31. Tentang maaf

23 2 0
                                    

"Biar Iraz buka, mak duduk saja." Syiraz tersenyum sembari berdiri daripada kerusi meja makan. Dia mengatur langkah ke arah pintu rumah. Raudhah kembali duduk.

Adib pula hanya tersenyum melihat perbuatan anaknya. Sungguh gentleman! Seperti dia, hehe.

Selepas beberapa kali ketukan, akhirnya pintu rumah dibuka oleh Syiraz. Pandangan mata mereka berdua bertemu seketika sebelum sang gadis akhirnya menunduk kecil.

"Elfira?"

Syiraz bingung. Waktu sekarang ialah waktu makan tengah hari, walaupun jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Dan, mereka berdua baru saja membuat mesyuarat organisasi tadi.

Bermakna, Elfira datang selepas pulang dari sekolah kah?

Elfira gigit bibir dari dalam seraya mengangkat wajah. Dia perlahan menelan liur. Sedikit kekok.

Kerana kini dia sudah tahu hubungan mereka yang sebenar bukanlah sebatas seorang kawan, ataupun ex crush.

Syiraz sedar bahawa Fahrie berada di belakang gadis itu.

Telinga dia tiba-tiba memerah.

Bab 31: Tentang maaf

Raudhah mengusap belakang tangan Elfira. "Nama kamu Elfira Amelia, kan?"

Elfira angguk. Syiraz dan Fahrie berada jauh di atas sofa, sedang memerhati segalanya. Syiraz pelik, sejak bila pula mak dengan Elfira berkenalan?

Tetapi saat itu juga, dia menyedari bahawa wajah Raudhah dan Elfira hampir seiras. Sama-sama cantik.

"Dulu, makcik ada juga anak perempuan, sama namanya macam kamu." Raudhah ketawa kecil, menghadirkan rasa janggal dalam diri gadis itu.

"Makcik ingat lagi betapa susahnya nak beri nama itu," Raudhah tersenyum. "Makcik cari sumber-sumber dari berbagai platform supaya nama anak makcik unik, dan ada maksud yang tersirat."

Elfira tiba-tiba sebak dalam dada. Dia mengemam bibir. "Jadi, apa maksud nama saya?"

Raudhah berfikir sejenak. "Elfira itu merujuk kepada pengadil, selalu adil dengan orang lain. Sedangkan Amelia bermaksud anggun dan cantik. Rajin, tekun dan bersemangat. Singkatnya.. seorang yang pekerja keras. Jika dia mahu sesuatu, maka dia akan dapat dengan usaha sendiri."

Elfira menghambur ketawa kecil. "Itu nampak seperti harapan makcik kepada dia."

Raudhah mengangguk. "Itulah harapan makcik kepada dia sebagai tanda sayang."

Mata Elfira berkelip beberapa kali, seraya dia mendongak kecil. Sebak.

"Makcik berhutang banyak dengan anak pertama makcik."

Elfira menatap Raudhah.

"Kerana saat dia lahir, ilmu parenting makcik masih sedikit, dan dia yang menanggung segala kesalahan makcik saat menjadi ibu buat kali pertama."

Tangan mereka berdua bersatu.

"Yang sering marah bila dia buat salah, padahal dia masih bayi ketika itu.. yang tak faham cara sebenar untuk mendidik, yang banyak menghilang sebab tak pandai mengatur jadual hidup, yang belum tahu cara baik untuk berkomunikasi dengan bayi.." Suara wanita paruh baya itu semakin kendur.

Hiba.

"..yang buang dia sebab tak menerima Takdir. Makcik menyesal," Raudhah menunduk, dengan air mata yang meluncur laju.

Senja Terakhir [OG]Where stories live. Discover now