14. Tragedi

27 3 0
                                    

"Apa? Kamu tiba-tiba demam?" Cikgu Nurul begitu risau, ditambah lagi soalannya menerima anggukan Elfira.

"Jadi, kamu nak call ibu bapa kamu tak? Takut kamu lemah pula duduk di sini.." Cikgu Nurul menghulur telefon bimbitnya. "Call, okey?"

Elfira geleng laju. "Tak apa, cikgu. Rugi pula saya tak masuk kem ini, tahun terakhir saya di sekolah. Saya okey saja.."

Tidak ada yang peduli juga jika dia meminta keluarganya datang. Selain itu, Elfira tidak mahu menyusahkan mereka.

Cikgu Nurul angguk faham. "Kamu nak berehat atau join mereka?"

"Ada aktiviti ke?" Elfira melirik sedikit ke arah teman-temannya yang sedang berkumpul di luar tapak perkhemahan.

"Ada. Tapi bukan aktiviti, kuliah pagi. Lepas itu baru aktiviti, straight sehingga malam. Rehat pada waktu solat saja sebab kem kita hanya dua hari. Esok dah nak balik."

Elfira berfikir sebentar sebelum mengangkat wajah.

"Boleh," Seukir senyuman muncul di sudut bibirnya. "Tapi.. saya pergi lepas ni, boleh?"

"Okey, hati-hati ya. Lepas kuliah, kamu berehat di bilik rawatan ini. Aktiviti-aktiviti itu sungguh berat untuk kamu sertai dalam keadaan macam ni."

Elfira angguk faham. "Terima kasih, cikgu."

Belum sempat Cikgu Nurul menjawab, seseorang mengetuk pintu yang sedia terbuka. Mereka berdua menoleh.

"Maafkan saya," Ryan memberi senyuman. "Saya ada ubat. Nak bagi kepada Elfira sekejap." Pandangannya teralih kepada sahabatnya. Mata Elfira membulat, setahunya hanya Cikgu Nurul yang sedia tahu.

Oh, fikirannya imbas kembali kejadian semalam. Memang patut Ryan tahu.

Cikgu Nurul mengangguk. "Hanya lima minit." Kemudian keluar daripada ruang tersebut.

"Baliklah, Fir. Jangan paksa diri," Sejurus saja cikgu keluar, muncul kata-kata mutiara Ryan.

Elfira geleng. Dia batuk sedikit sebelum berucap. "Kalau aku balik sekalipun, tak ada orang nak jemput."

Ryan mengerut kening. "Abang kau kan ada,"

"Dia tak peduli." Pandangan Elfira semakin muram.

"Tak ada yang peduli! Tak ada yang peduli tentang aku," Elfira menunduk, tangannya menutup keseluruhan wajah.

"Tak ada.." Kali ini, Elfira sedikit emosi, melayani perasaannya.

Tubuhnya panas kerana terkejut dengan suhu air tasik semalam. Dia ikut emosi dengan segalanya. Dia ingin menangis, tapi ini hanyalah masalah kecil untuk ditangisi.

"Ada," Ryan menatap gadis yang jauh di sebelahnya itu. "Aku peduli.."

"Aku peduli, okey?" Lelaki itu maju dan mendekati kedudukan gadis itu.

"Ini ubat. Aku bawa sebagai persediaan, takut kawan-kawan aku demam nanti." Plastik yang berisi ubat itu diletaknya di atas kerusi sebelah gadis itu.

Ryan melipat lengan baju hingga ke siku. Elfira dapat melihat ada jam tangan tergantung di salah satu pergelangan tangan lelaki itu, yang kemudiannya dilirik oleh pemilik. "Only five minutes,"

"Selamat berehat." Jejaka itu memberi senyuman manis sebelum berjalan keluar daripada ruang tersebut. Dia kembali meninggalkan gadis itu sendirian.

Elfira menatap plastik ubat di kerusi sebelahnya. Dia menghembus nafas pelan sebelum tangan kanannya merayap memegangi bahagian jantungnya.

Masih berdegup, tetapi laju daripada biasa. Bahkan berganda-ganda.

Elfira seperti hilang akal, memaksa dirinya untuk bertenang.

Senja Terakhir [OG]Where stories live. Discover now