pertama.

Sudah pasti bukan dia, bukan Omar, dan bukan Syawal.

"Oh my, bijaknya kawan kita ni!" Syawal menepuk tangan.

Zayn tak berkutik, dia hanya membetulkan cara duduknya agar sopan sedikit. Matanya melilau, mencari seseorang.

"Kau tahu tak? Kau orang pertama yang merampas takhta Elfira dan Ayuni, Selalunya mereka berdua saja berebut nombor itu!" Syawal menggeleng laju. "Aku tak percaya semua ini.."

"Kami tak kisah tentang senarai itu, sebab kami sudah tahu siapa yang akan pegang batch kita, antara mereka berdua saja! Tapi.." Ramadan menggeleng seraya menutup mulutnya yang dari tadi ternganga. "Kau datang!"

"Kau pun sama juga, Mar. Daripada nombor 30 terus jadi nombor 20 dalam batch. Cepat betul kau bangkit!" Syawal menyentuh pundak Omar.

"Apa? Aku?!" Omar terkejut.

"Iya lah. Aku dengar daripada budak-budak lorong sekolah tu. Semua terkejut weh!" Ramadan menambah.

Omar tersipu-sipu, tidak sangka bahawa setinggi itu dia capai hanya kerana hatinya berbunga-bunga dengan Ayuni.

Semoga saja Ayuni sedar akan kehadirannya.

"Tahniah, kawan!" Omar kembali fokus. Dia mendakap Zayn, disertai dua rakannya yang lain. Kuat, nyaris membuat Zayn kehilangan nafas.

"Lepas." Ujar Zayn dingin, segera membuat mereka melerai pelukan itu.

Zayn berdiri, masih mencari seseorang di antara keramaian yang sedang meliriknya sambil berbisik-bisik.

Namun, matanya mendarat pada seorang lelaki yang masih membeku di papan kenyataan. Dia hanya berseorangan di situ, seakan masih tidak percaya dengan semua ini.

Senja Terakhir [OG]Where stories live. Discover now