8. Rama-rama

52 4 0
                                    

Zayn mengemas barang-barangnya yang bersepah di atas meja belajar. Kali ini, dia terpenuhi dengan sifat rajin untuk mencuci sedalam-dalamnya segala habuk yang terkumpul di badan meja.

Sesekali, dia akan bersin. Sesekali, batuk keluar daripada mulutnya. Debu-debu yang bertaburan membuatnya tidak menentu.

Al-Qur'an di atas almari gantung di capainya. Kitab itu berhabuk, seperti sudah sekian lama tidak diguna. Zayn membersihkan habuk-habuk itu.

"Kasihan." Rintih Zayn, dia sedar dia tidak sepatutnya membiarkan kitab ini berseorangan. "Maaf, oke..."

Dengan tiupan terakhir, maka hilanglah debu-debu yang meliputi kitab suci itu. Zayn melakar segaris senyum.

Dia membuka perlahan, tangannya mendarat pada halaman pertama. Matanya terbeliak memandang coretan yang terbentuk beberapa tahun lalu.

'Daripada: Syiraz & Aariz.
Kepada: Zayn Ezrinayo!'

'Semoga persahabatan kita kekal selamanya, Zayn! -Syiraz'

'Ingat, jika lukamu sedalam laut, ikhlasmu harus seluas langit. Semoga kitab suci ini menyimpan seribu rasa yang tak dapat aku luahkan kepada kau. -Aariz'

Zayn tersenyum perit. Qur'an ini pemberian daripada sahabat-sahabatnya sebagai tanda persahabatan.

Ada satu kertas kecil terselit di muka surat lima. Zayn baru saja menyedari itu, sudah lama dia tidak membuka kalam ini.

Dia mencapai kertas itu kemudian membukanya perlahan.

'Tiga hal yang tidak akan kembali selamanya:
1. Kata-kata yang telah diucapkan.
2. Ketulusan yang dikhianati.
3. Pengorbanan yang telah disia-siakan.'

"Siapa yang menulis ini?" Fikirannya meluncurkan satu pertanyaan. Syiraz atau Aariz?

Dia membalikkan kertas itu. Sesuai dugaannya, masih ada tulisan yang belum dibaca.

Panjang tetapi padat di atas kertas kecil itu.

'Ada tiga syarat. Iaitu.....'

"Jadi ini syaratnya?" Zayn jatuh terduduk di atas kerusi berdekatan mejanya.

"Amanah ini.. terlalu berat untukku." Bisik Zayn, seraya matanya mula berkaca apabila membaca urutan syarat-syarat itu.

Apatah lagi syarat ketiga.

Bab 8: Rama-rama

"Elfira!" Zuhaira berteriak keras sambil mendekati gadis itu.

"Kau ni tamak betul tau! Syiraz nak, Ryan nak, Zayn pun nak. Apa yang kau taknak, huh?"

Elfira terpana. "Apa benda kau ni?"

"Lepas itu, siapa yang naik motor hari itu. Kau sapu rata empat lelaki!" Wajah Zuhaira memerah, menahan marah.

"Aduh, kau nampak ke?"

"Iya!"

"Maaf lah, tapi aku tak bangga pun. Jadi, jangan risau ya." Elfira menyambung pembelajarannya yang sempat terbantut tadi.

Sepatutnya pada waktu sebegini dia ada berjanji sesuatu dengan si ketua pengawas, iaitu study group. Tetapi, Syiraz ada perbincangan pula bersama guru-guru.

Lain kali mungkin. Dalam beberapa hari lagi, peperiksaan bakal datang. Mereka tak akan sempat belajar sekali. Masa mengejar mereka.

"Eleh, kata saja lah kau nak salah satu daripada mereka, kan?" Ayuni menyapuk, dia datang bersama kamus di genggaman.

Senja Terakhir [OG]Where stories live. Discover now